Sunday 26 June 2016

Tiada alasan halalkan sekongkol dengan pembangkang


Apabila sudah bersekongkol dengan pembangkang, tiada maaf bagi mu.



Dato Husam Musa dan Tan Sri Khalid Ibrahim pun berhadapan dengan pemecatan bersama.

Mahu bersuara bukan satu isu besar. Ada ruang dan cara tertentu dalam kerajaan dan parti untuk melakukan. Mengikut konvensyen jika sudah tidak bersetuju dengan kepimpinan dan jamaah pengurusna kerajaan dan parti TSMY patut letak jawatan dan ambil cuti.


Muhyiddin masih merasakan dia benar dan tiada salah menegur dan kritikan atas kononnya kebenaran:

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. 

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara. 


Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. 

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

------------------------

KANTOI!!!

Kenyataan TSMY hanya pandangan dan kesimpulan yang membuat tuduhan terhadap Dato Najib. Ia tidak disokong dengan butiran hujah atau bukti atau cerita yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

Contohnya seperti seorang dituduh simpan pempuan cabaret. Susah nak terima anak cikgu ugama dan sering imamkan solat. Namun ada affidavit mahkamah yang difail oleh seorang peguam/bekas DPP. Maka setakat kata ini dan itu tidak cukup.


Adakah semua ini sengaja tidak dipedulikan untuk memenuhi hasrat tertenttu?

Bagi orang bukan ahli politik berparti, hujah ni semua hanya permainan simpati untuk menarik sokongan. 
Elok jangan masuk campur hal parti melainkan jika anda sebahagian dari parti. Dato Husam dan Tan Sri Khalid Irahim pun pernah hadapai keadaan yang sama. Dalam parti mesti ada disiplin. Kesetiaan pada parti ada definasinya termasuk bersatu dalam hadapi krisis.

Muhyiddin tidak jelas isu yang mahu ditimbulkan terhadap Najib. Pendiriannya pun tidak konsisten. 
Dia banyak terkantoi.
TSMY pernah kata tidak faham isu 1MDB dan hanya baca dari The Edge. Bagaimana dia boleh terima bulat-bulat kata The Edge yang ada agenda menentang kerajaan sedangkan dia telah di beri briefing dan terima macam-macam maklumat sebagai ahli kabinet?

PAC tidak dapati Najib salah. Laporan PAC lengkap dengan isu-isu berbangkit yang disebut dalam laporan BNM dan Audit yang bukan spekulatif. Penyiasat luar negara tidak ada kaitkan dengan Najib malah tiada penyiasat yang datang untuk siasat 1MDB. 

Orang kebanyakkan tidak ikuti dengan halus kenyataan penyiasat antarabangsa dan perincian dalam pendakwaan yang ada.
Mahathir pun banyak menipu. Suatu masa kata RM42 billion lesap.Kemudian berubah jadi 27, 17 dan 7. KIni melompat ke RM50 billion walaupun tiga transaksi telah dilakukan. Tuduhan money flow cara wang kononnya disedut keluar pun berubah-ubah. 
Kebanyakkan hujah pentaksub hanya ulang tayang berita dari sumber media yang tidak boleh dipercayai, beragenda politik jahat dan tiada sumber yang dipetik. Banyak kali fakta mereka salah. Hampir semua lapran ada unsur putarbelit dan snsationalisation.

Sering hujah mereka gagal bila dikemukakan butiran dan hal teknikal. Penghujah sering tidak cukup faham dan hanya berhujah cara mudah untuk dia faham dan berdasarkan apa yang mereka mahu faham. Mereka hanya mahu berpolitik dan bukan cari kebanaran tentang mana salahlaku sebenar dan siapa yang benar secara langsung bersalah


KENYATAAN MEDIA
UMNO BAHAGIAN PAGOH
UMNO Bahagian Pagoh yang bermesyuarat pada hari ini 25 Jun 2016 yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh memutuskan
MENOLAK keputusan MT memecat YB. Tan Sri Muhyiddin berdasarkan perkara berikut :-
1.  Tidak mengikut prosedur yang sepatutnya mengikut saluran yang berperingkat  seperti yang termaktub dalam perlembagaan Parti (Fasal 20 Disiplin). MKT dan Perlembagaan UMNO disalahguna oleh Presiden dan mengenepikan amalan demokrasi dalam UMNO. YB Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak awal penggantungannya.
2. Tan Sri Muhyiddin telah dipilih Timbalan Presiden UMNO dan  Ketua UMNO Bahagian Pagoh  oleh ahli Parti seluruh Negara makanya tindakan MT telah mengkhianati ahli UMNO. YB. Tan Sri Muhyiddin tidak diberi peluang dan dinafikan hak untuk berucap dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Parti. Oleh yang demikian, beliau terpaksa menggunakan pentas NGO untuk pejuangan ini. 

3. YB. Tan Sri menyatakan masalah salah laku / jenayah yang dilakukan oleh Presiden berdasarkan daripada laporan yang berintegriti daripada Agensi Kerajaan seperti bekas Peguam Negara, Bekas Gabenor Bank Negara dan SPRM. Isu ini masih terus didedahkan di peringkat Antarabangsa dan tiada penghujungnya. Laporan PAC selari dengan apa yang disuarakan oleh YB Tan Sri Muhyiddin seperti membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB dan sebagainya.
4. YB. Tan Sri menegur Presiden adalah untuk memperkukuhkan Parti bukan untuk kepentingan peribadi.Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan Parti dan imej negara . Beliau tidak pernah memburukkan parti dan bertindak untuk memastikan parti diperkasakan.
5. Sebahagian besar UMNO Cawangan dalam Pagoh ( 103 cawangan daripada 106 Cawangan ) telah melahirkan rasa kekecewaan terhadap Presiden Parti yang bertindak merosakan parti terutamanya isu 2.6b dan 1MDB. Sebahagian besar menyokong Tan Sri Muhyiddin dan memutuskan Presiden Parti berundur .
6. Tindakan MT memecat YB Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puashati kepada Ahli UMNO Bahagian Pagoh dan merosakkan perpaduan serta keutuhan yang selama ini menjadi kekuatan UMNO Bahagian Pagoh. Pemecatan ini berlaku di bulan Ramadan dan kita merasai sepatutnya pemimpin mewujudkan perpaduan dikalangan ahli parti.
7. UMNO Bahagian Pagoh merasakan bangga dengan perjuangan YB. Tan Sri Muhyiddin dalam menegakkan kebenaran dan terus istiqamah dalam perjuangannya. 
UMNO Pagoh akan terus berdiri teguh bersama YB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin dalam perjuangannya dalam menegakkan kebenaran.
Biar apapun berlaku, UMNO Pagoh akan terus padu kerana kami sayang UMNO Johor yang lahir di Johor, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor.
Berani Kerana Benar
Reaksi pertama dan biasa supaya tidak kelihatan pemangku nak sangat ambilalih. Mereka belum lagi mahu keluar parti. 
Pemangku Ketua Bahagian, Ismail Mohamad pernah jadi Exco Pertanian, Nelayan dan Asas Tani merangkap Bekas Setiausaha Sulit Muhyiddin. Dia boleh buat plihan untuk setia dengan pemimpin atau setia dengan parti.
Hanya perlu dipastikan kesetiaan pada pemimpin itu jelas apa perjuangannya. Jangan emosi seperti kesilapan yang dilakukan oleh rakyat UK. http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/tauladan-dari-kesilapan-uk-keluar-eu.html

Kenapa ada pula ura-ura nak tubuh parti baru? Teruskanlah jika masih mahu bersama diktator dan perasuah yang anak beranak senang lenang.

Tidak apalah ... the more the merrier. Yang penting, kita ...




3 comments:

  1. Hal pemecatan TSMY & DSM adalah hal picisan je. Pecat atau tidak sama je. Negara tetap berhutang RM50,000,000,000.00 (RM50 ribu juta). Pada 11 Julai 2016 Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London akan menentukan sama ada Najib1MDB perlu byr USD6.5 billions kpd IPIC atau tidak. Jika tidak byk lagi kes 1MDB akan menyusul. Memalukan Malaysia betul 1MDB ni. Seluruh dunia dah tahu. Jika kena byr 50 ribu juta, mana nak cekau duit tu? Jual tanah lagi ke? Kalau mcm tu cara byr hutang, lebih baik x payah jadi PM. Lebih baik jadi broker tanah je. Lagi satu Ahmad Maslan ckp dlm temuramah RTM, lps 6 bulan pelaksanaan CBP harga brg akan turun. Sampai skrg x turun2. Baghal betul. Harapkan CGPA je tinggi. Otak lembik ketenyek..

    ReplyDelete
  2. penulis.x payah pi jauh2. 1mdb is not sovereign well fund spt khazanah.knp najib boleh pinjam bank bank berbillion2 dgn bon kerajaan? apabila pinjam kita berhutang dan perlu kadar faedah yg tinggi.i rasa u salah konsep ttg liability dan asset.it cant be liquidate as easy as najib says.u loss 42billion! siapa nk beli asset u dgn harga tinggi cthnya mcm power plant.now that 42billion najib nk transfer to MOF which is kerajaan yg kne tanggung dan skrng di terjemah dgn GST.42billion tu u sendiri tau anak cucu cicit u pun akan tanggung.Spore has proved abt money laundering and dh close BSI.the fact is the world has knew only u ppl still indenial

    ReplyDelete
  3. Apa pun saya sokong BN. Cuma pemimpin BN jgn perasan hero bila BN menang. BN kuat kerana ahlinya. Orang yg memegang kuasa kebanyaknnya liabiliti.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.