Wednesday 30 March 2016

Alasan 15: Taman Chelliah jadi ganti PPRT? Bohong lagi Guan Eng


Video menunjukkan Lim Guan ENg yang kata seperti di laporkan di http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/28/taman-manggis-terlalu-kecil-untuk-ppr-cukup-luas-untuk-hospital-hotel/

Jika terlalu kecil, kenapa sebelum ini kata:

Kenapa pula sudah masuk fasa 2 baru kata terlalu kecil:


Jalan Chelliah memang sudah di khaskan untuk PPRT dan bukan baru untuk perpindahan dari Taman Manggis. Berikut pendedahan pembohong Lim Guan Eng yang didedahkan Utusan Malaysia:

Projek PPRT Jalan S. P. Chelliah turut kontroversi?

Kenyata­an Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis telah membuka lebih banyak misteri dan menimbulkan tanda tanya.

Kali ini berkenaan dakwaan beliau kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang menggantikan tanah di Jalan S. P. Chelliah di sini untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) yang sepatutnya dibina di Taman Manggis.

Daripada ada yang difahamkan kepada Utusan Malaysia, projek perumahan di Jalan S. P. Chelliah itu juga tidak boleh diklasifikasikan sepenuhnya untuk projek PPRT seperti dikhususkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu di tanah Taman Manggis.

Berdasarkan rekod, projek pembinaan di atas tanah seluas 4.45 hektar di Jalan S. P. Chelliah itu membabitkan keseluruhan kira-kira 2,093 unit rumah dan kelak akan dikenali sebagai Chelliah Park City.

Projek yang dirancang siap pada November 2019 itu menawarkan sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 65 meter persegi dan dijual pada harga RM72,500.

Selain itu, turut dibina adalah sebanyak 883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 74 meter persegi dan dijual dengan harga RM200,000.

Sebanyak 165 unit lagi merupakan rumah dengan keluasan lantai 84 meter persegi (RM300,000 seunit) serta 275 unit lagi dalam kelas sama dengan keluasan lantai 93 meter persegi akan dijual berharga sehingga RM400,000.

Menurut sumber, yang menim­bulkan pertikaian ketika ini apabila ada yang mendakwa pembe­li rumah kos rendah berharga RM72,500 seunit sehingga kini ti­dak dipanggil pemaju untuk menandatangani sebarang dokumen perjanjian jual beli.

Katanya, situasi itu menghai­rankan kerana pembeli rumah berharga antara RM200,000 hingga RM400,000 didakwa sudah pun menandatangani dokumen perjanjian rumah di projek tersebut.

Jelasnya, pembeli sudah mendapat surat tawaran daripada pemaju sejak Mei 2015 dengan jaminan akan dipanggil untuk menandatangani perjanjian sebulan kemudian.

Namun dakwanya, majlis menandatangani perjanjian dokumen jual beli rumah bagi kos rendah itu ditunda beberapa kali ke Ogos, Oktober dan Disember tahun lalu dan sekali lagi sehingga ke bulan ini.

“Tetapi sehingga kini, belum ada apa-apa majlis menandatangani dokumen bagi penjualan rumah kos rendah di S. P. Chelliah itu dan kerajaan negeri sebenarnya belum boleh mendabik dada mengatakan projek itu sebenarnya untuk rakyat termiskin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan


Alasan 14: Guan Eng lari bila Rahman Dahlan buat pendedahan di Parlimen


Macam-macam kecuh Guan Eng dan pakatan harapan buat ketika terdedah lagi salahlaku melibatkan KLIDC oleh Rahman Dahlan.

Macam-macam sandiwara dan drama mereka di Parlimen. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/24/mayhem-ends-in-ejection-guan-eng-gets-the-boot-while-rahman-makes-fresh-claims/

Tuesday 29 March 2016

Alasan 13: Guan Eng tidak tahu projek PPRT Taman Manggis?


Phang Li Koon ada kaitan dengan syarikat KLIDC dan seorang bernama Tan

KLIDC membeli tapak itu dengan harga RM232 kaki persegi atau RM11.5 juta ketika Barisan Nasional bersedia untuk membelinya dengan harga RM22.4 juta bagi membina rumah kos rendah untuk penduduk miskin bandar.

Tanah tersebut di jual pada harga RM10 juta lebih murah daripada yang BN tawar untuk bina Rumah Bantu Rakyat.


Monday 28 March 2016

Alasan 12: Jawablah di Parlimen, bukan ajak minum kopi dan study tour!


Kalau betul Guan Eng anak jantan, maka jawab lah dalam parlimen. Sebagai orang yang membuat dakwaan, pastinya Shabudin tahu pelawaan Guan Eng ke Komtar itu hanya dibuat untuk memalukan dirinya di hadapan media biarpun ajakan itu kononnya mahu minum kopi bersama. Untuk apa dijemput sekali para media untuk berbincang perkara itu di depan media.

Jawab Dakwaan Dalam Siasatan Bukan Ajak Minum Kopi
 KL CHRONICLE: 8 Kenyataan Bingai @cmlimguaneng

Org tua2 berpesan, jgn menipu.. Sebab...Mula2 menipu, lama2 mencuri...LGE dah byk terlepas menipu krn Rakyat( penykg pembgkg) pertahankanya dulu. Itu sb tindknnya mkn berani dgn mencuri hak Rakyat miskin. Kita lihat Siapa yg nak perthnkan Cina dap yg bongkak, biadap, penipu & pencuri nih!
Public vilification of Dr Lim unbecoming of Penang gov’t: By Penang Forum Penang Forum is extremely disappointe...

https://t.co/ycd2aBKMYy


Jawab sajalah di Parlimen. Tidak payah cabar sebut luar Parlimen. Kenapa tidak jawab, tanya Stop That Lies SINI? Mana dia kerajaan DAP Penang yang kononnya Competency, Accoountable and Transparent (CAT) SINI?



Saturday 26 March 2016

Alasan 9: Phang Li Khoon banyak bohong dalam SD



Phang Li Koon membuat SD berikut:
PHANG LI KOON (NRIC No.o-07- ) a Malaysian residing in No. _ Georgetown, Pulau Pinang solemnly and sincerely declare the following:

1. I got to know CM’s family since 2008. I became a close friend to his wife, Betty Chew since then because of her friendly and humble character.


Friday 25 March 2016

Alasan 8: Lim Guan Eng tidak perlu cuti kerana ada SD?






Tony Pua kata tidak perlu cuti hingga SPRM sahkan ada salah. Baca FMT SINI. Hmmm ... yakin betul SPRM akan lepaskan?

Rayer kata tak perlu pasal ada SD. Baca di FMT SINI. SD penipu hahaha ...

Lim Guan Eng refuse to take leave. Baca The Star SINI, FMT SINI dan lain-lain SINI

Tan Sri Muhyiddin pun tidak komen tuntut Lim Guan Eng ambil cuti. Masa Najib dia bising?

Kecewa puak-puak aktivis yang mahu pusing isu ke arah Najib.

Thursday 24 March 2016

Alasan-alasan 7: Macam-macam cara Guan Eng cuba kaburi mata rakyat



RBA cuba buat diversion kepada peristiwa yang lebih besar.
RBA NEWSFLASH:

It is not LGE's houses on Jalan Pinhorn that is grossly undervalued 

It is the other houses on the same street that is grossly overvalued.
Mereka telah translate Phang Li Koon punya SD dalam beberapa bahasa tetapi ramai tak faham terjemahan Google translator yang diguna.

Alasan 6: Phang Li Koon adalah kroni


Wednesday 23 March 2016

Alasan 5: Kenapa Guan Eng lari dari media dan hanya mahu Shabudin?


Dato Shahbudin timbulkan isu di Parlimen. Tetapi dia mahu dijawab one on one dan tidak mahu jawab ke Parlimen dan media lalu dia tidak kasi tanya soalan ketika sidang media dan lari dari media.


Selalunya dia ugut-ugut tapi kali ini tiada pula. Baca


Guan Eng hanya mahu bercakap dengan Shabuddin.


Guan Eng Patut Jawab Dakwaan Di Parlimen – Reezal Merican



Guan Eng wajar membuat penjelasan secara ‘gentleman’ di Parlimen kerana minggu depan ada sesi penggulungan dan ketika itu beliau boleh mencelah dan memberi penjelasan berhubung isu itu.
http://www.pru14.tv/2016/03/19/guan-eng-patut-jawab-dakwaan-di-parlimen-reezal-merican/

Zainal Abidin Bidas Tindakan Guan Eng Mahu Bersemuka Dengannya
http://www.pru14.tv/2016/03/18/zainal-abidin-bidas-tindakan-guan-eng-mahu-bersemuka-dengannya/
https://www.bnbbc.my/lge-patut-minta-sprm-siasat-bukan-cabar-shabuddin-bersemua/



DAP Sec-Gen and Penang Chief Minister Lim Guan Eng just held a Press Conference at 12:30pm in KOMTAR (even though it is Friday prayers time but that's another matter).

In his PC, he delivered his press statement that he wants to meet Datuk Shabuddin one-to-one for Shabuddin to show "proof" of his allegations of corruption or abuse of power regarding the purchase of his house. I suggest that Shabuddin should not layan him and ask Lim Guan Eng to answer in parliament (where the original allegations were made) or to MACC/PDRM.

Lim Guan Eng also CONFIRMED that the house was purchased for RM2.8 million and that he had paid RM700,000 cash (probably menabung dari kecil) and took a loan for RM2.1 million.

He said that there is nothing wrong with the purchase price (even though it is priced at least 2-3 times lower than his neighbours house prices) since it is "willing-buyer willing-seller" basis with Ms Phang Li Koon. This is the exact same excuse given by Khir Toyo before.

For some reason, LGE does not believe there is nothing wrong with a public official buying property at 2-3 times below market value. (and why you never mention no swimming pool in your press statement?)

He had also stated that Dato Shaik had apologized to him in court on the same issue before in 2012  This is wrong as Dato Shaik only apologized to Lim Guan Eng coz Shaik for some reason accused LGE of "taking money" for the deal. Shaik did not apologize for raising this Taman Manggis issue at all.

LGE also said that the Taman Manggis land was sold thru open tender (but it was RFP) and it was sold to a company and not to Phang Li Koon.

But LGE did not mention that the buyer of the land is close business partners with the owner of the company buying the land.

LGE also said that the state govt had no knowledge that the Taman Manggis land was previously allocated for low-cost housing PPRT projects. (never mind that the completed 18 floors PPRT Phase 1 was just next to that land).

THIS IS A LIE!

In the Ucapan Penggulungan Ketua Menteri Sempena Persidangan DUN Ke-12 by the "KETUA MENTERI PULAU PINANG" (himself lar) in 2012, he clearly said this (photo):

"Kerajaan Negeri sememangnya menimbang untuk membina rumah mampu milik dalam tapak tersebut, sungguhpun ianya ditandakan sebagai tanah lapang. Akan tetapi, Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan rumah mampu milik atas tanah 1 ekar ini"

He also said that Datuk Shabudin made those allegatons in parliament because Shabudin had immunity. But LGE forgot that Shabudin also repeated those allegations and showed proof in a press-conference outside parliament on the same day. So the immunity thing does not even come into play. Don't lie lah!

Overall, LGE's press statement has no merit or points to defend himself whatsoever and consist of ultra lame excuses.

Just save your lame excuses to MACC lah.

---
https://www.penang.gov.my/index.php/ms/20-general/koleksi-ucapan-yab-km/2113-ucapan-penggulungan-ketua-menteri-sempena-persidangan-dun-ke-12-

LIM SIAN SEE

----------------

Video: NGO Semut Desak SPRM Siasat Skandal Guan Eng Bina Mahligai

Dimana logiknya urus niaga berkenaan sedangkan ditegaskan sekali lagi, harga rumah berkenaan mengikut anggaran semasa sekali ganda daripada harga yang dibeli oleh Guan Eng?Adakah ini juga merupakan satu “kerja kebajikan” yang dilakukan oleh Guan Eng? Belum lagi berbicara tentang tanah yang dijual olehnya kepada sebuah syarikat yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.

http://www.suara.tv/2016/03/18/video-ngo-semut-desak-sprm-siasat-skandal-guan-eng-bina-mahligai/

Apa lagi Guan Eng, samanlah Shabuddin???!!!!

Guan Eng, bangkitlah daripada tidur 
https://www.bnbbc.my/guan-eng-bangkitlah-daripada-tidur/

Alasan 4: Rumah Guan Eng lebih murah dari rumah mampu milik




 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/14/gerakan-slams-over-priced-affordable-homes-in-penang/




Tuesday 22 March 2016

Alasan 3: Kenapa Khir Toyo boleh kena, Lim Guan Eng tidak?


KALAU KHIR TOYO DI PENJARA BELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN, LIM GUAN ENG TIDAK SEWAJARNYA LEPAS.

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

Alasan 2: Penilaian tidak munasabah


Di atas adalah penilaian berdasarkan Jabatan Penilaian yang mana Lim Guan Eng tahu dan bayar cukainya.

Sebagai perbandingan nilai tanah dan hartanah di Jalan yang sama, berikut:

Alasan 1: Rumah tiada swimming pool


Monday 21 March 2016

Mengenakan Rosmah tak jadikan karya "no talent" Zarul menarik

Laporan Malaysiakini hanya menceritakan mengenai kegagalan Pengarah Muda anak arkitek yang semasa hidup hingga ke hari tua tidak henti-henti peguamya keluar masuk mahkmah syariah untuk ngaku salah dan bayar fine.


Zarul yang ibunya Mat Salleh tidak pernah berjaya sebagai pengarah filem pun. Filem terakhir yang dilahirkan pun sudah 26 tahun dahulu. Teringat dia datang kerumah blogger ini untuk menceritakan konsep-konsep disebalik filem yang sebenarnya tidak langsung dapat diterjemah di layang lara.

Friday 18 March 2016

Adakah SPRM takut nak siasat Lim Guan Eng kerana dia cina?


KUALA LUMPUR: Tiada lagi kertas siasatan dipercayai dibuka oleh pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bagi aduan dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu banglo disewa sejak 2009 sebelum dibeli tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, sumber-sumber My Nation News ketika dihubungi berkata, satu laporan pertama dibuat pada 16 Julai 2009 dan bukannya pada 2012 iaitu tujuh tahun lalu sebagaimana diutarakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Shabudin Yahya di Dewan Rakyat siang tadi.

Sejak itu, kata sumber itu, Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa tidak pernah dipanggil atau saksi dipanggil bagi direkodkan kenyataan untuk membantu memperlengkapkan siasatan terhadap aduan dibuat.

Difahamkan, laporan itu dibuat Pemuda Gerakan di pejabat SPRM Pulau Pinang pada 16 Julai 2009 terhadap tindakan Lim Guan Eng yang berpindah ke sebuah banglo milik persendirian di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Siang tadi, Shabudin ketika menggulung titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat mempersoalkan mengapa SPRM masih lagi tidak memuktamadkan aduan dibuat terhadap Guan Eng sejak 2012.

SHABUDIN2


Persoalan yang sama turut diutarakan bekas penyiasat tentera, Kapten (B) Rahmat Omar sebentar tadi:

“Why hasn’t the MACC concluded the investigation into the sale and purchase of the property at No.25 Jalan Pinhorn?

The investigation paper was opened in 2012 and it’s been four years already with no end in sight. I am beginning to question MACC’s apartisanship and the integrity of its officers.”

“Mengapa SPRM masih tidak lagi memuktamadkan siasatan terhadap pembelian hartanah di No 25 Jalan Pinhorn?

Kertas siasatan dibuka pada 2012 dan ia telah melepasi tempoh empat tahun tanpa sebarang kesimpulan. Saya sudah mula meragui pendirian tidak berpihak SPRM dan integriti pegawainya,” tulis Rahmat.

Ia boleh dibaca sepenuhnya di capaian berikut:

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) SPRM, sesuatu kes berprofil tinggi seumpama ini perlu dilengkapkan antara tempoh tiga bulan hingga setahun.

“Namun, dalam aduan dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau dipercayai tidak pernah dipanggil untuk memberi kenyataan, manakala saksi pula dipanggil untuk direkodkan kenyataan mahupun dokumen dirampas bagi membantu siasatan,” kata sumber-sumber itu lagi.

Setiap aduan, menurut sumber-sumber itu, selepas diterima, akan disalurkan ke unit rekod SPRM negeri terbabit dan pengesahan akan dibuat pengarah SPRM negeri sebelum dikemukakan kepada ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

“Pengarah SPRM negeri akan mengesahkan aduan diterima sebelum dikemukakan kepada ibupejabat,” kata sumber-sumber itu lagi.

Sumber-sumber My Nation News berkata setibanya di ibupejabat SPRM, ia akan melalui Jawatankuasa Penilai Maklumat sebelum membuat keputusan sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau perlu melalui prosedur risikan.

“Jika maklumat tidak kukuh, pihak jawatankuasa penilai maklumat ibupejabat SPRM akan meminta dibuka kertas penyiasatan awal (KPA) atau kertas risikan bagi membantu mengesahkan aduan yang diterima.

“Proses ini akan turut memanggil orang kena tuduh (OKT) untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 30(8), Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Manakala saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53(3), akta yang sama,” kata sumber-sumber itu lagi.

Bagaimanapun, sejak aduan dibuat, Guan Eng tidak pernah dipanggil untuk memberi kenyataan mahupun dokumen dirampas bagi membantu siasatan terhadap aduan dibuat pada 2009 itu.

Malah, menurut sumber-sumber itu lagi, KPA mahupun kertas risikan dikatakan tidak pernah dibuka bagi memulakan siasatan terhadap Guan Eng.

Sumber-sumber itu berkata terdapat satu lagi laporan dipercayai dibuat terhadap Guan Eng pada 2012 berkaitan banglo itu namun sejak itu Ahli Parlimen Bagan itu dikatakan tidak pernah dipanggil memberi keterangan atau dokumen disita dari pejabatnya.

Selain laporan mengenai banglo disewa Guan Eng sebelum didakwa dibeli pada harga RM2.8 juta tahun lalu, beberapa aduan lain turut diterima SPRM Pulau Pinang termasuk kos bagi penilaian kewajaran (feasibility study) sebanyak RM305 juta untuk projek terowong bawah laut dan lebuhraya berkembar.

Sumber-sumber itu berkata isu banglo itu bukanlah baharu dan seharusnya SPRM Pulau Pinang sudah menjelaskan sama ada terdapat kes atau sebaliknya, namun ia mungkin tidak dapat dilakukan berikutan tiada keterangan OKT mahupun saksi dikatakan direkodkan lanjutan aduan dibuat.

Selain isu banglo didiami Guan Eng itu, aduan turut dibuat terhadap kerajaan Pulau Pinang bagi menggesa SPRM Pulau Pinang memulakan siasatan terhadap penggondolan Bukit Relau yang didakwa dilakukan secara haram.

“Sebagaimana lazim dilakukan SPRM, bagi kes berprofil tinggi, kenyataan media akan dikeluarkan apabila ia melibatkan individu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dipanggil untuk memberi kenyataan.

“Tindakan itu adalah bagi mengelakkan persepsi berat sebelah terhadap agensi ini.

“Setakat ini, Guan Eng dipercayai tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan mahupun saksi direkodkan kenyataan mereka dan dokumen disita untuk membantu siasatan,” dakwa sumber-sumber itu lagi.

Kami akan mendapatkan kenyataan rasmi daripada SPRM mengenai isu ini, esok.

My Nation



BAGAIMANA GUAN ENG MEMBELI BANGLO PADA HARGA MURAH


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan penjualan tanah yang dikhususkan bagi pembinaan rumah kos rendah di negeri itu.

Selain itu, Guan Eng turut didesak memberi penjelasan bagaimana Ahli Parlimen Bagan itu boleh membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta, walhal hartanah itu dinilaikan RM2.5 juta tujuh tahun lalu.



Guan Eng hanya mampu beri respons mengelak dan diversion

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika membahaskan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini mendakwa Guan Eng mungkin terlibat secara terus atau tidak langsung dalam penjualan sebidang tanah yang sepatutnya diguna bagi pembinaan rumah kos rendah untuk didiami rakyat miskin tegar dengan sewaan RM100 sebulan.

“Saya kecewa apabila mengetahui perkara ini daripada sumber saya. Tanah itu dijual melalui tender dan kini dikhususkan bagi pembinaan sebuah hospital swasta dan hotel mewah,” kata Shabudin.

Shabudin turut mendakwa penjualan tanah itu berkaitan dengan pembelian sebuah kediaman di Georgetown oleh Guan Eng pada 15 Oktober tahun lalu.

“Lim (Guan Eng) menyewa rumah dimiliki Phang Li Koon dengan bayaran RM5,000 sebulan bagi tempoh tujuh tahun sebelum membelinya tahun lalu.

“Pada ketika Lim menyewa kediaman itu, ia dinilaikan pada RM2.5 juta, tetapi apabila dia membelinya selepas turut dilakukan pengubahsuaian (selepas tujuh tahun), ia dijual kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada harga RM2.8 juta sahaja. Bagaimana ini boleh terjadi?,” soalnya.

Difahamkan, pada 2012, ia pernah didedahkan media tempatan mengenai kos pengubahsuaian yang mencecah RM3.7 juta bagi banglo disewa Guan Eng ini.

LGE document


Shabudin turut mendakwa penjualan tanah bagi perumahan kos rendah itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang berkaitan dengan rumah yang dibeli Guan Eng.

Untuk rekod, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara setahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman itu pada 29 September tahun lalu.

Mohamad Khir dituduh memperolehi bagi dirinya dan isteri dua bidang tanah dan sebuah bangle di Lot 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam melalui pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Havroni.
Tanah dan banglo itu dibeli pada harga RM3.5 juta, bertentangan dengan harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 23 Disember 2004.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu ketika mengetahui Shamsuddin menjalankan urusan dengan beliau ketika menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

My Nation


Skandal Guan Eng: Nak Tengok Sejauh Mana ‘Profesionalnya’ SPRM

http://www.mykmu.net/2016/03/skandal-guan-eng-nak-tengok-sejauh-mana-profesionalnya-sprm/


Korupsi Lim Guang Eng dan “Double Standard Gani Patail”?

http://www.mykmu.net/2016/03/double-standard-ghani-patail/


Thursday 17 March 2016

Muhyiddin ngaku komplot


Isu AG dan RM2.6 billion ganggu proses mahkamah, subjudis


'Bincang AG di EGM Majlis Peguam mungkin subjudis'

Malaysiakini
16 Mac 2016, 2:52 petang   
16 Mac 2016, 5:56 petang

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengalu-alukan tindakan Majlis Peguam Malaysia memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menutup siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun Presidennya Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata pihaknya terkejut apabila terdapat usul untuk membincangkan kedudukan peguam negara dalam Mesyuarat Agong Luarbiasa Majlis Peguam Sabtu ini.

"PPMM berpandangan oleh kerana isu ini telahpun difailkan di mahkamah, perbincangan terbuka isu berkaitan boleh menjadi subjudis kepada prosiding di mahkamah kelak dan perlu dielakkan.


Wednesday 16 March 2016

Mahathir terkenang Suharto yang sudah pergi ....


“Kita Semua Akan Pergi, Akhirnya” – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara ‘Satu Jam Lebih Dekat‘ terbitan TV ONE Indonesia.


DAP lupa diri rasis bila dapat duduk sama Mahathir


DAP KEKAL PARTI ULTRA RASIS

DAP bagitau UMNO tidak akan mampu memainkan isu-isu perkauman lagi memandangkan ramai pemimpin-pemimpin Melayu bekerjasama dengan parti ultra perkauman tersebut.

DAP sewajarnya mencermin diri mereka sebagai parti ultra perkauman yang sentiasa memainkan isu-isu sensitif agama meski pun telah berpuluh tahun bekerjasama dengan parti-parti dan pemimpin-pemimpin Melayu selama ini.


Nak jatuhkan Najib hingga keliru antara Referendum dan Papadom


6 Jamadil Akhir 1437H
Selasa 4.00p.m.

DAP AKUI PERDANA MENTERI DAPAT SOKONGAN PADU RAKYAT AKAR UMBI

Terdapat 3 senario bagaimana nak menyingkirkan YAB DS Mohd Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan.


Tuesday 15 March 2016

Mahathir tahu tapi perbodohkan rakyat mengenai referendum


Mahathir masih anggap rakyat Malaysia bodoh apabila beliau bercadang guna sistem Referendum.

Malaysia tidak mengamalkan sistem Referendum, lebih-lebih lagi yang dijalankan oleh sebuah syarikat tinjauan pendapat antarabangsa.

Ekuiti Bumiputera naik.zaman Najib, tak bergerak masa TDM


Mari kita lihat sejauh mana keberkesanan pimpinan dalam melaksanakan agenda bumiputera berdasarkan fakta yg baru saya perolehi dari EPU JPM

Monday 14 March 2016

DAP, PKR, LFL, Bersih dan NGO harus dedahkan dana politik


Ramai sibuk pasal Dana Politik dari Arab Saudi kepada PM. Tapi pernah tanya mana DAP dan PKR dapat dana?

Ada parti pembangkang terima dana dari Israel. JOM SIGN, desak mereka dedahkan sumber kewangan parti masing masing!

Ayuh Demi Negara dan Kebenaran!

Sunday 13 March 2016

Petition for PM


BAHAWASANYA, pada 5hb Mei 2013, BARISAN NASIONAL di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 dengan majoriti kerusi 133 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat.


Saturday 12 March 2016

Muhyiddin dedah taktik Mahathir tipu NGO-NGO kiri


Petikan dari portal Oh, Oh .. Ye Ker?:

Bila ditanya tentang reformasi atau langlah-langkah pembaharuan institusi, katanya ia boleh dibincangkan selepas Najib berundur.

“Kita ketepikan perkara itu buat seketika. Kita selesaikan perkara (penguduran Najib) in dulu. Kemudian bolehlah berbincang memperbaiki masa depan negara. Itu tujuan kita semua.”

Deklarasi Rakyat telah dikritik sebagai hanya menengetengahkan isu utama 1MDB yang lebih dilihat pemerhati sebagai isu politik yang utama Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Isu-isu lain yang disebut turut dilihat merupakan hanya isu-isu politik Mahathir.

Friday 11 March 2016

Selepas diberhentikan di Petronas, elok berhenti dari Proton!


Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kabinet hari ini sebulat suara bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, Jemaah Menteri berpendapat Dr Mahathir tidak lagi mendokong kerajaan yang sedia ada selepas melancarkan deklarasi bersama pembangkang, maka sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Orang Penang dah mula menyampah Guan Eng




Betul juga.

Bila dah perlu orang luar untuk bersuara, dah tak tahan tekanan lah tu. Orang Penang PKR dibuang tapi DAP ambil dari Seremban.