Wednesday 9 March 2016

Azmin kata untuk reform, Rafizi kata hanya isu 1MDB?


Rafizi termalu dengan serangan yang dibuat terhadap Deklarasi Rakyat lalu membuat helah berikut:

Tun M, TSMY hanya kerjasama politik terhad isu 1MDB, derma

(Sinar Harian) – Kerjasama politik Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam gerakan baharu terhad kepada isu 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) dan derma RM2.6 bilion jika mereka berdua tidak bersedia melakukan reformasi institusi di negara ini secara menyeluruh.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, jika kedua-duanya enggan bekerjasama melakukan reformasi secara besar-besaran kepada institusi kerajaan dan undang-undang, penyertaan mereka hanya kepada usaha penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri.

Sepenuh di MT SINI


Kenapa pula Rafizi tandatangan jika reform hanya disebut sekali lalu dalam Deklarasi tersebut?

Analisa berikut:

Antara isu yang dicatatkan oleh Deklarasi Mahathir adalah;

1. PERENGGAN PERTAMA

Ada 30 juta warga Malaysia dan 45 orang sahaja yang perasan mereka warga Malaysia.

Ada lebih kurang 21,600 Cawangan UMNO di seluruh Malaysia dan hanya beberapa puluh cawangan sahaja yang bersetuju dengan Mahathir.

2. PERENGGAN KEDUA

Pencapaian-pencapaian YAB Perdana Menteri boleh disemak dan diakui oleh World Economic Forum, International Monetary Fund (IMF), World Bank, Flitch Rating, Standard & Poors serta DOKUMEN-DOKUMEN RASMI agensi dan badan-badan berautoriti DUNIA.

3. PERENGGAN KETIGA

Pembohongan dan putar belit terhadap kajian oleh Ernst & Young oleh Mahathir & Associates berhubung PERSEPSI RASUAH.

4. PERENGGAN KEEMPAT mempamirkan kebodohan mereka yang menandatangani Deklarasi Mahathir terhadap konsep Cash Is King bahawa duit merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia, apatah lagi kehidupan bernegara.

5. PERENGGAN KELIMA menceritakan pemotongan bajet 2016 sedangkan YAB Perdana Menteri DSN telah berjaya pada setiap tahun mengurangkan defisit belanjawan yang bermula sejak Mahathir lagi. Laporan-laporan tahunan pakar-pakar dan agensi ekonomi dunia seperti IMF sendiri menyatakan bahawa tahun-tahun 2016-2018 merupakan tahun-tahun yang sukar bagi ekonomi DUNIA dan Malaysia tidak terkecuali meski pun diunjurkan STABIL bersama China dan Chile berbanding negara lain di dunia.

6. PERENGGAN KEENAM HINGGA KE TIGA PULUH lebih menumpukan kepada modus operandi Mahathir yang GAGAL sejak setahun lalu untuk menggulingkan YAB Perdana Menteri dengan plot, komplot dan konspirasi menjenayahkan YAB Perdana Menteri melalui barua-barua beliau yang berada dalam parti dan jabatan-jabatan utama kerajaan.

7. PERENGGAN 31-32 tentang rakyat menderita pasal GST tidak relevan GST bukan punca kos sara hidup meningkat dan ekonomi dunia merudum malah ia memberi banyak manfaat kepada usaha kerajaan membanteras dan menghapuskan penyelewengan pembayaran cukai oleh ramai kapitalis pro Mahathir.

8. PERENGGAN 33 berkenaan TPPA yang telah diluluskan di Parlimen dan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen. Perbincangan selama 5 tahun antara kerajaan yang menandatangani TPPA jelas menggambarkan betapa telitinya kerajaan pimpinan YAB PM sebelum menandatanganiya. Tiada data-data kajian dikemukakan dari mana-mana pengkaji bertauliah bahawa rakyat Malaysia menolak TPPA melainkan mainan persepsi mereka yang tidak mahu menerimanya sahaja.

9. PERENGGAN ke 34 berhubung imej Malaysia yang buruk amat tidak tepat memandangkan banyak negara lain di dunia mendapatkan pandangan dan nasihat dari Malaysia dalam pelbagai isu kewangan Islam, perdamaian antarabangsa dan keamanan sebagai. Malah Malaysia merupakan Anggota Majlis Keselamatan PBB yang diperakui peranan dan sumbanganya di peringkat antarabangsa.

Wujud laporan-laporan akhbar/portal yang tidak berasas tentang Malaysia adalah kerana ia digerakkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang melacurkan diri mereka memburukkan kerajaan di luar negara melalui jaringan yang mereka ada.

Sejak puluhan tahun yang lepas, akhbar-akhbar tertentu dan negara-negara tertentu sememangnya seringkali memaparkan laporan serta berita-berita negatif tentang Malaysia.

10. PERENGGAN ke 36 (a) Seruan menyingkirkan YAB PM melalui saluran undang-undang sebenarnya telah GAGAL sejak setahun lampau melalui pelbagai usaha menjenayahkan YAB Perdana Menteri selain GAGAL mempengaruhi Persidangan Agung UMNO, Perhubungan Negeri, Bahagian ahli-ahli akar umbi seramai 3.5 juta orang agar menyingkirkan Presiden parti mereka.

11. PERENGGAN ke 36 (b) berhubung pemansuhan semua undang-undang perlu dilakukan di Parlimen (Dewan Rakyat) dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Penggubalan, pindaan dan kelulusan semua rang undang-undang samada di peringkat DUN (Negeri) atau Pusat (DR) adakah sah dilakukan melalui proses-proses yang dibenarkan undang-undang.

Menggesa orang awam menurut kehendak Deklarasi Mahathir berhubung perkara ini sebenarnya mendorong suatu tindakan lain di luar batasan undang-undang Negara.

12. PERENGGAN KE 37 jelas motif sebenar Deklarasi Mahathir adalah agenda REFORMASI PKR dan bukannya mencari calon ganti dari Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan YAB Dato' Seri Mohd Najib.

PKR, DAP dan PAS KONSISTEN sejak zaman reformasi bahawa Mahathir telah banyak melakukan kehancuran kepada pengasingan kuasa antara legislatif, judikatif serta eksekutif serta merosakkan banyak institusi awam negara.

YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berusaha keras memulihkan integriti serta kredibiliti pelbagai agensi dan institusi awam juga menjadi mangsa Mahathir pada ketika itu walau pun Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

RAKYAT MALAYSIA wajar menilai Deklarasi Mahathir ini sebagai Deklarasi DAP memandangkan ia mempunyai banyak persamaan dengan perjuangan DAP semenjak Deklarasi Setapak 1967 lagi.

Salam hormat dari saya, Zamzuri Mohamed Tahir.

1 comment:

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.