Saturday, 11 June 2016

Tun M mengulang cerita basi... sah nyanyuk


DAP hari ini dikecewakan Mahathir bila bekas ahli UMNO itu datang membantu kempen PAN di pilihanraya kecil Sg Besar dengan cerita-cerita basi yang SEMUANYA telah dijawab kepimpinan kerajaan sedia ada.

Isu macam dana RM 2.6 billion dan 1MDB.  Waima dakwaan isteri Perdana Menteri membazir apabila menggunakan pesawat kerajaan baru-baru ini untuk ke Turki yang turut disentuh Mahathir, itupun sudah dijawab pegawai khas beliau.

 http://www.tv14.my/2016/06/10/rafizi-kantoi-lagi-kira-sewaan-pesawat-mewah-guna-matematik-mudah

Tapi Mahathir macam baru keluar gua, bukan nak lawan balik dengan fakta apa yang dah dijawab, dok ulang-ulang apa yang dia nak percaya sahaja.

Mungkin DAP mengharap Mahathir bawak pendedahan-pendedahan baru yang belum dikitar semula untuk dihidang kepada orang Sekinchan tapi tidak ada, balik balik cerita lama, apa tuduhan, apa dakwaan, semua dah ada jawapan tapi Mahathir tak serik mengulang.

Bukti yang dijanji pun tak dikeluarkan .... menipu

Ia adalah setengah jam yang sia-sia, buktinya, dari 300 orang yang dianggar berada di dalam dewan ketika Mahathir mula masuk, separuh darinya hilang bila Mahathir berhenti bercakap.

Parlimen Sg Besar ada 2 kerusi DUN, masing masing Sekinchan dan Sg Burong tapi Mahathir hanya berada di Sekinchan, dia tidak langsung tunjuk muka di Sg Burong, mungkin tahu orang Melayu tidak menyokongnya yang dilihat terlalu taksub dengan Deklarasi Rakyat yang kita tahu sekarang ada yang mendakwa palsu serba serbi.

Dari maksud Deklarasi itu sendiri yang kononnya boleh menurunkan Perdana Menteri (sedangkan tidak), membawa kepada penandatangan yang didakwa sebahagian besarnya palsu, guna nama orang mati dah sebagainya.

http://www.mykmu.net/2016/06/prksgbesar-mahathir-suka-kuda-sekarang-jadi-tunggangan-dap-pan



2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu bila kebenaran menjadi kenyataan. Pihak2 yang mencerca satu sama lain harap dapat mengambil iktibar selepas kejadian ini. Manusia dah berhenti memikir untuk kehidupan yang selesa.

    ReplyDelete
  2. Sudahlah jangan mengata TDM, kamu juga mengulang gulang cerita lama dan basi. Kenapa diheboh heboh dengan cerita ini? Apa hendak bising dan takut kalau ceritanya cerita basi? . Rakyat sendiri akan menolaknya! Begitu juga dengan Deklarasi Rakyat. Kalau betul tanda tangan itu oalsa, masa akan menghanyutkannya.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.