Sunday, 5 June 2016

Izad antara gila atau dibayar jadi calun bakul sampah?

Calun sudah terbabas
Ada terbaca komen seorang rakan yang memuja usaha Izad Bukhary untuk cuba menyampaikan suatu mesej sosial melalui bertanding di Pengkalan Kubor ketika PRU13. Dia kalah dan hanya berjaya dapat 65 undi.

Sebaik ADUN Pengkalan Kubur meninggal dunia, dia mencuba lagi dan hanya dapat 38 undi. Entah apa mesej yang berjaya capai kali itu?


Sebaik Dato Nik Aziz meninggal, Izad cuba lagi untuk menggunakan simbol pennya untuk bertanding di DUN Cempaka pada tahun lepas. Memetik dari Mkini berikut:
PAS diwakili ustaz mudanya Ahmad Fathan Mahmood, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.
Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89 undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807undi).
Tidak tahu apa lagi yang boleh dicapai oleh Arkitek yang lahir dari dasar DEB kerajaan BN untuk hantar anak Melayu belajar ke luar negara.

Sekali kali anak Kelantan ini mencuba. Kali ini di Kuala Kangsar.  Sementang mungkin ada orang Petani yang berpelat ala Kelantan, adakah Izad fikir dia boleh baiki pretasinya di PRU dan PRK Kelantan?

Untuk menang, hampir mustahil.

Apa tujuannya tanding di Kuala Kangsar? Takkan masih lagi guna hujah sama yang sudah basi dan tidak lagi bermakna?

Memang haknya untuk amal demokrasi dengan bertanding. Hak kami juga nak kata jangan buat kerja bengong yang mewarisi gila.

Sedarlah dia tak berjaya capai apa-apa melalui cara politiknya. Fikirlah cara lain.

Kita yang pernah dengar dari mulutnya sendiri menjawab persoalan kenapa dia perlu tanding pun rasa mesej yang dia mahu sampai masih lagi ditahap yang orang putih kata "half cooked ideas".

Adakah Izad dibayar pihak-pihak tertentu untuk jadi calun bakul sampah untuk bazirkan undi dari undi calun-calun yang ada sebagai tanda protes?????

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.