Monday 6 June 2016

PAS bantu naikkan Azmin tapi dia peluk Mat Sabu


SG BESAR menyaksikan PAS ‘kena’ kiri dan kanan.  Dikhianati parti serpihan tajaan DAP nama PAN, Azmin yang PAS sokong untuk jadi Menteri Besar 2 tahun lepas, tidak menyokong PAS dalam kempen pilihanraya kecil Sg Besar tapi sokong PAN.

Jasa PAS menyokong Azmin jadi Menteri Besar dulu, nampaknya langsung tak dikenang, elok macam itu saja Azmin sokong PAN.


Azmin patut tidak hadir pagi tadi, baru wayang Pakatan Rakyat masih hidup boleh jadi, tapi bila Azmin hadir, terang tak payah suluh lagi Azmin memang sokong PAN dan PAS ibarat janda gila talak kalau masih terus berada dalam kerajaan Selangor.

Tidak ada sebab untuk PAS kekal lagi dalam kerajaan Selangor bila Pakatan Rakyat secara rasmiya (dengan tindakan Azmin) tidak lagi wujud. Dulu dengan Azmin ketengah tidak ketepi tidak, bolehlah tipu rakyat mendakwa Pakatan Rakyat masih wujud, sekarang dah tentu arahnya kemana.

Penuh di MyKMU http://www.mykmu.net/2016/06/prksgbesar-pas-sokong-azmin-jadi-mb-azmin-pulak-sokong-pan/

Kecoh juga diperkatakan tentang Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali yang dikatakan baru hari ini ‘tunjuk muka’ di kem Pakatan Harapan, hadir memberi sokongan kepada calon PAN di hari penamaan calon PRK Sungai Besar.

Rata-rata pemerhati dan penganalisis politik berpandangan bahawa kehadiran Azmin itu seolah-olah beliau ‘menikam PS dari belakang’ setelah parti itu berjasa mencalonkan namanya sebagai Menteri Besar yang diperkenan Sultan Selangor. Padahal, DAP dan PKR berkeras mahukan Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Gambar Azmin berdakapan dengan Mat Sabu turut dikatakan bakal merenggangkan hubungan PKR – PAS yang digembar-gemburkan bagai telur di hujung tanduk. Khabarnya, Azmin mungkin tunduk pada desakan memecat Exco PAS dari kerajaan negeri kerana parti itu berdegil untuk terus bertanding di PRK Sungai Besar?

Sepenuh http://www.mykmu.net/2016/06/cara-azmin-balas-budi-buat-pas-memendam-rasa/

Politik tikam belakang dan kelahi gaduh dah old school ala Tun M. Baca macam mana suasana penamaan di Kuala Kangsar di http://www.mykmu.net/2016/06/andai-pan-dimalukan-izat-bukhari-di-prkkualakangsar/

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.