Wednesday, 8 June 2016

Jawapan pada fitnah Rafizi yg cemar bulan Ramadan yg mulia


JAWAPAN KEPADA ISU PENGGUNAAN JET OLEH DATIN SRI ROSMAH MANSOR

Merujuk kepada ‘pertanyaan’ YB Rafizi Ramli tentang penggunaan pesawat peribadi oleh Isteri Perdana Menteri, perlu difahami bahawa kehadiran beliau di Istanbul, Turki adalah bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak Permata Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.

‘Pendedahan’ ini bersifat jahat kerana beliau cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan suatu pembaziran. Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil.




YB Rafizi dengan sengaja cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Isteri Perdana Menteri di dalam tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Beliau sepatutnya menggunakan tempoh berkempen ini untuk memberitahu rakyat apa sumbangan parti beliau tawarkan kepada rakyat bukannya membuat ‘pertanyaan-pertanyaan’ yang tidak kena-mengena dengan Pilihanraya Kecil. Sekurang-kurangnya Datin Paduka Seri Rosmah mengilhamkan suatu program yang memberi manfaat kepada ribuan anak-anak malahan program ini mendapat pengiktirafan dunia. YB pula apa program yang telah dilaksanakan? Harapnya pertanyaan-pertanyaan YB ini bukanlah gurauan semata. Tambahan pula bulan Ramadan yang mulia ini kita dianjurkan berbuat baik sesama insan.

Untuk pengetahuan YB Rafizi Ramli, Program Permata Negara adalah sebuah projek kerajaan di bawah Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor merupakan Penaungnya. Program Permata Negara adalah cetusan ilham beliau.

Menjawab persoalan YB Rafizi perjalanan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul tidak dilaporkan dan tidak diketahui, ingin saya jelaskan belum pernah berlaku dalam mana-mana berita melaporkan aturan perjalanan seseorang kenamaan kecuali berita mengenai aturcara lawatan.

Maka, saya ingin menjawab soalan-soalan yang ditujukan YB Rafizi Ramli,

SOALAN

1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN

Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil.

SOALAN

2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN

Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.

SOALAN

3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN

Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian.

Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya.

Sekian, Selamat Berbuka

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.