Saya sokong calon wanita, tetapi Mastura tak sesuai – Kamilia
Kamilia berpendapat, ramai pemimpin dalam Wanita dan Puteri UMNO Perak yang lebih layak untuk dicalonkan pada PRK Kuala Kangsar.
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim menyifatkan tindakan parti itu menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di PRK Parlimen Kuala Kangsar sebagai langkah yang silap dan hanya mengundang sabotaj kepada kempen BN.
Beliau menjangkakan pencalonan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bakal mengundang perpecahan di dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar memandangkan bukan semua pihak yang menyenanginya.
“Walaupun dahulu UMNO kata inginkan calon lelaki bagi menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz, saya mengalu-alukan pemilihan calon wanita pada PRK kali ini.
“Tetapi Mastura bukanlah orang yang sesuai. Kedudukannya sebagai balu bekas ahli Parlimen bukanlah sebab yang cukup untuk mewakili rakyat Kuala Kangsar,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Sepenuh di FMT
-------------------------------
Rupanya komen ini bertujuan tertentu:
Petikan dari laporan FMT di SINI
......“Begitu juga faktor calon yang tidak dipersetujui semua, selain perpecahan dalaman UMNO Kuala Kangsar akibat perbalahan sesama sendiri,” katanya dalam wawancara bersama FMT semalam.
Kamilia yang juga bekas ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar berkata isu 1MDB dan RM2.6 bilion juga mungkin mampu menyebabkan pengundi luar yang biasanya tidak mengundi dalam PRK – yang cenderung menyokong pembangkang, pulang untuk menunjukkan suara mereka.
Bekas senator yang 30 tahun menjadi ahli UMNO itu dipecat pada 2013, selepas mengambil tindakan nekad bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 sebagai tanda protes kepada kepimpinan tertinggi UMNO.
Sementara itu, Kamilia menyambut baik spekulasi yang menyatakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mungkin ‘menaja’ bekas ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat tahun lalu untuk turut bertanding sebagai calon bebas.
Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penentangan Mahathir terhadap Najib sudah bersifat terlalu peribadi.
“Saya percaya apa yang beliau lakukan adalah perjuangan. Ramai orang lupa kalimah ‘perjuangan’ ini. Untuk mewujudkan negara yang lebih bersih, tidak rasuah dan berpegang kepada prinsip kenegaraan yang tulen.
Apa? Perjuangan? Adakah perjuangan namanya kalau semata-mata hendak memenuhi nafsu serakah, untuk membina jambatan bengkok, memansuhkan BR1M dan mempromosi anak sendiri sebagai calon PM?
ReplyDeletePerjuangan apakah namanya kalau sudah 22 tahun jadi PM pun tak cukup-cukup lagi? Berilah orang lain pula.