Monday, 20 June 2016

Din Ayub mahu bawa PAS ke PH sebelum Tun M lari ke luar negara?


Amanah ajak Pas bersama Pakatan Harapan

KUALA KANGSAR - Pakatan Harapan  mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan  gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar di sini, semalam.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin selain terbuka untuk mempelawa Pas menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN di Parlimen berkenaan.

"Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi Pas perlu ikhlas," katanya.

Kor Ming turut mendakwa 300 pengundi yang dikenalpasti penyokong setia DAP yang berhasrat mengundi calon Amanah telah dipindahkan ke kawasan Parlimen Padang Rengas.

Beliau yang juga ahli Parlimen Taiping turut menegaskan tindakan tidak adil SPR itu adalah salah satu sebab undi Amanah berkurangan.

"Kita juga dapat tahu ke semua mereka tidak dimaklumkan tentang perubahan berkenaan," katanya.

Sinar Harian


Satu persoalan yang perlu difikirkan.

PAN tak berjayakah dapatkan undi Melayu? DAP tidak akan berjaya dapat undi Melayu kah melalui PAN? Padan Dyana dah diam tak kedengaran dan dihantar belajar overseas ...

Ataupun DAP dan PAN sedar mereka akan rugi. Baca pelbagai senario di Snapshot http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/sarawak-sg-besar-dan-kuale-pru14-tun-m.html hingga kononnya Tun M akan lari ke luar negara????


1 comment:

  1. Teringin jugak nak tengok khalid gereja jilat balik kahak hijaunya melutut mintak kerjasama PAS setelah menghina PAS secara konsisten sambil memuja dapigs, iaitu musuh PAS.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.