Wednesday 15 June 2016

Amanah tempatan tolak calun di Sungai Besar

AHLI Parti Amanah Negara, Mohd Sapigni Tulus (tengah) mengadakan sidang media supaya pengundi di Parlimen Sungai Besar menolak calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di Sungai Haji Dorani Resort. - Foto Asyraf Hamzah

Ahli Parti Amanah Negara sokong Budiman di Sungai Besar

Oleh Hazwan Faisal Mohamad
hazwanfaisal@bh.com.my

SUNGAI BESAR: Seramai 32 ahli Parti Amanah Negara cawangan Sungai Besar beralih arah menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi selepas hilang kepercayaan kepada calon parti itu.


Wakilnya, Mohd Sapigni Tulus, berkata calon parti serpihan itu, Azhar Abdul Shukur tidak layak dipilih kerana boleh diibaratkan seperti calon 'touch and go' selain bukan penduduk tempatan apabila bermastautin di Pahang.

Katanya, jika Azhar menang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, beliau hanya akan turun kawasan setiap dua bulan, sekali gus tidak mampu membawa agenda pembangunan atau pembaharuan dari segi ekonomi dan sosial.

"Sehubungan itu, saya merayu kepada semua pengundi supaya menolak Azhar yang pandai bersandiwara dan pasti akan mengutamakan kepentingan peribadi jika menang nanti.

"Sebaliknya pilihlah Budiman yang terserlah sentiasa membantu merealisasikan impian rakyat. Pilihlah calon yang sentiasa berada dan tinggal bersama rakyat, bukan calon yang tinggal di hotel," katanya yang merujuk kepada Azhar yang menginap di salah sebuah hotel di pekan di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. Mohd Sapigni berkata, kesemua 32 ahli parti serpihan itu juga menyatakan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan tertinggi parti itu selepas memilih calon yang tidak layak.

Katanya, Azhar memiliki ciri-ciri dan tindak tanduk yang bongkak, sombong dan angkuh.

"Sejak beliau merampas kepemimpinan parti cawangan Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin terdahulu yang menghidupkan parti itu sudah disingkirkan," katanya.

Ditanya adakah beliau dan rakannya yang lain akan keluar dari parti berkenaan, beliau berkata mereka akan terus kekal di dalam parti itu.

"Kita tiada perancangan untuk keluar parti. Sebarang keputusan bergantung kepada situasi," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/164355

1 comment:

  1. AIK INI SPESIS "BUAH BARU" DILUAR MACAM KELAPA GADING.....ISI ALLAHUAALAM...TAK APA...DALAM BULAN RAMADHAN LEBIH BAIK BERTERUS TERANG DARIPADA BERBOHONG...

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.