Tuesday 1 March 2016

Surat tak laku, Dr M sertai pembangang selamatkan diri


Sebelum menjurus kepada subjek, baca tentang berita berikut untuk melihat isu Mahathir keluar UMNO dari satu konteks luar dari biasa:

Didenda RM5 juta, dijel 5 tahun

Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Bekas Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd (Repco) didenda RM5 juta dan dihukum penjara lima tahun Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba mengelirukan pasaran saham, 19 tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan demikian terhadap Low Thiam Hock, 54, atau dikenali sebagai Repco Low selepas meneliti dan mengambil kira hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mahkamah mengarahkan Low menjalani hukuman penjara lima tahun lagi, jika dia gagal membayar denda itu.

Low, dari Kota Kinabalu, Sabah, mengaku tidak bersalah pada 18 September 1999, terhadap tuduhan mengarahkan seorang wakil peniaga Sime Securities Sdn Bhd untuk membeli saham Repco dengan menyerap harga tawaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bagi tujuan menimbulkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu.

Low didakwa mengikut Seksyen 84(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan menghadapi hukuman maksimum denda RM1 juta dan penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119015#sthash.nO6Nzwvg.dpuf

----------------------

Hal ini berkait rapat dengan surat berikut.

Ia merupakan salah satu exhibit dalam mahkamah. Ia adalah surat dari Tun Dr Mahathir kepada Pengerusi SC, Dato Ali Kadir memaklumkan Low ini adalah orang Mahathir dan banyak membuat national service untuk beli saham bantu kerajaan:


Sudah begitu jelas, tetapi kenapa pula SC enggan terima perakuan Dr Mahathir dan bertegas mahu saman Repco Low?

Ia hanya bermakna surat Mahathir pada SC sudah tidak laku. Ada melihat ada pihak yang anti Mahathir ie pro Anwar dalam SC. Baca ABITW SINI dan SINI

Is juga satu petanda Mahathir sudah terdesak dan merasakan pengaruhnya sudah hilang.

Dia meramalkan UMNO akan jatuh maka perlu sekongkol dengan pembangkang untuk selamatkan dirinya dari didakwa di akhir tuanya????



1 comment:

  1. Tak kan itu sahaja yang dapat dikesan, cuba korek Robert, Vincent dan Ananda apa pula hubungan dengan pembangkan khususnya DAP.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.