Phang Li Koon ada kaitan dengan syarikat KLIDC dan seorang bernama Tan
KLIDC membeli tapak itu dengan harga RM232 kaki persegi atau RM11.5 juta ketika Barisan Nasional bersedia untuk membelinya dengan harga RM22.4 juta bagi membina rumah kos rendah untuk penduduk miskin bandar.
Tanah tersebut di jual pada harga RM10 juta lebih murah daripada yang BN tawar untuk bina Rumah Bantu Rakyat.
Apa istimewa pemilik syarikat beli tanah Taman Manggis kepada Guan EngBca juga BNBBC https://www.bnbbc.my/kelulusan-asal-kegunaan-tanah-taman-manggis-diubah/
22 MAC: Apa istimewanya syarikat KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) kepada Lim Guan Eng sehingga beliau mengepikan hak 270 keluarga untuk memiliki rumah jika dibina di atas tanah di Taman Manggis?
Itu pertanyaan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad Guan Eng ekoran keputusan kerajaan DAP menjual tanah yang sepatutnya dibina rumah rakyat kepada KLIDC.
“Bagi saya, ianya sudah tentu berkaitan kepentingan kroni-kroni. Saya sebenarnya tidak kisah sangat soal banglo beliau. Membeli dengan harga lebih murah daripada pasaran, itu soal integiritinya,” ujar Ahli Parlimen Johor Bahru itu mengulas kontroversi pemilikan bangle oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Shahrir mengakui beliau marah kerana mangsa sebenar adalah orang miskin Bandar yang dinafikan tempat tinggal kerana 270 unit rumah pangsa tidak dapat dibina.
“Kalau nak tolong kroni pun, janganlah tindas golongan miskin. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) patut siasat sama ada Gan Eng lakukan kesalahan,” katanya kepada BNBBC.my portal.
Menurut Shahrir beliau kasihan dan dan simpati kepada golongan miskin yang tidak mendapat peluang menyewa atau memiliki rumah kos rendah PPRT yang sepatutnya diperolehi jika Taman Manggis tidak dijadikan hospital atau klinik pakar.
Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng ibarat merampas tanah untuk orang dan menjual kepada orang kaya.
“Sekiranya beliau mengutamakan rakyat tentu tanah itu tidak dijual kepada KLIDC, apatah lagi pada harga lebih murah daripada RM22 juta yang pernah ditawarkan oleh Barisan Nasional negeri sebelum ini,”
“Ternyata KLIDC istimewa kepada beliau (Guan Eng),” sindir Shahrir.
Isu tanah Taman Manggis seluas 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin Pulau Pinang berbangkit semula ekoran pertanyaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya di Dewan Rakyat, Selasa lalu.
Yang jadi isunya:
Taman Manggis : Seperti Menang Bida Proton Saga, Tapi Tukar Menjadi Mercedez-Benz
Bertambah pening dah si Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan tokey KLIDC.
Naib Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, H’ng Koon Leng mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerangkan bagaimana plot tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis ditukarkan statusnya daripada fasiliti penjagaan kesihatan kepada hotel dan suites berservis.
Terletak di persimpangan Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di George Town, 70% tanah Taman Manggi yang akan dimajukan menjadi hotel dan suites berservis manakala bakinya 30% akan dimajukan menjadi fasiliti penjagaan kesihatan.
Panas ponggong Guan Eng
Menurutnya, penggunaan tanah tersebut telah ditukar sebaik-baik sahaja ianya dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd menerusi tender terbuka pada 2011.
“Ianya jelas memberikan kelebihan komersial kepada syarikat tersebut memandangkan tanah itu kini boleh dinilai lebih tinggi,” kata H’ng kepada wartasan selepas dia dan beberapa orang pemimpin tempatan Barisan Nasional membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Georgetown.
Menurutnya lagi, nilai tanah tersebut akan meningkat ekoran pemiliknya membina hotel di tapak tersebut, dan menambah, penukaran status tersebut amat luar biasa dan memeranjatkan.
“Ianya seperti selepas menang membida Proton Saga, anda menukarkannya menjadi Mercedez-Benz. Adakah ini adil untuk rakyat Pulau Pinang?” tanyanya.
- See more at: http://www.tv14.my/2016/03/24/taman-manggis-seperti-menang-bida-proton-saga-tapi-tukar-menjadi-mercedez-benz/#sthash.eA9max1V.dpuf
Baca juga http://www.nst.com.my/news/2016/03/134358/penang-land-deal-its-buying-proton-then-changing-it-merc
http://theflyingkick.blogspot.my/2016/03/mampus-guan-eng-bagai-punggung.html
Kononnya Guan ENg tidak tahu diubah dari PPRT:
Takkan lah exco tanah tidak tahu pasal nilai tanah?
Malah Guan Eng pernah berucap di berikut:
Guan ENg tidak tahu ye ...
BNBBC gesa Jabatan Audit siasat penjualan tanah Taman Manggis
SPRM diam saje ....Menurut beliau isu sebenarnya adalah kepentingan rakyat termiskin diketepikan semata-mata untuk memenuhi kehendak kapitalis atau taukeh dengan cadangan pembinaan sebuah hospital dan kemudiannya ditukar pada pembangunan mewah. TSShahrilApa yang lebih dikesali, kata Shahrir, tujuan tanah itu sememangnya dalam pengetahuam kerajaan negeri dan Ketua Menteri itu.“Tetapi pilihan Guan Eng mengenepikan harapan hasrat rakyat termiskin.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.