Seorang bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa mencadangkan bahawa mana-mana individu yang ingin menyelamatkan Malaysia perlu bersama-sama menubuhkan satu gagasan (coalition) bersama DAP.
Atau maksudnya, hanya DAP yang boleh dan layak mengetuai sebarang strategi politik untuk “menyelamatkan” Malaysia?
Siapa yang boleh lupa DAPlah yang menghancurkan semua gerakan usahasama di kalangan parti-parti politik pembangkang sebelum ini.
Adakah
ini satu idea baru untuk mempastikan parti sosialis rasis ini akan
menentukan setiap strategi, saranan dan gerakerja politik tanpa dicabar
atau dikritik lagi selepas ini?
Ini membuktikan DAP tidak percaya dan tidak jujur terhadap semua kerjasama dan “Tahaluf Siyasi” yang berlaku selama ini.
Barisan
Alternatif, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan kini Grand Coalition -
semuanya hanyalah tipuhelah politik dan langkah memperbodohkan rakyat
sahaja.
PAS (dahulu), PKR dan terkini PAN telah dan akan di”kencing”kan begitu saja oleh DAP.
Para
penyokong dan pentaksub parti-parti PKR, PAN dan DAP tak payah merasa
terlalu teruja (excited) dan gabra semacam dengan cadangan ini. Ia
hanyalah satu pakej “mengganjakan” kesedaran politik rakyat Malaysia,
bangsa Melayu dan umat Islam terhadap muslihat politik parti sosialis
rasis ini.
Perlu diingat juga, UMNO dan pimpinannya pun tidak bersih dari “dosa-dosa” politik terhadap kepentingan Melayu dan umat Islam.
Dan
apabila rakyat menolak DAP, PKR dan PAN, tidak bermakna mereka
bersetuju dengan tingkahlaku UMNO dan para pemimpinnya yang tidak segera
menampakkan kejujuran dan keikhlasan mereka dalam isu-isu yang
melibatkan kepentingan Islam, umat islam dan bangsa Melayu.
Kadang-kadang keadaannya sama seperti 2 Kali 5 sahaja!
“Kepentingan
rakyat” hanyalah satu retorik busuk yang selalu dimainkan oleh SEMUA
parti politik di negara kita, lebih-lebih lagi menjelang PRU.
Rakyat
perlu diberi kefahaman bahawa antara semuanya, DAP lebih wajar diawasi
dan diberi pengajaran sebenar di peti undi akan datang.
Kita tidak boleh beri walau SATU undi pun kepada DAP!
https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1141428675881141
Menjawab berikut:
Menjawab berikut:
SELAMATKAN MALAYSIA ATAU SELAMATKAN DAP???
Dr
Abd Aziz Bari mencadangkan agar mana-mana individu yang ingin
menyelamatkan Malaysia perlu bersama-sama menubuhkan satu gagasan
(coalition) bersama DAP.
Berucap
dalam satu majlis retreat DAP Selangor, beliau yang juga pakar
Perlembagaan mengulas isu terbaru perisytiharan keluarnya Tun Dr.
Mahathir Mohamed dari UMNO tempohari.
Berdasarkan
rekod, setakat ini DAP sudah lama bekerjasama dengan parti-parti dan
NGO pro pembangkang bermula dari Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan
Ummah, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.
Pemerhati
politik berpendapat bahawa agenda Selamatkan Malaysia lebih merupakan
agenda Selamatkan DAP memandangkan 72% dari umat Islam Malaysia menolak
DAP dan parti ultra perkauman tersebut perlu berpaut pada sokongan umat
Islam PAN & PKR setelah PAS membatalkan Tahaluf Siyasi dengan DAP.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.