Friday, 30 September 2016

ADUN DAP bakal dihina Mahathir sebab sokong PERMATA


Tanpa isu yang solid, Mahathir gunakan Rosmah dan program Permata sebagai bahan serangan politik.

Allah maha berkuasa bula ada musuh terbuka hati untuk sedar niat baiknya:

DAP rep comes to the defence of Rosmah's Permata

Bila lojik ikut Rafizi dan LGE, Mahathir dah merapu


Dan ....


Demikianlah juga pemikiran Mahathir yang sudah terikut-ikut rentak dan lojik sesat Pakatan pembangkang.

Wednesday, 28 September 2016

Penyalaras PPBM letak jawatan atau Muhyiddin diserang?


Agak susah nak percaya Muhyiddin sedia bersekongkol dengan DAP. http://novandri.blogspot.my/2016/09/pergolakan-dalaman-parti-muhyiddin.html.

Namun itu realitinya.

Tujuan Muhyiddin terlibat PPBM adalah dendam dan ini cara dia boleh kembali ke UMNO dengan masih memegang kerusi dalam Parlimen dan ada pengikut pegang juga kerusi dalam DUN atau Parlimen. Jika UMNO terdesak, mereka boleh bincang dan bersatu balik macam Semangat 46.

Mungkin Mahathir ada rancangan lain lalu dia menggerakkan langkah untuk "bunuh Muhyiddin". Mengumumkan Muhyiddin sebagai PM in waiting adalah caranya. Baca analisa ini http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/mahathir-umum-muhyiddin-pm-untuk.html


Tuesday, 27 September 2016

Mahathir beri dedak pada Clare Brown?



KUALA LUMPUR : Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengakui syarikatnya menerima dana daripada penderma yang berpangkalan di Eropah.
Menurut beliau, dana tersebut disalurkan melalui projek radio dan digunakan untuk membiayai sebahagian besar kos perjalanannya ke seluruh dunia.

“Penderma itu berminat tentang isu-isu berkaitan hutan hujan dan hak asasi manusia,” katanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Monday, 26 September 2016

Sekarang Mahathir, Mukhriz cakap, bila berkuasa nanti pasti lupa


Betul kata Dato Hishamuddin, Mukhriz cakap tak serupa bikin. Dia mahu tempoh PM hanya dihad untuk 2 penggal tapi setuju pula bapanya pegang sampai 22 tahun.

Malah khabarnya Mukhriz memang cakap tak serupa bikin. DIa sendiri enggan turun sebagai Pressiden ANSARA selama 22 tahun.

Sunday, 25 September 2016

Muhyiddin kini tunggul Mahathir untuk Mukhriz tumbangkan


Kesian Muhyiddin tertipu http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/apa-reaksi-si-blur-muhyiddin-tentang.html

Tan Sri Muhyiddin perlu sedar bahawa PPBM adalah parti anak beranak. Usahlah cakap sesuaka hati. Semua mesti dapat persetujuan Tun Dr Mahathir dahulu.

Muhyiddin kata mahu sokong kebebasan Anwar bila berkuasa. Segera Mahathir menidakkan dan mamalukannya dengan mengatakan kebebasan Anwar belum masa untuk dibincang. Dia hanya mahu bincang pasal Akta MKN sahaja sebab dia tidak bercadang untuk anwar dibebaskan.

Akibatnya sejak dua minggu ini, Muhyiddin tersenyap sahaja:

Friday, 23 September 2016

Mahathir hilang bila dimurka Agong dan Sultan?


Hati busuk Mahathir sanggup apa saja untuk jatuhkan Najib hingga sedia memalukan negara dan menghancurkan kehidupan rakyat.
http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/sabotaj-mahathir-terhadap-rosmah-hanya.html
Apa dia termalu, dia lari ke London.

Agong menjawab melalui jurucakap kerajaan iaitu Memanda Perdana Menteri:
http://www.pru14.tv/2016/09/20/agong-tolak-permintaan-mahathir-untuk-pecat-najib/ 
Sultan Johor sendiri bersuara mengkritik Mahathir sekali lagi.

https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/09/21/rubbing-the-royals-the-wrong-way/

Thursday, 22 September 2016

Bukan zaman Mahathir kekal kuasa guna persempadanan semula


Memang ada digunakan oleh Mahathir ketika dia PM tetapi suara rakyat tidak dibendung dan akhirnya berhadapan dengan keputusan pilihanraya yang runcing pada tahun 1999.Terpaksa dia ngaku dia saja PM yang berhenti secara sukarela.

Namun begitu, isu persempadanan semula yang sedang panas dibincang oleh pemangkang dan juga parti-parti BN harus dilihat secara objektif.

Keperluan persempadanan semula telah lama dibincangkan. Bukan baru-baru ini sahaja, tetapi sudah bertahun-tahun. Malah sebelum PRU13 pun ada disebut-sebut sudah perlu dilakukan.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003. Sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan memandangkan majoriti BN kurang dari dua pertiga tidak memudahkan ia diluluskan.

Persempadanan semula dikhuatiri DAP khususnya dan telah dituduh sebagai usaha BN untuk
mengekalkan kuasa. Tujuannya jauh sekali dari itu.


Ini bukan zaman Mahathir yang suka memanipulasi pelbagai undang--undang, perlembagaan, peraturan dan hentera kerajaan untuk kepentingan politiknya dan kroni korporat.

Najib adalah lebih "fair-minded", "gentleman" dan "conscience" akan peraturan dan undang-undang. Dia lebih liberal dan terbuka sikapnya.

Menurut Prof Ahmad Atory, seorang penyokong kuat Tan Sri Muhyiddin, persempadanan perlu sebagai "memberi keseimbangan masyarakat kepada wakil rakyat di kawasan bandar dan luar bandar".

" ....sekali gus membawa kebaikan dan purata tugas yang sama untuk setiap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."

Ini berguna untuk menjawab persoalan jumlah pengundi yang terlalu ramai di sesuatu tempat di kawasan bandar.

Dalam laporan Astroawani 2014, ada Ketua Bahagian UMNO menimbulkan isu "... kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159)."

Manakala, ".. ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003."

Malahan DAP pun menimbulkan isu sama bagi kawasan-kawasan meibatkan kawasan cina dan ia dibandingkan dengan kawasan tertentu seperti Putrajaya yang ramai Melayu tetapi persepadanannya jelas.


Menurut "peruntukan Perkara 113 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan", sudah sampai masa persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula.

Sikap yang ditunjukkan oleh Azmin Ali untuk mendengar pandangan SPR dahulu adalah lebih tepat dari sikap keh poh ci pemiimpin DAP.

Keputusan terakhir untuk menerima atau menolak persempadanan semula adalah Parlimen dan DUN. Apa perlu dipoliikkkan sekarang?

Persempadanan semula boleh menmbulkan keadaan lebih mencabar buat BN hingga ada pemimpin UMNO dan MCA mempersoalkan persempadanan semula yang sedang dijalankan sekarang. Baca analisa 2014 SINI

Sebagaimana disebut Ahmad Atory, kajian yang sedang dibuat SPR seharusnya dipandang positif dan tidak ditolak tanpa fakta yang kukuh.

Ada sesuatu tersirat disebalik niat Lim Kit Siang mahukan PRN Selangor sekarang dan kesungguhan Tony Pua bersuara. Baca Snapshot ...http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/muslihat-sebalik-drama-peersempadanan.html

Tuesday, 20 September 2016

Pengumuman kerjasama MKN alih pandang Mahathir ditolak PKR



Mahathir telah berada di London selama beberapa hari. Mungkin Mukhriz ada bersama untuk bersantai dan main-main dolphin, hisap curut, beach party, dan tembak dengan anjing.

Sementara itu, peguam Mahathir Hanif Khaitri yang kononnya dalam team guaman kes Anwar halang Akta MKN  mengeluarkan pengumuman bersama Anwar-Mahathir .
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/19/anwar-mahathir-release-joint-statement-against-nsc/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/19/dr-mahathir-anwar-buat-kenyataan-bersama-bidas-najib/

Bayangkan kedua-dua mereka ini yang mana Anwar pernah dipenjara kerana salahguna kuasa perguna polis untuk tahan orang. Manakala Mahathir adalah diktator yang sering perguna ISA, Akta hasutan dlll undang-undang pencegahan untuk tujuan politik.
https://www.bnbbc.my/masa-zaman-dr-m-jika-cakap-benar-masuk-penjara/ 
Ini hanya untuk menutuk malu. Hanif Khaitri diarahkan Mahathir masuk pasukan guaman untuk bincang kerjasama dengan Anwar.

Monday, 19 September 2016

Guan Eng tidak tegur Jeff Ooi tapi salahkan keluarga Haron Din


PAS nampak macam acuh tak acuh dalam reaksi mereka kepada penghinaan Jeff Ooi dan pemimpin DAP lain terhadap kematian Dato Dr Haron Din. http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/kemarahan-pas-terhadap-jeff-ooi-acuh.html

Mungkinkah mereka ada agenda politik untuk kerjasaam dengan DAP maka tidak mahu terlalu marah pada DAP. Sedihnya, Guan Eng sudahlah tidak menegur Jeff Ooi atau minta maaf atas salahlaku pemimpin DAP tapi malah menyalahkan keluarga Haron din.