Saturday, 12 March 2016
Muhyiddin dedah taktik Mahathir tipu NGO-NGO kiri
Petikan dari portal Oh, Oh .. Ye Ker?:
Bila ditanya tentang reformasi atau langlah-langkah pembaharuan institusi, katanya ia boleh dibincangkan selepas Najib berundur.
“Kita ketepikan perkara itu buat seketika. Kita selesaikan perkara (penguduran Najib) in dulu. Kemudian bolehlah berbincang memperbaiki masa depan negara. Itu tujuan kita semua.”
Deklarasi Rakyat telah dikritik sebagai hanya menengetengahkan isu utama 1MDB yang lebih dilihat pemerhati sebagai isu politik yang utama Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Isu-isu lain yang disebut turut dilihat merupakan hanya isu-isu politik Mahathir.
Pihak pembangkang boleh dianggap cuba mengambil peluang dari kemelut UMNO.
Yang menjadi persoalannya, kenapa pula masyarakat sivil, dan NGO boleh terperangkap dengan taktik politik lama ala UMNO untuk janji dulu kemudian gagalkan perbincangan sebaik objektif kuasa sudah tercapai.
Mahathir dan Muhyiddin adalah pemimpin berfikiran konservatif malah sering dilihat sebagai ultra Melayu yang berpolitik licik. Kedua-dua mereka tudak bersetuju dan membangkang transformasi yang dibawa oleh Najib yang dilihat sebagai terlalu liberal buat mereka.
Maka, bolehkah kedua-dua mereka persetujui tuntutan-tuntutan masyarakat sivil dan NGO yang jauh lebih terbuka dan liberal berbanding dengan transformasi Najib setelah Najib berjaya didesak untuk turun kelak?
Muhyiddin menyatakan mereka akan mengadakan suatu program Jelajah Dedah Rahsia di seluruh negara.
Sebelum masyarakat sivil dan NGO memerah tenaga dan memberi komitmen untuk menyokong Mahathir dan Muhyiddin, mereka seharusnya menuntut dengan jelas dan tepat apakah reformasi yang mahu dibawa oleh kerajaan yang sama tetapi hanya tukar perdana menteri.
Tanpa komitmen yang jelas dan nyata, ahli-ahli politik mudah mengubah haluan mengikut selera semasa dan mengetepikan janji berdasarkan pelbagai hujah dan alasan. Bukan kali pertama, Mahathir dan Muhyiddin berjanji dan membuat pendirian tetapiu mengubah. Kali ke seratus pun terlalu kurang anggaran janji yang telah dicapati.
Baca sepenuh di SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PATUTLAH ORANG PANGGIL DIA SEMBAB, SEBAB BLUR SEPANJANG MASA!!
ReplyDeletehttp://headbomb.blogspot.my/2016/03/patutlah-orang-panggil-dia-sembab-sebab.html