Monday 29 February 2016

Mahathir sudah rancang bersama pembangkang untuk jatuhkan UMNO


Ibrahim Ali tidak tolak Dr Mahathir tubuh parti baharu - http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/ibrahim-ali-tidak-tolak-dr-mahathir-tubuh-parti-baharu

Dr Mahathir rancang tubuh gerakan bersama Pakatan Harapan singkir Najib - http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-rancang-tubuh-gerakan-bersama-pakatan-harapan-singkir-najib

PKR moves to support Dr Mahathir, says it is time to bring change - http://www.themalaysianoutsider.com/malaysia/article/pkr-moves-to-support-dr-mahathir-says-it-is-time-to-bring-change

-------------------------

Pengumuman TM keluar umno sudah lama di duga..pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yg berterusan dlm usaha nya "menumpaskan "DSN,selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi umno bahagian juga gagal.


Strategi terbaru ini adalah utk MELUMPUHKAN DAN MEMBUNUH UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan DSN.

Pendekatan ini di dorong pengelaman TM dimana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

Kjaan UMNO Kelantan "di bunoh "dalam usaha TM menewaskan Tengku Razaleigh,Kjaan UMNO Selangor "terkorban "berikutan usahanya menumpaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kjaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi..

TM sanggup memberi "hadiah"kepada PAS(Kelantan),PKR(Sngor)dan DAP(P Pinang)asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

Dalam kata lain sejarah membuktikan TM tidak teragak agak MENGHADIAHKAN pembangkang kuasa dan kjaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya .ITULAH TM dalam lipatan sejarah perjuangannya.TO FAIL IS NEVER AN OPTION...

Justeru terpulanglah kepada ahli umno utk melihat episode terbaru ini. Buat TM beliau tidak rugi apa apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala galanya malah anggota keluarganya tersenarai dlm gulungan billionaire terkaya di Msia.

Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat TM utk menjadikan beliau "darling of opposition" dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around) 23tahun kebencian dan harassment pembangkang kpd dirinya yg SELEPAS INI akan di sokong dan dihargai pembangkang ATAS JASA BESARNYA MERUNTUHKAN UMNO.

Sebagai "true Michevellian", matlamat menghalalkan cara. TM tidak sukar melakukan ini kerana di dorong kejayaannya menewaskan TRH,DSAI dan TAB dgn cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dgn harga yg mahal oleh AHLI UMNO terutama di Kelantan, SNGOR dan P Pinang..kini TM bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dlm menewaskan orang yg tidak di gemarinya atau yang tidak mahu mengikut "My Way".

Ahli UMNO sejati harus terima keputusan TM sebagai hak peribadi nya..Barang siapa berjuang kerana TM mungkin mengikuti beliau DAN BARANG SIAPA BERJUANG KERANA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu KERANA UMNO ITU BUKAN TM..

Tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMNO...

TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA UMNO BHG KETEREH
AHLI NO 000000124


Sent from my Samsung device

6 comments:

  1. Semoga Allah swt lindungi negera tercinta dari apa juga malapetaka terutama dari seorang yang pernah menerajunya selama 22 tahun.

    Saya hormati Tun M, tetapi sedih kerana pada usia 90 tahun masih terlalu saying pada 'dunia'. Sepatutnya nikmat2 tidak terkira yang Allah swt kurniakan digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri pada Allah swt dan bukan membuat onar, menghasut, berniat jahat terhadap Negara, bangsa dan Agama.

    Amat menyedihkan, tapi tidak siapa berani menegurnya. Inilah dunia.

    Saya sayang pada UMNO, semoga Allah swt lindungi DS Najib. Saya akan terus berdoa. Saya bukan pun Ahli UMNO.. Allah selamatkan UMNO!

    ReplyDelete
  2. dajal-dajal telah mula mengerakkan usaha untuk menyingkir kerajaan sedia ada..dan menyerahkan negara pada rejim2 pro yahudi dan komunis..segala doa agar malaysia dilindungi dari bencara besar oleh mereka2 yang zalim..

    ReplyDelete
  3. Sy sangat bersetuju dgn anon 22.44, sy pun bukan org umno cuma org kerajaan.sama2lah berdoa supaya DS Najib dilindongi allah dari fitnah yg dasyat ini.ya Allah selamatkan kerajaan dn negara ku yg tercinta ini. PRU 14 kalau umur dipanjangkan allah sy tetap undi Umno.

    ReplyDelete
  4. Tun berusia 90,adakah beliau ada lagi 5,10,15 atau 20 tahun lagi?Beliau mengetuai kelompok di dalam plot konspirasi menjatuhkan Najib dengan kombinasi pesonaliti seperti Muhiddin,Shafie,Zaid,LkS,dan banyak lagi.Di mana nak di bawa diri jika Allah menjemput Tun di kala usia yang berbaki sangat tipis.Golongan penentang tiada ada lagi personaliti penganti Tun dan akan reput serta tiada tempat pergantungan.Maka,adakah survival golongan kiri ini mampu berterusan?Bagi tun,baki usia sepatutnya banyak mendekatkan dan sibuk menyibuk dengan Allah bukan dengan politik tahun 2016
    Super ego tun menyebabkan arus perdana politik berkocak.Biarkan masaalah isu semasa di uruskan oleh ahli politik semasa dan bukannya bekas ahli politik.Hakikatnya,kehadiran tun di dalam arus perdana politik di bandingkan dengan usia senja tun,maka label ‘The Lost Wisdom of A Wise Man’ serta sindrom AP@ Acute Prejudice tun sangatlah bertepatan.Akhir kalam, banyak jiwa yang tun harus minta ampun dan maaf semasa tun berpolitik kerana banyak yang menjadi mangsa politik tun semasa lebih daripada 30 tahun..Ada yang masih hidup dan banyak yang telah meninggal dunia.Baki nafas tun yang masih ada wajib baginya di buat penilaian semula dan yang pasti tun telah menghitamkan legasi tun sendiri,bukan orang lain.

    ReplyDelete
  5. Sejarah akan membuktikan segala-galanya.....
    Disebabkan langkah TM 1001 persoalan timbul... Namun saya nak
    nasihat kepada semua:
    Janganlah bicara tentang perkara yang tiada bukti...

    ReplyDelete
  6. Hairan dengan politik malaysia dan kita sebagai rakyat. Aku menghormati kepimpinan dan wawasan Tun. Tapi apabila Tun M bersuara supaya Najib letak jawatan, dengan mudahnya najib mengheret parti dan rakyat seolah2 Tun M menghentam segalanya membabi buta. Tapi apabila berbalik pada pangkalnya Tun M cuma mahu Najib memberi laluan pada pemimpin lain daripada parti pemerintah dan bukan suruh tukar parti pemerintah. Ada yang kata Tun dah tua tak perlu ingat hal dunia dan gila kuasa dan mahu anaknya ganti najib, itu cuma serangan balas terdesak daripada pihak najib untuk meracuni rakyat supaya Tun M dilihat jahat dan hina. Sebagai bekas pemimpin Tun M mahu melihat negara dan rakyat hidup selesa dan merasa itu tanggungjawab beliau untuk bersuara sebab najib pun bukan maksum, seperti org lain juga. Mana tanggungjawab najib sehingga rakyat tertekan dan ekonomi negara tidak stabil, jadi Tun M yang diburuk2kan itu sebenarnya bertanggungjawab menyuarakan masalah rakyat, tapi menteri dan najib masih seronok berkokok di atas. Dituduh juga bersekongkol dengan pembangkang terutama Dap, tapi hakikatnya tak jadi masalah sama pendapat walaupun tak sehaluan dalam politik. Nilah masalah pemimpin yang laungkan 1malaysia, tapi berpolitik berpuak2, seperti kewujudan parti lain adalah untuk memusnahkan negara dan rakyat, sampai bila rakyat akan dihimpit dgn kesempitan politik begini.selepas pelbagai serangan daripada Tun M dan pembangkang, ternyata najib tidak sedar masalah rakyat.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.