Friday 26 February 2016

TH nafi beri jaminan pada TH Heavy Engineering


KENYATAAN MEDIA

TABUNG HAJI NAFI BERI JAMINAN KORPORAT KEPADA THHE

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2016 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini ingin menafikan tuduhan memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Oleh itu, TH sekali lagi ingin menyeru orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tuduhan-tuduhan berdasarkan kepada dokumen yang dipaparkan di laman sosial.  Tuduhan bahawa pelaburan TH di dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion juga adalah tidak berasas.

Sebagai pemegang saham yang terbesar dalam THHE  yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH amat memahami pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri tersebut.

Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI

-Tamat-

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.