Thursday, 18 February 2016

Perlu kurangkan serangan terbuka sesama sendiri


Suatu masa ada usaha untuk timbulkan rasa semangat brotherhood sesama blogger, tetapi sebabkan bad apple antara bloggers dan FBers seperti SSTDM dan pihak tertentu, akhirnya ramai sudah lari dari tujuan asal mereka blog dan FB.

Perincian tidak perlu diluahkan tetapi musuh kita sepatutnya pembangkang.


Ada yang membantu pembangkang dan sebab kecewa kerana pemimpin mereka yang tidak "perform" dan gagal tangani masaalah politik dirinya sendiri hingga ditukarkan, ada terbalikkan bendera BN dan suruh undi pembangkang.

Ada pula serang sesama sendiri. Mungkin ada kecewa sebab-sebab tertentu tetapi carilah saluran untuk suarakan pandangan dan cadangan. Access masing-masing ada maka tidak perlulah sampai serang sesama sendiri begitu terbuka. 


Kami hargai keberanian dan hak kebebasan bersuara tetapi masanya bukan sekarang ketika parti agak tenat. Kalau ada sebab-sebab lain, tidak tahulah. Namun perlu kita fahami bahawa kadang-kadang yang dipersoalkan adalah keputusan pemimpin. Mesti ada sebab yang tidak diketahui public.

Ada kala kita pun tidak tahu peranan sebenar dan terikut politik dalaman pejabat. INi pun satu hal, dikala parti dan boss masing-masing tengah senak diserang, mereka boleh pula serang menyerang sesama sendiri.

Siapa agaknya fikir pasal parti hari ini????

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.