Monday, 29 February 2016
Muhyiddin sertai PKR atau PAN?
Azmin menyambut sebutan reformasi Tan Sri Muhyiddin dengan menyambut baik gesaan tersebut. BN sudah mengguna transformasi dan bukan reformasi, apakah maknanya?
Sinar Harian melaporkan berikut:
Gesaan Muhyiddin disambut baik Azmin
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin hari ini, mengalu-alukan kenyataan tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai desakan supaya reformasi dalam institusi negara dilakukan.
Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR berkata, pendirian Muhyiddin itu selaras dengan perjuangan PKR, parti-parti pembangkang dan masyarakat madani selama ini.
"Perjuangan ini adalah perjuangan reformasi yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia adalah titik perubahan untuk negara Malaysia.
"Masa telah tiba di mana semua parti-parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sudah jangka kena gantung Timbalan Presiden]
Ujarnya, skandal kewangan, kegagalan institusi negara, sekatan ke atas hak dan kebebasan rakyat sehingga terbungkam nilai-nilai bersama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus menjadi pendorong untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia demi melaksanakan reformasi.
"Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah. Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi. Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa," katanya.
Katanya lagi, rakyat berhak mendapat kehidupan yang lebih baik.
"Ikhtiar bersama ini perlu dijadikan kenyataan demi mengembalikan negara di atas jalan demokrasi yang tulen.
"Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah Kerajaan yang adil, amanah dan jujur. Ayuh, jangan menoleh lagi. Kita harus bersatu demi perubahan," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/gesaan-muhyiddin-disambut-baik-azmin-1.490280
-------------------
Perkara ini bagai dijangka kerana Muhyiddin dan orang-orangnya telah dilihat bersama dengan Azmin dan orang-orangnya di KLGCC dan juga majlis perkahwinan Azmin. Ketika itu Muhyiddin nafi kehadhirannya di mahjlis perkahiwnan adalah komplot dengan Azmin.
Namun perkembangan ini harus ambilkira perjumpaan rahsia Tun Dr Mahathir dengan Azmin di London awal tahun lepas, juga perjumpaan dengan Saifuddin Nasution and Johari Abdul di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan hubungan baru Dr Mahathir dengan Dato Zaid Ibrahim sejak Bersih 4.0.
Terkini Zaid Ibrahim bercadang untuk mengadakan perhimpunan Anti Najib secara besar-besaran pada Mac 27hb, sebelum pilihanraya Sarawak. Dr Mahathir kini sudah nyatakan kesediaam menyertainya.
Desas desus kuat bahawa kumpulan GKCM itu akhirnya akan bersama pembangkang untuk menumbangkan UMNO. Penaung GKCM adalah dr Mahathir.
Dia pun menyeru semua pihak ketepikan ideologi politik dan bersatu menumbangkan Najib. Dengan sokongan mantap UMNO masih pada Najib, maksudnya tumbangkan UMNO.
Mana satu wadah perjuangan Mahathir, Muhyiddin, Shapie Apdal dan Mukhriz kelak? PKR atau GKCM atau PAN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pkr dan pan adalah balaci kafir harbi. Adakah ckgm akan menyertai juga? Menjadi penyokong kepada kafir harbi adalah haram. Justeru istiqpmahlah dengan UMNO/Najib. Pelbagai bukti menunjukkan x de kesalahan Najib tapi yg terserlah ialah fitnah yg dicipta oleh geng konspirasi. Wallahuaalam....
ReplyDelete