Friday, 26 February 2016

Pesuruhjaya SPRM elak komen kenyataan Hamid Bugo


The Malaysian Insider melaporkan kenyataan balas Pesuruhjaya SPRM malam tadi:


Pandangan panel penilaian SPRM bukan cabar kuasa peguam negara, kata SPRM
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Published: 25 February 2016 9:31 PM

Saranan Panel Penilaian Operasi (PPO) untuk mengemukakan semula kertas siasatan SRC International Sdn Bhd dan mengumpul bukti dari luar negara berhubung wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi perdana menteri tidak boleh dianggap sebagai mencabar kuasa peguam negara, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya ingin menegaskan, kuasa pendakwaan terletak pada peguam negara mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan petang ini.

Semalam, PPO lapan anggota yang bermesyuarat buat kali terakhir menasihatkan badan anti-rasuah itu menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd kepada Peguam Negara Tan Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya, untuk semakan beliau.

Baca sepenuh di SINI

---------------------------

Isunya bukan setakat mengulang seseuatu telah diulang berkali-kali oleh Pesuruhjaya tetapi nampaknya tindak tanduk serupa menentang tindak tanduk Peguam Negara. Demikian pandangan berikut:
KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 Februari bertajuk "Isu SRC International Dan RM2.6 Bilion: Panel Penilaian Operasi (PPO) Nasihati SPRM Supaya Ambil Tindakan Lanjut" adalah sangat mengejutkan.

Ini kerana kenyataan ini menyebut:

"PPO bersetuju bahawa SPRM perlu mengemukakan kembali kertas siasatan berhubung SRC International kepada Peguam Negara untuk pertimbangan".

Kenyataan ini juga menyebut:

"Memandangkan siasatan SPRM berhubung dakwaan wang derma RM2.6 bilion masih belum lengkap, PPO telah mengesyorkan agar SPRM meneruskan siasatannya..."

Kenyataan SPRM ini mengejutkan kerana ia bercanggah dengan kenyataan media Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Dato' Rohaizad Yaakob pada 27 Januari lalu yang menyebut:

"Keputusan merujuk kepada PPO ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup", dan

"Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada PPO ini adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara".

Kenyataan SPRM ini juga mengejutkan kerana ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pada 28 Januari lalu yang menyebut:

"I would like to state once again that the MACC is in no way disputing or challenging the AG's clearance of the cases against the PM",

"As stated yesterday, our referral to MACC's ORP is a standard operating procedure as part of the process of closing any case", dan

"For the sake of clarity, the Attorney General's powers over all criminal proceedings are conferred on him by Article 145 (3) of the Federal Constitution. These powers are absolute and cannot be challenged by any authority."

Berdasarkan kenyataan-kenyataan SPRM sebelum ini maka adalah sangat jelas bahawa rujukan kepada PPO ini adalah sekadar prosedur biasa dalam proses menutup kes.

Persoalan besar sekarang ialah kenapa secara tiba-tiba sahaja prosedur biasa dalam proses menutup kes ini boleh berubah menjadi suatu proses yang luar biasa?

Kenyataan Peguam Negara pada 26 Januari lalu adalah teramat jelas, iaitu:

"Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai Pendakwa Raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan. Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup."

Apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri mengakui bahawa kuasa Peguam Negara ke atas kesemua prosiding jenayah adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak maka mengapakah pula PPO secara tiba-tiba menasihatkan SPRM mengemukakan kembali kertas siasatan dan meneruskan kembali siasatan?

Dari manakah kuasa yang didakwa dipunyai oleh PPO ini sedangkan jelas disebut di dalam portal rasmi SPRM sendiri bahawa PPO hanyalah diwujudkan secara pentadbiran sahaja?

Lebih penting lagi, tidakkah terma rujukan PPO yang ke-6, iaitu "memberi pendapat berhubung tindakan-tindakan ke atas kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh", adalah bercanggah dengan kuasa mutlak Peguam Negara seterusnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan jika ia mempertikaikan kuasa mutlak Peguam Negara seperti yang cuba dibuat oleh PPO sekarang?

Persoalan lebih besar kini timbul apabila kenyataan SPRM pada 24 Februari yang menyebut "SPRM telah diminta oleh PPO supaya mengeluarkan satu kenyataan umum berhubung kedua-dua perkara terbabit (kes membabitkan SRC International dan dakwaan wang derma RM2.6 bilion)" telah dinafikan oleh Pengerusi dan Ahli PPO, Tan Sri Hamid Bugo dan Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, semalam.

Di dalam kenyataan tersebut, mereka menyebut: "We wish to state that we made no such request of the MACC. It is however up to the MACC if it wishes to issue any statement".

Tindakan SPRM menggunakan nama PPO untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah diminta oleh PPO untuk SPRM lakukan (membuat kenyataan umum berhubung kedua-dua perkara terbabit) menimbulkan satu lagi persoalan: Apakah SPRM mempunyai agenda tertentu di dalam perkara ini?

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM wajar memberi penjelasan siapakah di dalam SPRM yang menyalahgunakan nama PPO untuk membuat kenyataan umum tersebut, dan jika penjelasan memuaskan gagal diberikan maka Ketua Pesuruhjaya SPRM perlulah memikul tanggungjawab ke atasnya.

Begitu juga dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri semalam yang menyebut "SPRM berharap perkara ini tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak sebagai satu tindakan mencabar kuasa Peguam Negara" yang merupakan a contradiction in terms.

Faktanya di sini sangat jelas:

(1) Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kesemua kertas siasatan.

(2) PPO menasihatkan SPRM mengemukakan kembali kertas siasatan dan meneruskan kembali siasatan.

Tidakkah sangat jelas bahawa tindakan PPO ini, walaupun dikatakan sebagai bukan satu tindakan mencabar kuasa Peguam Negara, tetapi dari segi isi sebenarnya tetap merupakan satu tindakan mencabar kuasa Peguam Negara?

Dan apakah tindakan mencabar kuasa Peguam Negara ini merupakan satu tindakan yang sah di sisi Perlembagaan Persekutuan?

Pohon penjelasan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, merangkap Felo Kanan Institut Kajian Strategik

-----------------------------


Tambah lagi, Pesuruhjaya perlu jelaskan kenapa dia tidak jelaskan kenyataan Tan Sri Hamid Bugo dan Dato Jawhar Abu Hassan.


Pendirian SPRM dilihat selari dengan pembocor maklumat yang telah membocorkan maklumat salah kepada The Malaysian Insider dan dipercayai adalah Lim Chee Wah.



Nampak kelihatan seolah-olah SPRM bersekongkol dengan pembocor maklumat yang salah dan masih tidak mahu jawab persoalan yang ditimbulkan Pengerusi OPR.
 
Malah kelihatan ada konspirasi. SIla baca Seademon SINI di mana kelihatan waktu siaran laporan menunjukkan ada persekongkolan dalaman untuk mereka maklumat salah! 



2 comments:

  1. Masing2 takut kena sumbat dalam tong simen

    ReplyDelete
  2. Sumbat ketua Sprm dulu ke? Ish dia tu tan Sri. .tak kesian ke?

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.