Sunday 14 February 2016

Muhyiddin suruh undi pembangkang?


Menurut RPK dalam Malaysia Today SINI, Tan Sri Muhyiddin sudah berkempen kepada orang UMNO untuk undi pembangkang dalam ucapan terbaru beliau di Pagoh.

INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH

10 Februari 2016

1.       Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2.       Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3.       Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4.       Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5.       Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia.  Rasuah berlaku amat luar biasa.

6.       Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7.       RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.

8.       Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9.       Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan. 

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11.   Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12.   Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13.   Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14.   PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15.   Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

8 comments:

  1. bila berada dlm kabinet disuruh cakap dia diam..menggangguk angguk seperti burung kakak tua..bila dh tiada jawatan dlm kabinet bercakap pun dh tiada akal fikiran..berckp ikut nafsu dendam dan amarah..bila menjawat jawatan menteri pendidikan tiada pun nk melawat sekolah yg uzur terutama di sarawak dan sabah..dtg ke sekolah pun cuma nk mengundi pd PRU sahaja..itu pun dtg x tgk apa kekurangan yg ada di sekolah..jadilah seperti Pak Lah dan seperti pemimpin UMNO/BN yg lain bila dh tiada jawatan diam sahaja dan tidak mengutuk pemimpin yg tgh memimpin..usia pun dh penghujung jgn sampai kubur kita esok org simbah cat merah n air kencing..

    ReplyDelete
  2. Bro...jgnlah freak out sgt.menurut laporan kan umno dan bn sgt kuat.

    ReplyDelete
  3. Apa yang salah tentang ucapan TSMY??!!..Sememangnya rakyat berhak memilih!!..

    ReplyDelete
  4. pondAN lah muhyiddin ni. takat buat kenyataan di pagoh, aku pun boleh. padan lah org gelar dia mat sembab dan lembab

    ReplyDelete
  5. Di PRU14 nanti, kebanyakan rakyat tidak akan mengundi UMNO dan BN. Rakyat tidak akan mengundi calon2 UMNO yg makan rasuah. Sudah tiba masanya veteran2 UMNO yg kuat makan duit dinyahkan dari parti dan jawatan. Lantiklah org2 muda yg bersih dan boleh buat kerja utk rakyat.

    ReplyDelete
  6. TMY bercakap seperti dia suci dari dosa.. Wahai MB paling kaya semasa TUN.. , musabahah diri baik2.. Semua yg berlaku dengan izin Allah s.w.t. Kita sebagai umat Islam mesti percaya pada rukun iman.. Dimana akidah kita bila sesuatu yg berlaku menimpa diri, kita menyalahkan org lain dari diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. Kata Muhyiddin: Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.
    Komen: Patutnya semasa menjadi TPM, usulkan penyelesaian (solution) dan bukan menghentam team/kabinet sendiri. Kabinet dipilih untuk membantu rakyat marhaen bukan menghentam satu sama lain dan menyusahkan rakyat marhaen. Pemain yang menyepak ke gol sendiri harus di 'buang' keluar oleh Kapten dan Manager pasukan supaya tidak membuat more damage to the team!!!
    Muhyiddin, oh.... Muhyiddin.... Ahli UMNO dan BN aper macam nih???

    ReplyDelete
  8. In a family .. you do not condemn another family but in silence you made a sacrificial move to help the family for a more better stability and life..
    Do things right....... or
    Do the right things... make a wrong choice and you are OUT!!!

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.