Minggu lepas, tiada langsung isu tentang kenaikkan harga minyak makan dan subsidi hanya untuk paket 1 kilo.
Rakyat sedar hampir setengah billion wang kerajaan dirompak penyeludup. Tambah lagi banyak pegawai kerajaan yang korup:
http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2016/10/because-civil-servants-turned-blind-eye.html
Tiba-tiba ada pula orang Mahathir sudah sebar khabar angin dan pembohongan untuk sabotaj langkah kerajaan untuk timbulkan kemarahan rakyat.
Inilah kerja Soros dan sahabat barunya Mahathir.
Makreb ini menyebarkan berikut:
Harga minyak 1 kg sudah ditetapkan.
HANYA MINYAK MASAK DALAM PAKET 1KG AKAN DISUBSIDI OLEH KERAJAAN
Dulu harga minyak sawit RM2200 per tan pun kerajaan bagi subsidi. Sekarang RM 3000 per tan. Maka kerajaan terpaksa tambah subsidi untuk mengekalkan harga minyak masak dalam paket 1kg yang biasanya diguna oleh orang susah. Kalau kerajaan kekalkan subsidi mcm dulu, harga akan tetap naik. Untuk tampung kos ini, minyak masak yang dijual dalam botol dan dengan kuantiti yang banyak tidak lagi disubsidi oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Apa yg rakyat perlu faham, minyak masak ni ada 25 syarikat je monopoli. Hanya felda dan sime darby je bukan milik tokey besar. Kajian menunjukkan 30 juta rakyat malaysia hanya menggunakan 45,000 tan sebulan. Malangnya, 23 syarikat ini banyak yang mengaut keuntungan dengan menjual minyak masak kita secara haram. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa tanggung subsidi sehingga 85,000 tan sebulan. Mana 40,000 tan lagi? siapa yang pakai? di seludup kemana? Selagi ada subsidi, selagi itulah syarikat yang tertentu akan kaya raya dengan menelan duit pembayar cukai. Maka subsidi pukal yg selama ini dinikmati oleh si kaya dan diseludup keluar perlu diagihkan dengan lebih mensasar kepada golongan yang sewajarnya menerima subsidi.
Untuk petrol pula. Harga purata bulan oktober adalah harga bulan Nov. Purata maksudnya harga dari 1hb hingga 31hb bahagi 31 hari. Bukan harga minyak dunia dihujung bulan
Repot peniaga yang cuba menipu:
Lapor berikut:
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.