Saturday, 5 November 2016

Bila pula berdagang menjual negara?


Setelah tidak dapat mainkan isu 1MDB dengan berkesan, pembangkang mainkan isu ECRL mahal yang hanya berdasarkan spin Sarawak Report http://theunspinners.blogspot.com/2016/11/pembangkang-kata-ecrl-mahal-sebab.html

Dari situ, timbul pula hujah kata lawatan raasmi ke CHina itu tindkana jual negara oleh Najib:


Inilah otak pencacai Mahathir yang hanya lihat kehebatan putarbelit Mahathir tapi tertutup sanubari dan jiwa mereka kepada keupayaan dan cara pemikiran dan usaha orang lain.



Ikhlasnya tidak:
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya hubungan yang terjalin antara Malaysia China boleh mengadai kedaulatan negara.

Sebaliknya kata Annuar, kerjasama erat tersebut adalah demi kepentingan kedua-dua negara terutama daripada aspek perkembangan ekonomi yang dilihat saling memerlukan.

“Sekarang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencipta satu sejarah hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang melaksanakan dasar polisi baharu ‘One Belt One Road’ yang bakal meninggalkan impak besar kepada ekonomi negara.
“Negara kita adalah antara yang terawal berada dalam kerangka dasar polisi baharu ini dan sepatutnya ia menjadi sesuatu yang sangat dialu-alukan kerana tidak semua negara mendapat peluang ini.

“Namun ada yang menganggap kononnya ia menggadai negara. Sejak bila pula perdagangan antara dua negara ini bererti menggadai negara? Kita bekerjasama dengan negara China sudah beratus-ratus tahun, tiada pula terjual negara kita,” katanya.
http://www.mykmu.net/2016/11/hubungan-malaysia-china-tidak-gadai-negara-annuar-musa/




Lainlah Mahathir yang asyik pinjam duit Jepun sampai perit malaysia nak membayar dahulu. Projek-projek dari ide lawatannya ke Jepun terbarai saja.






Mahu cerita siapa jual negara ... boleh kasi senarai lagi panjang hal Mahathir!!!!

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.