Wednesday 23 November 2016

Ahli parti Cap Bunga patut dikenakan SOSMA


Menurut ABITW di http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2016/11/childish-outcry-against-marias-sosma.html, mereka yang lakukan sabotaj terhadap ekonomi boleh dikenakan daakwaan bawah SOSMA seperti siasatan yang dilakukan terhadap Maria Chin.

Atas sebab demikian, suatu laporan polis harus dilakukan terhadap ahli parti Chap Bunga kerana cuba menimbulkan keresahan rakyat.
Keadaan sebenar lain sekali:
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/11/22/no-problem-changing-ringgit-in-bangkok-and-jakarta-say-money-changers/
Malah ada kenyataan rasmi bberikut:

*❗DAKWAAN & FITNAH❗*
RINGGIT MALAYSIA SUDAH TIDAK DITERIMA DI SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM

Mulai hari ini Arab Saudi menolak Ringgit Malaysia..
 
Berkemungkinan Indonesia juga akan mengambil langkah yg sama.

Untuk makluman kpd yang hendak menunaikan Umrah. RM sudah tak diterima untuk tukaran di Mekah.
 
Makluman terkini saya terima dari Dato' Daud Che' Ngah dlm kursus Umrah semlm 19.11.2016 (Sabtu) berita yg baru di terima dari jemaah umrahnya  di Mekah, kita di nasihat kan membawa duit dlm nilai Rial atau US Dollar tunai yg telah ditukar trlebih dahulu di Malaysia. Kerana  money changer di sana tidak mahu menerima Ringgit Malaysia...sekian utk makluman jemaah Group Umrah kita.

-----------------------------

*Feed Back From Jabatan Haji*

*JAWAPAN*

TH Telah menghubungi Dato Daud dan minta beliau betulkan fakta kpd jemaah umrah:

1. Money changer di Makkah dan Madinah masih terima RM dan

2. Maklumkan kpd jemaah umrah tidak guna ATM bagi elak kad ATM dari ditelan mesin ATM.

3.Jbt Haji dah maklumkan kpd Dato Daud Che Ngah . Hari ni TH akan maklum kpd media .

4.Matawang sesebuah negara dinilai secara harian. Tak timbul soal tak diterima. Cuma apa yg berlaku setiap hari dinilai tukaran tersebut. Kalau naik dibayar mengikut pasaran kenaikkan tersebut. Begitulah sebalik.

5.Isu ini pernah diviralkan sebelum. Cuma versi sedikit berbeza. Dulu musim pun tak laku kata mereka. Tapi tak betul. Kali ini berita disandarkan kpd Mad Daud Che Ngah bekas staff Thaji.

*KESIAN ... RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM DITIPU DAN DIFITNAH SETIAP MASA*

*Tolong viral kan SEGERA jawapan* ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam khususnya yg mengerjakan UMRAH atau yang akan pergi ke Arab Saudi...

PENAFIAN ISU TUKARAN WANG RM
 
- Dato Hj Md Daud Bin Che Ngah

Assalamualaikum wrt

Saya Dato Hj Md Daud bin Che Ngah, menafikan mengenai pertukaran wang ringgit Malaysia tidak dpt ditukarkan di money changer Arab Saudi, yang di viralkan oleh seorang ketika mendengar ceramah saya pd hari Sabtu, 19-Nov-2016 yg ketika ini sudah menjadi suasana yg mengelirukan.
Pihak yg menyebarkan berita ini patut dengar dahulu dari awal saya menasihatkan jemaah membawa wang ringgit Malaysia atau menukarnya dengan wang Saudi atau Dollar Amerika.

Inilah kenyataan awal saya dipermulaan ceramah apabila ditanya oleh jemaah. 

Sepatutnya, pihak yg memviralkan berita ini merujuk dahulu kpd saya boleh saya tunjukkan satu kertas yg disampaikan oleh seseorang selepas kenyataan tersebut. Saya amat kesal nama saya dipalitkan dlm situasi ini sedangkan saya bukan seorang ahli ekonomi atau terlibat dgn pertukaran wang asing Malaysia. Saya harap org yg viralkan perkara ini menghubungi saya & segera bertaubat.

-Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah-


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.