Tulisan YB PKR Rafizi Ramli tentang penilaian aset air SPLASH pada AUGUST 7, 2014
------
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.
Keengganan YAB
Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berjumpa dan menjelaskan kenapa beliau
mengambil tindakan mengejut menukar dan memotong nilaian kepada Splash
sehingga RM2 bilion dilihat sebagai tidak adil memandangkan YAB Tan Sri
Khalid Ibrahim terus berurusan dan berjumpa dengan tokoh niagawan yang
rapat dengan Barisan Nasional seperti Tan Sri Rozalli Ismail, Tan Sri
Rashid Manaf dan Tan Sri Danny Tan.
Oleh yang
demikian, di dalam beberapa mesyuarat (sama ada pertemuan khusus Dato’
Seri Anwar Ibrahim dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim atau di dalam
mesyuarat Biro Politik) pimpinan KEADILAN menyatakan pendirian seperti
berikut berhubung keengganan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertemu dengan
Splash untuk menerangkan rasional pemotongan nilaian:
(Nota LSS: Maksudnya benar-lah, PKR sudah banyak kali tolong SPLASH).
Adalah tidak adil
di pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menidakkan peluang mana-mana
pemegang konsesi untuk duduk berbincang mengenai penstrukturan air di
Selangor. Jika YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selesa berbincang dan mencapai
persetujuan dengan Syabas dan Puncak Niaga, beliau juga perlulah
mengambil sikap yang sama kepada mana-mana pihak lain termasuklah Splash
Kerajaan Selangor perlu berhati-hati berurusan dengan Splash supaya ia (dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim) tidak dilihat berat sebelah dan prejudis terhadap Splash sebagai salah satu pemegang konsesi. Nilaian dan pampasan yang diputuskan perlulah boleh dipertahankan secara komersial dan adil berdasarkan aset, hutang dan prestasi syarikat supaya ia setara dengan prinsip yang digunapakai dalam menilai pampasan kepada pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga.
Kerajaan Selangor perlu berhati-hati berurusan dengan Splash supaya ia (dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim) tidak dilihat berat sebelah dan prejudis terhadap Splash sebagai salah satu pemegang konsesi. Nilaian dan pampasan yang diputuskan perlulah boleh dipertahankan secara komersial dan adil berdasarkan aset, hutang dan prestasi syarikat supaya ia setara dengan prinsip yang digunapakai dalam menilai pampasan kepada pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga.
Pimpinan KEADILAN
juga berulang kali mengingatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa jika
nilaian dan pampasan terhadap Splash dilihat tidak adil berbanding
pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga, Splash boleh
mengambil tindakan menyaman Kerajaan Selangor di mahkamah.
Jika nilaian itu
apabila dibicarakan di mahkamah diputuskan tidak adil dan tidak seragam
apabila dibandingkan dengan Syabas dan Puncak Niaga, mahkamah boleh
mengarahkan Kerajaan Selangor membayar pampasan tambahan kepada Splash.
(Nota LSS: Sebab
ini ke mengapa sekarang kerajaan Azmin mahu bayar 10 kali ganda kepada
SPLASH? Sebenarnya, kalau ikut undang-undang pengambilan mandatoy WATER
SERVICES INDUSTRY ACT (WSIA), keputusan ialah muktamad dan sukar untuk
dicabar di Mahkamah)
Jika ini berlaku, rakyat Selangor juga yang akan menanggung kos yang lebih tinggi untuk mengambilalih industri air.
Oleh sebab itu,
pimpinan KEADILAN menasihati adalah lebih baik sekiranya YAB Tan Sri
Khalid Ibrahim memberi layanan sama rata kepada semua pemegang konsesi
termasuklah Splash.
Kedua-dua arahan parti itu tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga kini.
---
http://rafiziramli.com/2014/08/laporan-kes-kes-bersabit-integriti-melibatkan-tan-sri-khalid-ibrahim/
http://rafiziramli.com/2014/08/laporan-kes-kes-bersabit-integriti-melibatkan-tan-sri-khalid-ibrahim/
P/S Nampak sangat alasan Rafizi sengaja tidak kuat untuk lemahkan Azmin. Dia pun sibuk nak tutup kes spin Tabung Haji yang tidak menjadi. Mencecetlah si mulut macam burit. Tak lama lagi kamu masuk sebilik Anwar.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.