Tuesday, 15 November 2016

Bapa belikan Adam Rusly rumah RM1 juta, tapi mak jual buah tepi jalan????


Menjadi persoalan bagaimana anak muda yang tidak bekerja boleh menjadi kaya seperti yang dia ngaku dengan hanya memegang jawatan Ketua AMK Ampang di bawah Zuraidah Kamaruddin?
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ramai-anak-muda-yang-kaya-sekarang-bukan-saya-seorang-adam-rosly-122680
Bukan ke PKR sering berkata rakyat tengah susah ditekan GST dan negara kini failed state dan akan bankrup? Macam mana pemimpinnya boleh jadi senang hanya kerana dia muda seperti anak muda banyak yang kaya hasil perniagaan atau menjadi professional yang dibayar gaji million setahun?

Bukankah Presiden PKR juga sering menyuarakan rumah sudah tidak lagi mampu milik tapi mampu tengok. Macam mana Adam Rusly boleh mampu milik rumah yang dikatakan RM1 juta tapi tak mungkin sebab pastinya lebih mahal.


Jika benar, tak layaklah Lim Guan Eng didakwa atas salahlaku menerima rasuah?


Ada kata menabung, sempat ke pada umur 28 tahun dia boleh cukup duit sebanyak itu sebagai pengangur?

Dia kata dia banyak duit kerana dia pandai business. Apa yang dia business?

JOM BELAJAR MENGIRA! 
Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta 
1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah) 
2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air. 
3. Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. (Hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain & hutang kereta) 
4. Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500. 
5. Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah: 
BMW: RM2900
Merc: RM3400
Volvo: RM2400
MC: RM2900 
6. Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain) 
7. Maka inilah gaji seorang pegawai khas kepada ahli parlimen. 
P/S: Cuba sesiapa minta dia untuk tunjukkan slip gaji dan borang J LHDN. 
P/S: Tu baru kira beli rumah terbengkalai 1 juta, belum kos menyiapkan dan renovation yang tak kurang 2 juta.  Kalau PA Zuraidah kaya macam ni, Zuraidah takkan lebih miskin dari dia. Bila abang-abang SPRM nak siasat mereka ni ya? 
#AnakMudaSudahKaya
#NegaraMakmur
#SyukurAtasKurniaanRezeki


Mak dia kata itu duit bapanya. Kenapa pula bercanggah jawapan? Jika bapanya banyak duit untuk kasi anak beli rumah sejuta, kenapa maknya berjual buah di tepi jalan?

Hanya satu saja yang memungkin seorang pengangur memgang jawatan boleh kaya. Dia dan Zuraidah adalah penyokong Azmin. Apa lagi kerja mereka jika bukan pow kontraktor dan proksi simpan duit rasuah!
Songkok aji ADUN Lembah Jaya, baju merah Mak Lampir

http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.my/2013/01/inilah-budak-mentah-yang-selama-ini.html

Dua tahun lepas dah didedah.




No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.