Friday, 22 January 2016

Trend pendapatan seisi rumah naik


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah berbicara mengenai sasaran kerajaan di bawah RMK11 dan juga berbicara mengenai peningkatan tahun-tahun lepas.

Lihat: https://goo.gl/Li17vt
- Sasaran untuk pendapatan purata isi rumah bagi tahun 2020 adalah RM10,540 sebulan, daripada RM6,141 pada tahun 2014 (RM4,025 pada tahun 2009)
- Sasaran pendapatan untuk kumpulan B40 pada tahun 2020 adalah RM5,200 sebulan dari RM2,537 pada tahun 2014 (RM1,440 pada tahun 2009)
- Pekali Gini dijangka turun sebanyak 0.385 menjelang 2020 - yang menunjukkan kesaksamaan masyarakat yang lebih baik

Beliau juga berkata pendapatan isi rumah untuk segmen B40 telah naik lebih pantas berbanding dengan purata pertumbuhan pendapatan - satu petunjuk kesaksamaan pendapatan yang lebih baik.

Beliau juga menyatakan hasrat beliau unutk melihat bahagian isi rumah di dalam KDNK meningkat dari 35% sekarang kepada 40% menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai sasaran tahun 2020 ini, purata pendapatan isi rumah kesemua rakyat Malaysia mesti naik 41% manakala untuk kumpulan B40, ianya mesti dua kali ganda.

Saya percaya penekanan untuk kenaikan pendapatan mesti mendahului usaha untuk memastikan harga dan kos hidup sentiasa rendah - kerana jika ini yang dijadikan sasaran, ianya merupakan sasaran di luar tabii.

Ini adalah sasaran yang bercita-cita tinggi tetapi berdasarkan rekod yang dicatatkan sebelum ini antara 2009-2014, ianya boleh dicapai - terutamanya dengan pelan transformasi yang sangat baik.

Anda boleh membaca mengenai pelan di dalam RMK11 untuk menaikan pendapatan. http://rmk11.epu.gov.my/pdf/strategy-paper/Strategy%20Paper%2002.pdf

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kerajaan-mahu-tingkatkan-pendapatan-isi-rumah-bulanan-rakyat-menjelang-2020-85509

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1746466215572165&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater

P/S Antara hujah yang diguna untuk jawab harga barang naik terlalu tinggi adalah kenaikkan pendapatan sedang berlaku. Tunggu masa .... 

1 comment:

  1. Ini cerita apa ni?
    Dgn pattern ekonomi yg merosot, anggaran yg diberikan hanya sebuah mimpi basah.
    Adakah apabila pendapatan b40 mencecah rm5200 BR1M masih perlu diberikan?
    Rm1440 pada tahun 2009 jauh lebih bermakna dari Rm2537 tahun 2014+BR1M+gst.

    Menteri yg memberi anggaran ini jugalah menteri yg gagal dalam anggaran beliau apabila belanjawan 2016 yg dibentang pada tahun lepas sudah tidak bernilai lg dan harus dievaluate kerana harga mnyk semakin merosot.
    Adakah anggaran org ni masih mempunyai nilai dan credential?

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.