KOMENTAR
Bulletin Sengal menulis berikut dalam posting terakhirnya:
Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. (RUJUK SINI)
Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2004, Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Badawi membekukan lesen judi sukan Vincent Tan sekaligus mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir. Apabila Tun Abdullah enggan akur, Dr. Mahathir memulakan langkah menggulingkaannya dan pada tahun 2009, Tun Abdullah terpaksa meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Najib.
Pendedahan lebih turut dibuat oleh Malaysia Today. Dalam posting terbarunya, Raja Petra Kamaruddin turut mendedahkan satu lagi tycoon bukan Melayu dan sering dikaitkan sebagai kroni Dr Mahathir, Ananda Krishnan. Petikan berbunyi:
According to Forbes, Tatparanandam Ananda Krishnan’s net worth is estimated at RM44 billion as at May 2015 and he is the sixth richest man in Asia.Persoalan yang cuba dibangkitkan adalah: adakah layak untuk Dr Mahathir mempersoalkan dan menuduh Perdana Menteri Dato Najib dengan tuduhan-tuduhan yang mana dia pun turut lakukan dengan berleluasa ketika memerintah?
Ananda Krishnan’s stunning multi-million dollar Kia Ora homestead on a 1,800-hectare piece of land near the rural town of Scone, about 330km from Sydney, won the prestigious 2006 Housing Industry Association Hunter Home of the Year Award.
Ananda Krishnan’s majestic Gulfstream IV, which he shares with Dr Mahathir and which is said to be jointly owned and half-paid by Petronas.
Well, every one knows how Tun Dr Mahathir Mohamad helped make T. Ananda Krishnan rich by milking Petronas. What many do not know is that he transferred billions of his wealth to India to finance a shady deal.
Seterus di MT SINI
Pihak yang pro kepada Dr Mahathir berhujah bahawa sebagai negarawan yang banyak berjasa, dia layak menegur. Ada juga yang mengatakan jika bukan dia, siapa lagi? Pihak pembangkang tidak efektif dan sering diputarbelit untuk tujuan politik. Bukan untuk penyelesaian.
Menjawab hujah tersebut adalah hujah lain seperti dunia sudah berubah, maka kerangka pemikiran Dr Mahathir sudah tidak sesuai.
Ada pihak menganggap kritikan Dr Mahathir adalah berdasarkan fakta yang salah, malah turut dikatakan hanya memanipulasi fakta untuk dimudah-mudahkan tetapi bukan perkara sebenar. Kredibiliti beliau pun turut dipersoalkan sebagai tidak konsisten kerana bersekongkol dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara yang pernah dimusuhinya dan disuruh orang ramai turut memusuhi juga.
Semua ini bertitik tolak dari kegagalan atau ketidak upayaan pihak berwajib menjawab dengan tepat, cepat dan mudah difahami. Tambah lagi, pihak berwajib mengambil pendirian untuk tidak terikut dalam permainan politik yang dikatakan di sebalik kritikan tetapi membiarkan proses lambat untuk menyerahkan pihak berkuasa untuk siasat.
Ketika perjalanan proses, timbul pula tuduhan campurtangan yang mana tidak menolak ada asas jika ada kesahihan tuduhan fakta kritikan sudah dimanipulasi dan deraf surat pertuduhan tidak lojik untuk wujud ketika siasatan sedang berjalan dan salahlaku masih belum dipastikan. Kertas siasatan pun belum ada kepastian penuh menyokong kritikan dan tuduhan terhadap Najib.
Ini semua tidak membantu Najib untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan orang ramai. Walaupun belum ada lagi asas untuk sabitkan atau dakwa Najib, keadaan defisit keyakinan ini tidak boleh dibiarkan. Sesuatu harus dilakukan termasuk lebih ketelusan dan usaha penerangan yang lebih tersusun dan berkredibiliti dilakukan untuk mengembalikan keyakinan.
Masaalah satu negara yang mengamalkan demokrasi yang sedang menuju ke tahap yang lebih tinggi adalah kritikan, fitnah dan manipulasi adalah mainan harian. Pihak kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh dan biarkan keadaan menjadi tidak terkawal. Berpeluk tubuh bukan jawabnya.
Ikut rasionalnya, memang seorang yang kredibiliti tercemar dan tidak konsisten tidak boleh diterima pakai. Namun pihak yang jadi mangsa jangan pula tidak berusaha dan berdiam sahaja. Memang sukar untuk terangkan sesuatu yang kompleks dan menambahkan kesukaran adalah perlu dihormati kononnya ada permintaan kerahsian pihak tertentu.
Sesuatu yang semulajadi dalam naluri manusia untuk mudah simpulkan sebagai tindak tanduk seorang yang bersalah. Ini yang sedang berlaku.
Ari ni pasaran minyak doonia 30.66usd setong paling rendah sejak 2004....tak ada aoa yg diherankan sebenonye...semua mainan kartel yahudi bankers rothchild yg menguasai ekonomi dan matawang dunia...AIIB(asia investment infrastructure bank) akan dirasmikan january 2016 di China...mengantikan IMF dan World Bank(WB)..matawang US dollar akan merudum...china menguasai dunia dan penurunan harga minyak membolehkan China membeli minyak dng harga murah utk sebagai stok pengimbal minyak bagi menyaingi USA...ini sudah dirangka oleh yahudi rothchild dan proksi illuminiti ke arah World War III...kita di Malaysia masih lagi dibelenggu isu isu semasa yg memjengkelkan rakyat.... Makaysia patut menganggotai Pakatan BRICS ( brazil..russia..india..china..south africa) yg menubuhkan AIIB.....ekonimi BRICS naik 300% dng mengugurkan matawang USD berdagang sesama sendiri....selamatkan ringgit Malaysia najib kena buat sesuatu selamatkan ekonomi Malaysia. ..
ReplyDelete