Dalam siri penerangan TPPA oleh Dato Mustapha Mohamed, dia sering menimbulkan cabaran: Jika Vietnam berani sertai TPPA, kenapa kita takut?
Tun Dr Mahathir menimbulkan isu Malaysia akan disaman jika keluar dari TPPA. Mustapaha menafikan dan hujahnya jika sudah keluar TPPA, Malaysia tidak lagi terikat pada polisi melindung pelabur ISDS.
Dua hari lepas, economist Prof Jomo Sundram menimbulkan persoalan mengapa Thailand dan Filipia enggan sertai TPPA? Apa pula jawapan Tok Pa ....
Memetik Malaysiakini di SINI, Jomo bertanya kenapa negara-negara yang rapat dengan amerika pun tidak sertai:
"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?Jawapan Tok Pa, sedang ditunggu tapi MyKMU menawarkan jawapan berikut:
"Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.
Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.
Kenyataan Malaysia perlu mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai perkongsian ekonomi ini satu pembohongan sama sekali.
Pada Oktober 2015, Presiden Filipina Benigno Aquino dengan jelas menyatakan Filipina mahu menyertai TPPA kerana ia merupakan peluang perdagangan yang besar.
Bercakap dalamForum Perniagaan majalah Forbes tahun lalu, Aquino menyatakan “We really want to participate in it.” Aquino told a business forum organized by Forbes magazine.
Bagaimanapun Filipina perlu menunggu kerana mereka hanya diundang menyertai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini untuk pusingan kedua setelah 12 negara pengasas ini menyelesaikan perjanjian.
Thailand juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA ini. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak, pada November lalu dengan jelas menyatakan negara tersebut sangat berminat menyertai TPPA.
“Thailand is highly interested in joining TPP”
Sepenuh di SINI
Aduh.....sekali lagi malaysiakini anjing yahudi dan prof bertaraf longkang terkantoi MENIPU LAGI....
ReplyDeleteMENIPU dan MEMFITNAH ni dah jadi amalan harian puak2 songsang ke? Setan jenis apa yang menghuni jiwa dan roh berok2 pencinta amalan songsang lgbt nih?
Dr Jomo bertanya "Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" Namun, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Beliau, seorang Professor dan Pakar UN tetapi memberi pendapat seolah tak pernah melayari internet. Bukan tak pandai, tapi nyata niatnya tak baik.
ReplyDeleteKalaulah TPPA stratagem USA,rakat rapatnya Thailand, Filipina dan Indonesia lah yang akan mula dirangkumi dalam TPPA. Mereka berhasrat untuk menganggotai (baca https://www.google.com/search?q=TPPA+widodo&ie=utf-8&oe=utf-8 dan http://thediplomat.com/2015/06/confirmed-philippines-wants-to-join-tpp/ serta http://www.astroawani.com/berita-bisnes/thailand-filipina-indonesia-mungkin-sertai-tpp-miti-89696) tetapi tidak bersedia dan tidak berdaya. Kalau hendak berniaga di Indonesia mithalnya bersedialah untuk menghadapi cabaran sukar dan kemungkinan besar ditipu.
Malaysia sudah biasa berniaga dengan dunia luar sejak berzaman. Kita ada cukup perundangan dan prasarana untuk melindungi dan membantu peniaga dan pelabur luar sambil melindungi kepentingan kita. Thailand, Indonesia, Filipina baru keluar dari kepongpong ekonomi dalaman dan baru berjinak dengan perniagaan antarabangsa. Mereka belum bersedia. Vietnam pun kurang bersedia namun berani mencuba membuat perubahan. Perniagaan Malaysia, Singapura dan negara lain dengan China akan berterusan. Kita pun ada banyak perjanjian perniagaan dengan negara itu, termasuklah penggunaan wang Ringgit dan Yuan untuk perdagangan bersama. Tiada nampak bagaimana TPPA adalah stategi USA untuk memencilkan Cina (seperti tohmahan Dr Jomo).
Malaysia sentiasa mencari rakan perdagangan diseluruh dunia semenjak zaman Tun Mahathir termasuk Asia Tengah, Afrika, Timur Tengah, dan Amerika Selatan dan banyak lagi negara. Malahan, Malaysia sudah ada perjanjian perdangan bebas dengan banyak negara dan sedang berunding untuk banyak lagi (21 semuanya).
Malaysia sudah ada perjajnjian dengan negara yang menganggotai TPPA, seperti Jepun, Chile, Australia, New Zealand, Singapura dan Brunei. Jadi bagi negara negara ini TPPA ialah suatu kesinambungan, tetapi perjanjian ini sekali gus membuka ruang perdagangan bebas baru dengan Canada, USA, Mexico dan Peru.
Apakah isu dengan USA. Tanpa TPPA pun USA merupakan rakan dagang besar Malaysia. Pada 2014, perdagangan antara U.S.-Malaysia dianggarkan bernilai US$48.4 billion (rakan dagang ke19 negara itu, ke 4 negara kita). Syarikat USA sudah lama bertapak di Malaysia. Kita selesa dengan mereka. Malah Malaysia secara ketara lebih banyak mengeksport ke USA dari mengimpot. Bagaimanakah TPPA akan memburukkan keadaan?
Antara yang cerdik tetapi terpedaya oleh kecenderongan membangkang sentiasa ialah http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2016/01/jika-tppa-banyak-manfaat-mengapa.html#more , https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/10/06/barack-obamas-statement-on-the-agreed-tppa-deal/ dan http://azlyrahman-illuminations.blogspot.my/2015/10/did-msia-just-sign-suicidal-deal.html