Thursday, 28 January 2016
SPRM patut siasat sindiket dalaman Imigresen!
Semalam, Jabatan Imigresen dilaporkan mStar di sini akan mengadakan perbincangan dengan Myeg selaku penyelia sistem online untuk memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Difahamkan satu pertemuan tertutup akan diadakan melibatkan kedua-dua pihak untuk membincangkan hal berkaitan PLKS sepanjang tahun lalu yang mana ada isu-isu yang tidak boleh ditangani oleh penyedia perkhidmatan.
Sememangnya demikianlah sepatutnya cara satu agensi pelaksana seperti Jabatan Imigresen dan penyelia sistem gateway bayaran online berkerja. Hal ini sepatutnya diadakan selalu dan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.
Ia memberi gambaran seolah-olah Myeg enggan bertemu Jabatan Imigresen. Tidak mungkin sebuah pihak swasta yang perlukan kerjasama pihak kerajaan untuk membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang baik dan effisyen akan bersikap sedemikian.
Laporan ini agak pelik dan menghairankan kerana sehari sebelum, mStar di sini mengeluarkan laporan berita yang mengatakan sebanyak 31,301 permohonan tidak berupaya diselesaikan oleh pihak myeg.
Mengapakah perlu Jabatan Imigresen membuat kenyataan terbuka sedemikian?
Ini hanya menunjukkan ketidak cekapan pihak Jabatan Imigresen yang telah menangguh-nangguhkan kerja dan masaalah hingga lebih 30 ribu permohonan tidak dapat diselesaikan. Meludah ke langit untuk salahkan pihak lain tetapi hanya terkena muka sendiri!
Sebagaimana pengalaman yang sering dialami orang ramai, myeg tidak berupaya untuk proses permohonan apabila passport pekerja asing telah ditukar atau perlu diperbaharui. Maka pekerja yang terbabit perlu perlu ke imigresen untuk selesai kemaskinikan urusan passport mereka.
Hairan mStar terus menerbitkan laporan tanpa memberi butir akan sebab musabab yang menyebabkan sistem myeg tidak boleh diguna. Harapnya tiadalah suatu persekongkolan tidak sihat antara mStar dengan pihak tertentu yang mahu buruk-burukkan myeg.
Tambah lagi, mengapa pula dipersalahkan myeg sahaja kerana bukan myeg sahaja yang terlibat dalam proses pembaharuan PLKS. Ada lebih kurang lima syarikat semuanya.
Dikesan tersebar di blog dan media sosial akan satu usaha kempen untuk buruk-burukan myeg agar tidak diberikan projek pemutihan. Maka ini menimbulkan kesangsian dan syak bahawa ada pihak berkepentingan menggunakan cara melobi yang tidak sihat dan membuat fitnah.
Dengan mStar membuat laporan dan pihak imigresen pun ada memberi kenyataan yang diputarbelit untuk memburuk-burukkan Myeg, ia seolah-olah wujud satu sindiket untuk membantu pihak tertentu mendapat projek pemutihan dengan cara membatalkan myeg dari terlibat lagi memberi perkhidmatan memproses PLKS.
Program pemutihan 6P sudah berakhir tahun lepas dan disambungkan setahun untuk berakhir pada Disember 2015. Tiada lagi program pemutihan lagi. Pihak Imigresen sudah sangkal kewujudan program pemutihan 3P.
Laporan mStar suatu permianan halus untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej myeg. Malah kempen ini sudah juga menjadi begitu melampau hingga sudah ke tahap serangan peribadi dan mempersoalkan suku etnik dan keimanan beberapa pegawai tertentu syarikat.
Pihak SPRM harus bersikap proaktif dan masuk menyiasat. Perkara sedemikian tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia mempunyai elemen rasuah dan salahguna kuasa.
Amalan kurang sihat sedemikian akhirnya hanya menyusahkan Jabatan Imigresen kerana ia membantutkan usaha untuk memberi perkhidmatan yang baik serta melengahkan usaha ke arah meningkatkan tahap efisiensi perkhidmatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPRM siasat Immigresen? Hish tak standard. Yang standard dan macho jika siasat agar PM jatuh. Mana ada hal benda kecil mcm kes zina dlm pejabat, kes TBH mati, kes Sarbani, Kes Rosli dan lain-lain kes itu semua tak de standard. Kes DAP lagilah tak akan disentuh kerana ia bukan kes ysng jatuhkan PM.
ReplyDelete