Agak susah nak percaya Muhyiddin sedia bersekongkol dengan DAP. http://novandri.blogspot.my/2016/09/pergolakan-dalaman-parti-muhyiddin.html.
Namun itu realitinya.
Tujuan Muhyiddin terlibat PPBM adalah dendam dan ini cara dia boleh kembali ke UMNO dengan masih memegang kerusi dalam Parlimen dan ada pengikut pegang juga kerusi dalam DUN atau Parlimen. Jika UMNO terdesak, mereka boleh bincang dan bersatu balik macam Semangat 46.
Mungkin Mahathir ada rancangan lain lalu dia menggerakkan langkah untuk "bunuh Muhyiddin". Mengumumkan Muhyiddin sebagai PM in waiting adalah caranya. Baca analisa ini http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/mahathir-umum-muhyiddin-pm-untuk.html
Mutakhir ini Muhyiddin tidak dibenarkan bercakap oleh Mahathir hingga PPBM senyap sepi sepanjang Mahathir berada di London untuk atur media asing untuk serang Najib lebih kuat.
Mahathir umum di London bahawa Muhyiddin adalah PM in waiting. Mukhriz sudah bersuara PM hanya 2 penggal. Umur Muhyiddin 68, pilihanraya dalam setahun dua dan umur dia 70. Campur congak, Boboi yang lemau sebenarnya mahu jadi PM. Semua ini terhurai dalam posting http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/muhyiddin-kini-tunggul-mahathir-untuk.html
Mungkin ada kata ini semua propaganda UMNO saja. PPBM sedang bergerak laju. Baiklah, baca surat berikut:
ESA BIN HAJI MD ABAS
PENYELARAS P150 BATU PAHAT
PENYELARAS P150 BATU PAHAT
Tarikh : 26hb Oktober 2016
Kepada,
YB Dato Dr Sharuddin
Pengerusi Penyelaras PPBM Negeri Johor
Pengerusi Penyelaras PPBM Negeri Johor
MELEPASKAN JAWATAN PENYELARAS P150 BATU PAHAT
YB Dato'
Di doakan semoga YB Dato' Dr serta sentiasa di dalam perlindungan kerahmatan dan peliharaan Allah SWT selalunya
Untuk makluman
YB Dato saya terpaksa melepaskan jawatan saya sebagai Penyelaras P150
Batu Pahat walaupun pun perlantikkanya tidak secara rasmi
Ini memandangkan
PPBM di P150 Batu Pahat serta individu tertentu di peringkat negeri
agak tidak profesionsal dalam menjalankan tanggungjawab yang di
amabahkan. Ianya lebih kepada sikap hipokrik dan mengharapkan sesuatu
bukan sebenar- benarnya perjuangan *BERANI KERANA BENAR*
Walaupun ada
pihak pihak yang benar benar ikhlas berjuang bersama PPBM tetapi angkara
mereka mereka ini saya lihat agak tidak keterlaluan PPBM akan hilang
fokus dan hala tuju sebenar di sebabkan beberapa individu tersebut
Sikap sikap
mereka yang kebanyakkan dulunya sebagai ahli Umno dan ada di antaranya
memegang jawatan dalam Umno masih lagi mengamalkan sikap negatif dan
buruk ketika dalam Umno dan di bawa ke PPBM yang mereka angotai
Jika ini tidak
di pantau dengan segera maka ia nya akan menjadi satu virus besar pada
PPBM di semua peringkat dalam merealisasikan visi dan misi parti
terutama menghadapi Umno BN pada PRU 14 nanti
Adalah amat
malang jika ini terus berleluasa maka hasrat YAB Tun Dr Mahathir dan YB
Tan Sri Muhyiddin serta pengasas lain PPBM akan terhalang sebagaimana
yang di rancang
Oleh yang
demikian biarlah saya mengundur diri di sebabkan perkara perkara di atas
dan bimbang saya juga di persalahkan jika visi dan misi tadi tidak
tercapai
Apa pun saya berdoa agar amanah yang si berikan kepada YB Dato akan di permudahkan oleh Allah SWT dalam setiap masa dan keadaan
Sekian Terima Kasih
Wassallamulaikum
Saya yang benar....
Esa Bin Haji Md Abas
S/k
YA Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohammad
Pengerusi PPBM
Pengerusi PPBM
YB Tan Sri Dato' Haji.Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
Presiden PPBM
Presiden PPBM
Ybg Tuan Haji Solihan
Setiausaha PPBM Negeri Johor
Setiausaha PPBM Negeri Johor
Rakan Rakan Penyelaras PPBM P150 Batu Pahat
--------------------------
Nama Esa ini telah disahkan wujud dan pernah jadi ahli UMNO. Lama tidak berada dalam UMNO dan kini menyertai PPBM.
Kempen keahlian PPBM diterajui orang-orang Muhyiddin iaitu Dr Sharuddin. Dalam keadaan awal PPBM, semua memang main tangkap muat. Tentulah dalam 2 minggu tak sempat mahu didokumentasikan dan dilakukan secara rasmi. Masih lagi cara sukarela. Mengapa ditimbulkan keadaan kucar kacir di dalam PPBM sekarang?
Malah mesej ini juga tersebar seminggu dua ini:
------------------
Semalam
saya sempat berkomunikasi agak panjang dengan Umi Hafilda Ali
berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan kami, berikut yang
saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya.
⬇
⬇
Belum sebulan hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran.
Bermula dari
ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut mereka, dibawa
kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri hinggalah kepada
para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah sepertimana yang
dijanjikan.
Ibrahim Ali dan
Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun Mahathir dan Tan
Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi sebuah parti. Satu
rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan parti serpihan PAS,
iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih parti berkenaan dan
seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk berjuang menjatuhkan
Datuk Seri Najib.
Bagaimanapun
perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz, Azmin Ali, Robin Tan (anak
Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi menjatuhkan PM).
Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini menyalurkan dana
untuk gerakan menjatuhkan PM.
Akhirnya mereka
mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini menimbulkan
kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa. Semasa parti
tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan beberapa
orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar parti itu
tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun usaha itu tidak
berjaya.
Selepas
pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru. Iaitu
mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri.
Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik. Sebenarnya
usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses permohonan lagi.
Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta Tun Mahathir agar
mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera.
Di Kedah Ainina
sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi, Ainina juga sedang
bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak Hamidah Osman dan
adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu menguasai PPBM seperti
parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk Baharom Gelang Patah sedang
bergasak dengan abang TSMY. Di Kelantan proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu
memastikan beliau dilantik sebagai pengerusi negeri. Di Terengganu ,
blogger Din Turtle pun menyimpan impian tinggi menggunung agar beliau
dapat mengetuai negeri itu. Di Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas
pulas untuk mengangkat dirinya sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula
Shafie Afdal tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya yang di
semenanjung. Lantas beliau mengambil keputusan untuk bergerak
berasingan.
Manakala di
peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin Abu Hassan dengan
TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak.
Di peringkat
media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media maya mereka agar
mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan promosi kerana
duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau menuduh Datuk
Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah (blogger apa
nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya. Yang masih
aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji bulanan oleh
Mukhriz melalui Sazmi Miah.
Tun Mahathir
semakin tertekan dengan keadaan dan membawa diri ke London untuk
beberapa ketika.
Difahamkan setelah segala usaha menumbangkan PM gagal,
terbaru (semalam) Tun M meminta PM kekal tetapi melepaskan jawatan
Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan Tun akan memilih
jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat Mukhriz diletakkan
di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai senator sementara
menunggu PRU 14.
Akhir kalam,
benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO. Nampaknya
itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang dan kepada
UMNO mereka akan kembali.
Sekian
Jazakallahukhairan Kathira
Md Kamal Haji Salleh.
Batang Kali
Selangor
Batang Kali
Selangor
---------------------
Mungkin inilah mesej yang Dato Armand mahu buat laporan polis tetapi tidak jadi atas sebab kurang bukti.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.