Friday, 30 September 2016

ADUN DAP bakal dihina Mahathir sebab sokong PERMATA


Tanpa isu yang solid, Mahathir gunakan Rosmah dan program Permata sebagai bahan serangan politik.

Allah maha berkuasa bula ada musuh terbuka hati untuk sedar niat baiknya:

DAP rep comes to the defence of Rosmah's Permata

The Permata child enrichment programme helmed by prime minister's wife Rosmah Mansor now has an unlikely defender in the form of a Selangor DAP assemblyperson.

Damansara Utama representative Yeo Bee Yin said the government’s investment in early childhood care and education (ECCE) has statistically proven to benefit tax payers by lowering social welfare costs, decreasing crime, raising tax revenue and having the highest return of investment for human capital development.

"Therefore, any government initiative to develop ECCE, including Permata, should not be brushed off immediately just because the person who advocates it is not likable," Yeo said in a statement today.

"Whether Permata gets international recognition or not does not matter. What matters is that Putrajaya makes and executes a comprehensive and holistic plan to ensure that good quality childcare is available at an affordable price.

"(This is) so that all our children will have equal opportunity to learn and develop in the early age, regardless of the income levels of the familes," she added.Ken

Baca sepenuh di http://www.malaysiakini.com/news/357283

Kenyataan beliau disambut baik oleh pembantu Datin Seri Rosmah, Dato Rizal Mansor:

YB YEO BEE YIN
ADUN DAP DAMANSARA UTAMA.

Selamat Sejahtera YB,

Saya tertarik membaca artikel di portal rasmi parti Dap, Roketkini.com bertajuk “Beri keutamaan kepada pembangunan pendidikan awal kanak-kanak” – Bee Yin. Saya tertarik kerana akhirnya seorang wakil daripada parti pembangkang (DAP) dapat bersetuju bahawa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. Inilah yang diperjuangkan oleh Datin Sri Rosmah Mansor melalui Program Permata. Walaupun YB menyatakan sokongan ini tidak bermakna menyokong Datin Sri Rosmah, pada saya itu tidak penting. Datin Sri Rosmah bukan ahli politik yang mencari sokongan sesiapa.

YB memetik hasil kajian penerima hadiah Nobel dalam lapangan ekonomi, James J. Heckman, dalam mempertahankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan awal yang baik, adalah inisiatif awal pembangunan modal insan, akan memberi faedah jangka masa panjang, termasuk kos kebajikan sosial yang rendah, kadar jenayah rendah serta kutipan hasil yang meningkat.

Saya amat bersetuju dengan apa yang YB petik itu. Saya melihat ia selari dengan objektif Program Permata. Semua agama, semua bangsa dan semua tamadun di dunia ini mengiktiraf bahawa “Anak-anak adalah khazanah dan amanah kita untuk diasuh dan didik dengan penuh perhatian dan kasih sayang semenjak dari lahir lagi, supaya potensi mereka dapat ditonjolkan sepenuhnya”.

YB merungut kos penjagaan kanak-kanak di Lembah Klang adalah tinggi dan bergantung kepada kualiti pusat jagaan. Malah, YB turut menekankan bahawa kos penjagaan ini menjadi satu bebanan kepada pasangan muda. Saya bersetuju dengan pendapat YB. Maka itulah antara sebabnya Program Permata ditubuhkan. Pusat Anak Permata Negara (PAPN) selain daripada menyediakan pendidikan awal berkualiti kepada kanak-kanak di luar bandar, ia juga menyediakan kemudahan tersebut kepada kanak-kanak di pinggir bandar. YB, saya mengharapkan YB dapat mengadakan lawatan ke mana-mana PAPN dan kemudian buatlah kesimpulan sendiri. Lupakan Datin Sri Rosmah sebagai Penaung Permata tetapi pandanglah Permata Negara sebagai satu program yang menepati apa yang diperkatakan oleh James J. Heckman.

YB menyebut Permata menerima peruntukan tinggi saban tahun, tidak ada halatuju strategik oleh pihak kerajaan, terutamanya perancangan khusus untuk memastikan wujudnya penjagaan kanak-kanak yang bermutu tinggi serta pendidikan pra-sekolah yang berpatutan dengan kemampuan rakyat terbanyak. Saya kira dalam hal ini YB tidak bersikap adil kepada masa depan kanak-kanak. Saya percaya YB membuat tuduhan sembrono tanpa asas. Sebaliknya jika YB benar-benar ikhlas memperjuangkan pendidikan awal kanak-kanak, buatlah research yang mendalam tentang Permata Negara. Lupakan Datin Sri Rosmah Mansor sebagai Pengasas Permata, tetapi lihatlah Permata Negara sebagai sebuah program yang mampu mengatasi masalah yang YB bangkitkan.

Walaupun YB tidak menyebut secara spesifik tapi saya percaya apa yang diperkatakan YB dapat disimpulkan sebagai “Setiap Anak PERMATA Negara, Setiap Anak Begitu Berharga dan Setiap Anak Modal Insan Negara”.

Ikhlas daripada,
RIZAL MANSOR

-----------

Tunggulah ...

Tak lama lagi Yeo Bee Yin akan dipanggil pemakan dedak oleh Mahathir yang sedang mengamalkan politik sampah saraf.

Pasti dia akan dikenakan tekanan oleh keluarga Lim yang kini sekutu politik Mahathir.

Ini sama dengan Zahid dianiaya oleh sesama rakan tentang bahasa Inggerisnya http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/yang-ngutuk-zahid-elok-sangat-ke.html dari isi kandung ucapannya.

Usaha Rosmah boleh dinidakkan atas sebab politik sampah saraf mahu jatuhkan Presiden UMNO melalui isterinya oleh orang UMNO sendiri.

Padahal ianya untuk kebaikkan anak2 dan generasi masa depan.

Nasib baik oramg UMNO begini sudah tidak lagi dalam UMNO tapi sudah ikut sama2 sampah subversif berhaluan cauvanis dan ultra liberal haluan LGBT.




No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.