Monday, 19 September 2016

Guan Eng tidak tegur Jeff Ooi tapi salahkan keluarga Haron Din


PAS nampak macam acuh tak acuh dalam reaksi mereka kepada penghinaan Jeff Ooi dan pemimpin DAP lain terhadap kematian Dato Dr Haron Din. http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/kemarahan-pas-terhadap-jeff-ooi-acuh.html

Mungkinkah mereka ada agenda politik untuk kerjasaam dengan DAP maka tidak mahu terlalu marah pada DAP. Sedihnya, Guan Eng sudahlah tidak menegur Jeff Ooi atau minta maaf atas salahlaku pemimpin DAP tapi malah menyalahkan keluarga Haron din.


FMT telah spin tajuk seperti berikut:
LGE: DAP kesali kenyataan tidak sensitif Jeff Ooi 

FMT Reporters | September 17, 2016

Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga Haron Din sekiranya tersinggung dengan tweet Jeff Ooi, yang tidak mewakili pendirian parti
Kenapa "sekiranya"?

Laporan sepenuh berikut:

PETALING JAYA: DAP hari ini melahirkan rasa kesal diatas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berhubung pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan ahli partinya itu sebagai “tidak sensitif”.
Kenapa ada quote unquote? Betulkah ia disebut demikian atau hanya FMT memandai?
Beliau memaklumkan bahawa Jeff Ooi sudah memadamkan twitter kontroversi itu, dan berkata DAP turut bersimpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga dan rakan Haron Din.


Sebelum itu dia kata Twitternya telah di hack dan kini tukar kata tak. Jika sudah padam, maknanya akui sebutan itu salah. Kenapa tak mintak maaf?

Kata-kata yang lain maccam mana pula?
“Meski kami sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.

“Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.

“Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluara sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti,” katanya.


Ianya lebh membawa maksud kesal dengan keluarga kerana mungkin tersinggung dengan tweet Jeff Ooi.

Ooi dilapor mengatakan “Adios Harun Din. Let there be peace” di Twitter pada Jumaat, mencetuskan bantahan kerana dianggap biadab.

Awal hari ini, beliau memberitahu FMT: “Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya.

“Laman itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dilapor The Star Online, Ooi menjelaskan tiada niat untuk perkecilkan Haron atau keluarganya, cuma mahu menyampaikan selamat tinggal kepada Haron.

Beliau menjelaskan tiada niat untuk perkecilkan Haron atau keluarganya, dan cuma mahu menyampaikan selamat tinggal kepada Haron.

Jelasnya beliau membuat kenyataan itu semasa berkongsi twit orang lain, dan kemudian menyingkirkan komen orang itu dan membuat twit baharu, yang tertulis: “Received a personal call a while ago. So… Farewell. Let there be peace.”
 Masih enggan salah.

PPBM diam , PAN diam, tapi hanya AMK PKR saja bersuara.

Maknanya DAP telah tundukkan Mahathir dan Mat Sabu. PKR tengah otak otek Mahathir....

4 comments:

  1. bila masa pulak DAP bercakap benar... menghina Islam, menipu, membohong, cakap putar belit, kaki rasuah...itu semua tabiat biasa DAP... hanya melayu bebal je yg terhegeh2 nak jadi penjilat golongan kafir harbi ni...

    ReplyDelete
  2. cina DAP tu bodoh.. negara dah merdeka 59 tahun... pemahaman masih lembab. tp pasai duit dan bangsa, NO.1 semuanya pantas...

    ReplyDelete
  3. spt biasa umno akan membangkit kan isu ini utk kemarahan PAS terhadap DAP. isu adios sahaja.. yg maksud nya langsung tak bersalahan dlm al quran. yg ini UMNO guna utk memancing PAS yg memang terkenal kurang pandai nya dlm mentafsir segala bentuk ungkapan. kalau startegi PAS dan DAP di lagakan berjaya, pasti la PAS akan sokong UMNO. nasib la kau PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah RBA tu RBA juga. Yg sebenarnya DAP lah yg selama ini menghasut orang Melayu supaya berpecah belah dan tak bersatu. UMNO dan PAS juga target DAP untuk dipecahbelahkan dengan tujuan untuk merampas kuasa di negara ini. Kau tahu apa anon 1018? Makan dedak DAP je tahunya.

      Delete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.