Thursday, 1 September 2016
Mahathir sudah tunduk kepada DAP, tak lagi perjuang Melayu dan Islam
Tulisan Snapshot http://theunspinners.blogspot.com/2016/09/tangan-ghaib-dibelakang-pribumi-bersatu.html memberitahu kuasa ghaib bersama Tun Dr Mahathir membuatnya tidak lagi bersuara untuk Islam dan Melayu serta tidak pernah untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Dalam isu terbaru, jelas sekali Pribumi Bersatu tidak lagi perjuang Melayu, Pribumi dan Islam. Baca ulasan http://theflyingkick.blogspot.my/2016/08/asal-bukan-umno-asal-bukan-najib-asal.html
Belum apa-apa, Pribumi bersatu sudah takut untuk bersuara melihat isu-isu terbaru:
Islam dihina ketika ...
... Tangkap MO1, Pribumi bersatu diam saja. Perkasa pun tak buat polis report.
DAP hipokrit, Pribumi pun ikut sama hipokrit konon minta maaf batalkan kuasa raja dan kini tentang Akta MKN.
Padahal puak-puak ini yang dok kata Najib lemah pasal batalkan ISA dan EO. Mereka terutama Perkasa paling bising pasal Najib mahu batalkan Akta Hasutan.
Bila dah batalkan dan kini mahu adakan Akta MKN hanya untuk perkemaskan hal keselamatan dan emergency, Pribumi tak sokong dan Perkasa diam ....
DAP bersikap rasis mereka diam. Bila Pemuda UMNO Razlan diserang Melayu DAP dengan kata-kata UMNO khianat pada Melayu.
Melayu dihina DAP melayu dengan cara mengatakan UMNO jadikan Melayu menurut laporan Roketkini adalah "Melayu yang diternak seperti ayam daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai GST, skandal hutang 1MDB, rompakan Tabung Haji, LTAT dan KWSP, serta ancaman ekonomi yang lain termasuk risiko bangkrap angkara pinjaman PTPTN dan pinjaman isirumah yang melangit tinggi".
Membantu melayu dikatakan DAP Melayu sebagai jadi binatang pelihara supaya diberhentikan bantuan agar kaum DAP boleh angkut segala harta dan zalimi rakyat terbanyak.
DAP memang biadap pada Melayu. Malaysiakini pun laporkan https://www.malaysiakini.com/news/354243
Polisi yang disebutkan semua perlu dan terbaik dalam keadaan kekangan yang ada. Mungkin UMNO ada silap pada masa lepas. Banyak silap pun masa 22 tahun. Setiap yang tak betul mesti mulanya dah lama bukan sekarang baru berlaku dan patut disalahkan.
Yang 22 tahun tu yang banyak buat salah, kita tak mahu malukan dia dan demi parti pertahankan salahlaku. Silap kita juga ...
Bila PM-PM kemudian nak betulkan keadaan, akhirnya dicantas dan dituduh macam-macam. Semua supaya kuasa ghaibnya dibelakangnya http://theunspinners.blogspot.com/2016/09/tangan-ghaib-dibelakang-pribumi-bersatu.html akan terus kekal.
Maka memang puak-puak ini sudah ikut agenda DAP dan PKR serta NGO songsang penyokong LGBT untuk ...
Dan Ibrahim Ali dulu beriya=iya pertahan insttusi Raja, kini bersindir-sindir Sultan Johor.
Dulu macam real saja Perkasa di Johor,
Ibrahim ali bersuaralah pasal Sultan Kelantan pulak! Sibuk pasal Bangsa Johor ...
Anugerah datok dah ditarik. Takut kot nanti Sultan arah PAS usah terimanya sebagai calun tiket PAS di Pasir Mas.
Sebab diam, Pribumi dan Perkasa sudah seolah-olah ikut jadi pencacai DAP ke?
UMNO bukan pencacai MCA atau Gerakan atau SUPP atau mana-mana. Mereka tetap dihormati rakan dan memimpin BN.
Rasanya Melayu Amanah, Melayu PKR, Melayu DAP dan termasuk Pribumi Bersatu dah tunduk pada DAP.
Kerusi DAP solid. Mereka yang tak tentu lagi kerusi dan berebut serta kelahi sesama sendiri.
Dap ketawa lihat mereka kelahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam Tuan,
ReplyDeleteMenarik artikel yang ditulis. Cuba untuk membangkitkan emosi kemelayuan. Not bad.....not bad.
Sebagai seorang Melayu, memang saya akui saya tidak rela tunduk kepada DAP serta mereka yang bersekongkol dengannya.
Tetapi, saya juga tidak rela untuk memejamkan mata tentang isu:
(1) seorang anak Cina gemuk dari Pulau Pinang yang "menerima" sejumlah wang yang dijamin oleh kerajaan dan seterusnya digunakan untuk bermewah-mewah sedangkan wang itu boleh digunakan untuk menaiktarafkan sosio-ekonomi anak-anak Melayu; dan
(2) sepasang suami isteri Melayu serta anak-anak mereka yang juga "menerima" wang yang dijamin oleh kerajaan atau GLC dan membelanjakan wang-wang tersebut tanpa rasa bersalah sedangkan ramai juga orang-orang Melayu di luar sana terpaksa mengikat perut dek kerana kos kehidupan yang tinggi.
Saya tidak menyokong DAP tetapi hentikanlah menjadikan mereka sebagai kambing hitam bagi semua permasalahan negara. Yang menjahanamkan negara ini sebenarnya adalah orang Melayu sendiri.
Sekian.
-Shahrizal Kamal-
P/S: Kalau tidak siarkan komentar saya ini tidak mengapa, saya faham. Kalau saya penulis weblog yang mahir macam Tuan, saya juga akan hanya siarkan komentar yang sealiran dengan penulisan saya.
Rela ke bawah dap? Yes or no ... sana tak, sini pun tak. ACDC???
DeletePuak2 iblis tua haramjadah
ReplyDeleteHelo kawan. Pameran serupa di buat di selangor tapi tak jadi isu pun. Apasal tetiba jadi isu di P.P.?
ReplyDeleteSaya impikan pribumi bersatu yang suarakan agenda melayu dan bumiputera serta islam.
DeleteBila agaknya?