Friday, 2 September 2016

Paul Stadlen should be fired!


Ada suatu mesyuarat diplomasi akan diadakan.

Nampaknya tergancat dengan kenyataan Rahman Dahlan http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/cuba-jangan-beri-peluru-pada-lawan.html.  Menyusahkan betul ...

Khabarnya kenyataan Dato Rahman Dahlan adalah atas permintaan Paul Stradlen dipejabat PMO.

Apa perlunya orang putih ni memandai meminta Rahman Dahlan membuat kenyataan yang tidak ada kena mengena dengan EPU atau BN Communication.

Tambah lagi urusan media asing dalam hal 1MDB sudah dipersetujui kabinet untuk ditangani oleh Menteri Luar Negara, Dato Anifah Aman.

Jurucakap untuk urusan 1MDB adalah Dato Husbi Hanazlah. Sekarang MOF 2 baru, Dato Jo Ghani mainkan peranan tersebut.

Kenapa Paul Stradlen pulak mengarah dan meminta Menteri buat kenyataan?

Mengapa Paul Stadlen atur BBC untuk membuat kenyataan yang diminta Rahman Dahlan katakan?

Dia rakyat Malaysia ke? Dia menang pilihanraya ke?

Yang boleh komen mengenai filing DOJ secara rasmi adalah DOJ. Tambah lagi takkan Paul Stadlen tak faham Rahman tidak ada locus standi.

Rahman satu hal tapi posting ini membincangkan Paul.

Adakah pekerja asing Paul Stadlen ini sudah melangkaui kabinet? Adakah ini sabotaj bekas pekerja APCO?

Skrip ini pernah Paul pinta Dato Anifah buat kenyataan tapi tidak dipersetujui.

Harap dihentikan saja orang asing yang masih tidak faham perjalanan kerjaan, protocol dan budaya kerja di Malaysia.

Bahasa melayu langsung tak usaha nak faham!!!

2 comments:

  1. jagan hentikan dia sbb orang melayu dah tak ada yang bijak pandai dalam pentadbiran najib. lagipun taste najib memang negara orang putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku impikan pemimpin macam mahathir yang mana dia tak inginkan sangat cara hidup orang putih. Tak langsung ada rumah di london, argnetina, dll

      Dia dan anak2 tiada langsung kebaratan. Kereta2nya semua proton!

      Delete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.