Saturday, 10 September 2016

Azmin perguna Mahathir untuk jadi Prresiden PKR



Usaha Azmin perkukuh kedudukan

Pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai usaha yang diaturkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengukuhkan kedudukannya di dalam parti.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua sedia maklum, Mohamad Azmin kini sedang menghadapi pertarungan dalaman melibatkan beberapa kumpulan di dalam PKR.

“Saya fikir ada dua sebab pertemuan tersebut, pertama sebagai satu usaha yang dilakukan Azmin hendak perkasakan kedudukan. Kerana Azmin di dalam PKR sedang menghadapi pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Dengan usaha itu, dia (Azmin) rasa dapat memberi kekuatan tambahan kepadanya di dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azam Ismail.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mengadakan pertemuan de­ngan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan untuk menyatakan­ sokongan kepada bekas timbalannya itu yang mengemukakan injuksi bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun menafikan pertemuannya dengan Anwar sebagai tanda berdamai selepas 18 tahun bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada jawatannya.

Pada 1998, Perdana Menteri paling lama berkuasa itu memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas didakwanya terlibat dengan aktiviti salah laku seksual sehingga akhirnya mencetus ge­rakan reformasi jalanan.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau juga berpendapat, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu tidak bermakna Dr. Mahathir beranggapan Anwar tidak bersalah dalam kes-kes sebelum ini.

“Pada saya yang mengenali Dr. Mahathir, kalau pun Dr. Mahathir jumpa Anwar tidak bermakna dia menyatakan Anwar tidak salah. Dr. Mahathir seorang yang berprinsip.

“Pada masa sama, saya juga merasakan pertemuan tersebut sebagai cara Dr. Mahathir menunjukkan penentangan terhadap Perdana Menteri dalam konteks membantah MKN.

“Saya tidak fikir Dr. Mahathir bersedia bermaaf dengan Anwar. Keluarga Anwar juga sebelum ini menuntutnya meminta maaf namun sehingga hari ini, Dr. Mahathir masih tidak bertindak demikian,” katanya.

Utusan


Mahathir terlalu marah dengan Najib hingga he is not thinking straight. Emosi orang tua ...

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.