Wednesday, 7 September 2016

Fitnah AKJ rosak ekonomi disebut Quran sebagai haiwan sesat


Tentu ada rakyat di negara ini percaya bulat-bulat dengan dakwaan yang dibuat melalui media sosial termasuk di WhatsApp dan Facebook kononnya negara bakal muflis dengan ‘analisa ekonomi’ yang menakutkan dan cukup menyakinkan.

Antaranya Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 bagi setiap dollar pada akhir September, rezab Bank Negara hanya RM101 bilion sedangkan hutang melampui RM614 bilion manakala harga minyak yang dijangka terus merudum semakin memburukkan ekonomi negara.


Lebih malang pihak yang membuat ‘analisa’ itu membuat tuduhan bahawa Dunia menganggap Malaysia di nombor 1 bagi rasuah dan skandal, pemalsuan wang dan pengubahan wang haram.
Kesimpulan bagi segala dakwaan tidak benar itu, rakyat diminta tidak berbelanja dan jangan membeli harta benda dalam tempoh terdekat kerana khuatir kesan ekonomi serta negara yang bakal bangkrap.

Bagaimanapun, disebalik kerisauan dan kebimbangan segelintir rakyat yang mempercayai dakwaan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata, dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
“Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik kerajaan mengalami masalah,” katanya.

Malah jika pihak-pihak tertentu itu tidak punya idea untuk menyanggah fakta benar yang dikemukakan, maka mereka akan sengaja mereka-reka cerita dan ia akan diputar-putar hingga dapat mempengaruhi segelintir rakyat yang lemah mindanya.
Bila institusi kewangan menjelaskan justifikasi menutup cawangan-cawangan bank ekoran peralihan operasi dan teknologi kepada perbankan elektronik atas talian, mereka pusing cerita kononnya kedudukan kewangan negara kritikal.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) misalnya turut menjadi mangsa permainan propaganda pihak-pihak berkenaan kononnya BR1M akan diagihkan lebih awal sempena Aidiladha. Padahal, apa kena mengena LHDN dalam proses agihan BR1M. Nama LHDN pun ditukar jadi ‘Jabatan Hasil Negara’?
Dalam laporan berita perdana semalam pun pihak TESCO terpaksa pula buang masa mereka untuk menjelaskan fitnah yang kononnya mereka akan menutup operasi di negara ini. Alasan yang sama, kononnya ‘masalah ekonomi negara yang tidak bagus’. TESCO nafi keras dakwaan itu.
Peliknya, bila kita beritahu mereka tentang propaganda, strategi jijik dan memalukan puak-puak berkenaan, mereka enggan pula sedar diri dari terus tertipu. Malah diherdiknya kita kononnya kita ‘makan dedak’ dan sebagainya.
Kadang kala, penulis terbayangkan firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran, ayat 179, yang diturunkan tentang mereka-mereka yang mempunyai hati tapi tidak faqih, diberikan mereka mata namun mereka tidak dapat ‘melihat, diberi telinga namun mereka tidak mendengar.
Malah mereka-mereka itu Allah SWT menyamakan sifat mereka seperti haiwan-haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat dari haiwan-haiwan berkenaan! Apakah mereka sedar tentang asbabun nuzul dan hikmah di sebalik firman Allah tersebut?
Mereka juga mengaku tentang amaran yang pernah disabdakan Rasulullah SAW tentang suasana akhir zaman di mana fitnah begitu berleluasa. Namun mereka pula mengambil bahagian mencipta fitnah, menyebarkan fitnah dan berkongsi-kongsi fitnah itu?
 
Siapa yang makan dedak? Dalam hal ini, kita kembali ke Al Quran ... taubatlah Kadir Jasin http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/kadir-jasin-mouthpiece-of-daim.html

4 comments:

  1. Oh aku lupa, orang umno/bn tak pernah lansung, demi Allah, menipu, memfitnah, putar belit. Semua mereka maksum dan sempurna mengalahkan rasulullah s.a.w.

    Betul tak? Brani sumpwh atas quran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir, daim lah paling maksum

      Delete
  2. Mana yg lebih terok,haiwan sesat ke umpama Berzina dgn emak sendiri? Sbab itu lah hukumnya mengambil rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kamu sendiri tanya ustaz. Lepas tu beritahu nasnya di sini. Tiada budak suruhan kamu di sini ...

      Delete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.