Memang ada digunakan oleh Mahathir ketika dia PM tetapi suara rakyat tidak dibendung dan akhirnya berhadapan dengan keputusan pilihanraya yang runcing pada tahun 1999.Terpaksa dia ngaku dia saja PM yang berhenti secara sukarela.
Namun begitu, isu persempadanan semula yang sedang panas dibincang oleh pemangkang dan juga parti-parti BN harus dilihat secara objektif.
Keperluan persempadanan semula telah lama dibincangkan. Bukan baru-baru ini sahaja, tetapi sudah bertahun-tahun. Malah sebelum PRU13 pun ada disebut-sebut sudah perlu dilakukan.
Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003. Sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan memandangkan majoriti BN kurang dari dua pertiga tidak memudahkan ia diluluskan.
Persempadanan semula dikhuatiri DAP khususnya dan telah dituduh sebagai usaha BN untuk
mengekalkan kuasa. Tujuannya jauh sekali dari itu.
Ini bukan zaman Mahathir yang suka memanipulasi pelbagai undang--undang, perlembagaan, peraturan dan hentera kerajaan untuk kepentingan politiknya dan kroni korporat.
Najib adalah lebih "fair-minded", "gentleman" dan "conscience" akan peraturan dan undang-undang. Dia lebih liberal dan terbuka sikapnya.
Menurut Prof Ahmad Atory, seorang penyokong kuat Tan Sri Muhyiddin, persempadanan perlu sebagai "memberi keseimbangan masyarakat kepada wakil rakyat di kawasan bandar dan luar bandar".
" ....sekali gus membawa kebaikan dan purata tugas yang sama untuk setiap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."
Ini berguna untuk menjawab persoalan jumlah pengundi yang terlalu ramai di sesuatu tempat di kawasan bandar.
Dalam laporan Astroawani 2014, ada Ketua Bahagian UMNO menimbulkan isu "... kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159)."
Manakala, ".. ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003."
Malahan DAP pun menimbulkan isu sama bagi kawasan-kawasan meibatkan kawasan cina dan ia dibandingkan dengan kawasan tertentu seperti Putrajaya yang ramai Melayu tetapi persepadanannya jelas.
Menurut "peruntukan Perkara 113 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan", sudah sampai masa persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula.
Sikap yang ditunjukkan oleh Azmin Ali untuk mendengar pandangan SPR dahulu adalah lebih tepat dari sikap keh poh ci pemiimpin DAP.
Keputusan terakhir untuk menerima atau menolak persempadanan semula adalah Parlimen dan DUN. Apa perlu dipoliikkkan sekarang?
Persempadanan semula boleh menmbulkan keadaan lebih mencabar buat BN hingga ada pemimpin UMNO dan MCA mempersoalkan persempadanan semula yang sedang dijalankan sekarang. Baca analisa 2014 SINI
Sebagaimana disebut Ahmad Atory, kajian yang sedang dibuat SPR seharusnya dipandang positif dan tidak ditolak tanpa fakta yang kukuh.
Ada sesuatu tersirat disebalik niat Lim Kit Siang mahukan PRN Selangor sekarang dan kesungguhan Tony Pua bersuara. Baca Snapshot ...http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/muslihat-sebalik-drama-peersempadanan.html
Aikkk.. kata tak takut mahafiraun.. tp title kene guna jugak nama kutty tu.. najib x de telur ke...
ReplyDeleteBuat je...janji boleh menang...bodoh lah kalau masih berkuasa tak buat...dah dapat kat dap...sampai mampus tak boleh dapat semula...berbagai muslihat mereka gunakan untuk kekal berkuasa seperti contoh di Singapura dan pulau pinang...
ReplyDelete