Friday, 30 September 2016

ADUN DAP bakal dihina Mahathir sebab sokong PERMATA


Tanpa isu yang solid, Mahathir gunakan Rosmah dan program Permata sebagai bahan serangan politik.

Allah maha berkuasa bula ada musuh terbuka hati untuk sedar niat baiknya:

DAP rep comes to the defence of Rosmah's Permata

Bila lojik ikut Rafizi dan LGE, Mahathir dah merapu


Dan ....


Demikianlah juga pemikiran Mahathir yang sudah terikut-ikut rentak dan lojik sesat Pakatan pembangkang.

Wednesday, 28 September 2016

Penyalaras PPBM letak jawatan atau Muhyiddin diserang?


Agak susah nak percaya Muhyiddin sedia bersekongkol dengan DAP. http://novandri.blogspot.my/2016/09/pergolakan-dalaman-parti-muhyiddin.html.

Namun itu realitinya.

Tujuan Muhyiddin terlibat PPBM adalah dendam dan ini cara dia boleh kembali ke UMNO dengan masih memegang kerusi dalam Parlimen dan ada pengikut pegang juga kerusi dalam DUN atau Parlimen. Jika UMNO terdesak, mereka boleh bincang dan bersatu balik macam Semangat 46.

Mungkin Mahathir ada rancangan lain lalu dia menggerakkan langkah untuk "bunuh Muhyiddin". Mengumumkan Muhyiddin sebagai PM in waiting adalah caranya. Baca analisa ini http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/mahathir-umum-muhyiddin-pm-untuk.html


Tuesday, 27 September 2016

Mahathir beri dedak pada Clare Brown?



KUALA LUMPUR : Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengakui syarikatnya menerima dana daripada penderma yang berpangkalan di Eropah.
Menurut beliau, dana tersebut disalurkan melalui projek radio dan digunakan untuk membiayai sebahagian besar kos perjalanannya ke seluruh dunia.

“Penderma itu berminat tentang isu-isu berkaitan hutan hujan dan hak asasi manusia,” katanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Monday, 26 September 2016

Sekarang Mahathir, Mukhriz cakap, bila berkuasa nanti pasti lupa


Betul kata Dato Hishamuddin, Mukhriz cakap tak serupa bikin. Dia mahu tempoh PM hanya dihad untuk 2 penggal tapi setuju pula bapanya pegang sampai 22 tahun.

Malah khabarnya Mukhriz memang cakap tak serupa bikin. DIa sendiri enggan turun sebagai Pressiden ANSARA selama 22 tahun.

Sunday, 25 September 2016

Muhyiddin kini tunggul Mahathir untuk Mukhriz tumbangkan


Kesian Muhyiddin tertipu http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/apa-reaksi-si-blur-muhyiddin-tentang.html

Tan Sri Muhyiddin perlu sedar bahawa PPBM adalah parti anak beranak. Usahlah cakap sesuaka hati. Semua mesti dapat persetujuan Tun Dr Mahathir dahulu.

Muhyiddin kata mahu sokong kebebasan Anwar bila berkuasa. Segera Mahathir menidakkan dan mamalukannya dengan mengatakan kebebasan Anwar belum masa untuk dibincang. Dia hanya mahu bincang pasal Akta MKN sahaja sebab dia tidak bercadang untuk anwar dibebaskan.

Akibatnya sejak dua minggu ini, Muhyiddin tersenyap sahaja:

Friday, 23 September 2016

Mahathir hilang bila dimurka Agong dan Sultan?


Hati busuk Mahathir sanggup apa saja untuk jatuhkan Najib hingga sedia memalukan negara dan menghancurkan kehidupan rakyat.
http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/sabotaj-mahathir-terhadap-rosmah-hanya.html
Apa dia termalu, dia lari ke London.

Agong menjawab melalui jurucakap kerajaan iaitu Memanda Perdana Menteri:
http://www.pru14.tv/2016/09/20/agong-tolak-permintaan-mahathir-untuk-pecat-najib/ 
Sultan Johor sendiri bersuara mengkritik Mahathir sekali lagi.

https://bigdogdotcom.wordpress.com/2016/09/21/rubbing-the-royals-the-wrong-way/

Thursday, 22 September 2016

Bukan zaman Mahathir kekal kuasa guna persempadanan semula


Memang ada digunakan oleh Mahathir ketika dia PM tetapi suara rakyat tidak dibendung dan akhirnya berhadapan dengan keputusan pilihanraya yang runcing pada tahun 1999.Terpaksa dia ngaku dia saja PM yang berhenti secara sukarela.

Namun begitu, isu persempadanan semula yang sedang panas dibincang oleh pemangkang dan juga parti-parti BN harus dilihat secara objektif.

Keperluan persempadanan semula telah lama dibincangkan. Bukan baru-baru ini sahaja, tetapi sudah bertahun-tahun. Malah sebelum PRU13 pun ada disebut-sebut sudah perlu dilakukan.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003. Sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan memandangkan majoriti BN kurang dari dua pertiga tidak memudahkan ia diluluskan.

Persempadanan semula dikhuatiri DAP khususnya dan telah dituduh sebagai usaha BN untuk
mengekalkan kuasa. Tujuannya jauh sekali dari itu.


Ini bukan zaman Mahathir yang suka memanipulasi pelbagai undang--undang, perlembagaan, peraturan dan hentera kerajaan untuk kepentingan politiknya dan kroni korporat.

Najib adalah lebih "fair-minded", "gentleman" dan "conscience" akan peraturan dan undang-undang. Dia lebih liberal dan terbuka sikapnya.

Menurut Prof Ahmad Atory, seorang penyokong kuat Tan Sri Muhyiddin, persempadanan perlu sebagai "memberi keseimbangan masyarakat kepada wakil rakyat di kawasan bandar dan luar bandar".

" ....sekali gus membawa kebaikan dan purata tugas yang sama untuk setiap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."

Ini berguna untuk menjawab persoalan jumlah pengundi yang terlalu ramai di sesuatu tempat di kawasan bandar.

Dalam laporan Astroawani 2014, ada Ketua Bahagian UMNO menimbulkan isu "... kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159)."

Manakala, ".. ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003."

Malahan DAP pun menimbulkan isu sama bagi kawasan-kawasan meibatkan kawasan cina dan ia dibandingkan dengan kawasan tertentu seperti Putrajaya yang ramai Melayu tetapi persepadanannya jelas.


Menurut "peruntukan Perkara 113 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan", sudah sampai masa persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula.

Sikap yang ditunjukkan oleh Azmin Ali untuk mendengar pandangan SPR dahulu adalah lebih tepat dari sikap keh poh ci pemiimpin DAP.

Keputusan terakhir untuk menerima atau menolak persempadanan semula adalah Parlimen dan DUN. Apa perlu dipoliikkkan sekarang?

Persempadanan semula boleh menmbulkan keadaan lebih mencabar buat BN hingga ada pemimpin UMNO dan MCA mempersoalkan persempadanan semula yang sedang dijalankan sekarang. Baca analisa 2014 SINI

Sebagaimana disebut Ahmad Atory, kajian yang sedang dibuat SPR seharusnya dipandang positif dan tidak ditolak tanpa fakta yang kukuh.

Ada sesuatu tersirat disebalik niat Lim Kit Siang mahukan PRN Selangor sekarang dan kesungguhan Tony Pua bersuara. Baca Snapshot ...http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/muslihat-sebalik-drama-peersempadanan.html

Tuesday, 20 September 2016

Pengumuman kerjasama MKN alih pandang Mahathir ditolak PKR



Mahathir telah berada di London selama beberapa hari. Mungkin Mukhriz ada bersama untuk bersantai dan main-main dolphin, hisap curut, beach party, dan tembak dengan anjing.

Sementara itu, peguam Mahathir Hanif Khaitri yang kononnya dalam team guaman kes Anwar halang Akta MKN  mengeluarkan pengumuman bersama Anwar-Mahathir .
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/19/anwar-mahathir-release-joint-statement-against-nsc/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/19/dr-mahathir-anwar-buat-kenyataan-bersama-bidas-najib/

Bayangkan kedua-dua mereka ini yang mana Anwar pernah dipenjara kerana salahguna kuasa perguna polis untuk tahan orang. Manakala Mahathir adalah diktator yang sering perguna ISA, Akta hasutan dlll undang-undang pencegahan untuk tujuan politik.
https://www.bnbbc.my/masa-zaman-dr-m-jika-cakap-benar-masuk-penjara/ 
Ini hanya untuk menutuk malu. Hanif Khaitri diarahkan Mahathir masuk pasukan guaman untuk bincang kerjasama dengan Anwar.

Monday, 19 September 2016

Guan Eng tidak tegur Jeff Ooi tapi salahkan keluarga Haron Din


PAS nampak macam acuh tak acuh dalam reaksi mereka kepada penghinaan Jeff Ooi dan pemimpin DAP lain terhadap kematian Dato Dr Haron Din. http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/kemarahan-pas-terhadap-jeff-ooi-acuh.html

Mungkinkah mereka ada agenda politik untuk kerjasaam dengan DAP maka tidak mahu terlalu marah pada DAP. Sedihnya, Guan Eng sudahlah tidak menegur Jeff Ooi atau minta maaf atas salahlaku pemimpin DAP tapi malah menyalahkan keluarga Haron din.

Sunday, 18 September 2016

Sikap biaDAP, anti Islam dan "bigot" Jeff Ooi menyerlah


Ini adalah protes terhadap Jeff OOi sebaik didipilih jadi ahli Parlimen Jelutong dan jemaah pentadbiran pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dia telah memberhentikan beberapa ahli majlis tempatan dari wakil PAS dan menuduh mereka ahli JIM dan extremis Islam. Entahlah ahli JIM atau Ikram yang banyak dalam PKR dan PAN sudahkah sekolahkan DAP?

Thursday, 15 September 2016

Kewartawanan AKJ tersasar, hujah dedak ayam Mahathir


Seorang pengkaji kewartawanan berkata baru-baru ini supaya pembangkang usah berbunyi macam pembangkang. Mereka sepatutnya dilihat bebas, tepat dalam laporan, dan tidak menjadi suara pembangkang. 

Don’t sound like the opposition, ex-Washington Post reporter tells Malaysian journalists

Wednesday, 14 September 2016

Timbulkan DAP, pondan berjanggut hanya tahu melenting


Hala tuju PPBM hanya isu 1MDB. Isu lain bunyi hujah macam orang bodoh dan naif. Hala tuju yang disebut agak silence dalam bab Bumiputera. Maka Ibrahim Ali tanya:

http://theunspinners.blogspot.com/2016/09/bila-mahathir-nak-ngaku-ppbm-adalah.html

Jawapan masih tidak ada, tetapi ada pondan berjanggut dah melenting. LSS komen:

Bila Muhyiddin pening, anak yang punya hospital tak beri Panadol?


Sejak kenyataan di atas, Tan Sri Muhyiddin agak blur dalam menghujahkan serangan terhadap kerajaan. Adakah dia faham apa yang diluahkan atau dia dah terikut cara propaganda pembangkang yang dia sendiri pernah dedah cara main tabur saja tuduhan?

Nampaknya gitu cara PPBM yang kononnya hebat dan intelek serta banyak penyokong http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/taklah-hebat-bekas-geic-nst-taukeh-mb.html

Monday, 12 September 2016

Keyakinan dan pengobanan demi perjuangan


Anggota Umno Perlu Punyai 'Winning Mentality' - Annuar Musa

TEMERLOH, 11 Sept (Bernama) -- Semua anggota UMNO perlu membina konsep 'winning mentality' atau mentaliti untuk menang di dalam diri masing-masing untuk memastikan mereka tidak lemah dan terperangkap dengan apa jua isu dibangkitkan oleh musuh politik.

Saturday, 10 September 2016

Azmin perguna Mahathir untuk jadi Prresiden PKR



Usaha Azmin perkukuh kedudukan

Pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai usaha yang diaturkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengukuhkan kedudukannya di dalam parti.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua sedia maklum, Mohamad Azmin kini sedang menghadapi pertarungan dalaman melibatkan beberapa kumpulan di dalam PKR.

“Saya fikir ada dua sebab pertemuan tersebut, pertama sebagai satu usaha yang dilakukan Azmin hendak perkasakan kedudukan. Kerana Azmin di dalam PKR sedang menghadapi pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Friday, 9 September 2016

Walaupun rumour, masaaalah pencapaian FAM tetap realiti


Rumour ada macam-macam http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/i-heard-rumour.html. Namun, semua kena ada kepastian dan pihak bberkuasa dan berpakaran untuk memastikan.

TMJ dapat maklumat dan ianya diserahkan pada pihak yang wajib.


Lalu diseerahkan pihak berkuasa dan berpakaran untuk siasat.


Ahirnya dia kaji dan beri pandangan:


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/05/tiada-bukti-rasuah-fam-dalam-pendrive-kata-sprm/

http://www.utusan.com.my/sukan/terpulang-kepada-fam-untuk-dedah-i-pendrive-i-1.379360

http://www.astroawani.com/berita-sukan/tiada-unsur-rasuah-dalam-pen-drive-fam-sprm-115970

Hingga ada maklumat lagi, hakikat ini perlu diterima. Sesuatu perlu melalui proses dan bukan dibicara oleh media ... aliran perdanaa atau sosial atau apa-apa.

Bidang kuasa SPRM ditentukan oleh Akta SPRM. 

Namun SPRM akan hantar satu laporan mengenai siasatan tersebut kepada FAM dan cadangan penambahbaikan dan tindakan khususnya isu teknikal yang dibangkitkan.

Semua settle.

Walaubagaimana pun, hakikatnya bolasepak negara kita dah tahap Timor-Timor, Vietnam, dan Myanmar. Dulu kita bisa kalahkan Korea Selatan, Jepun, Saudi Arabia dll

Rasanya masaalah politik dalaman dan budaya ampu dan bodek banyak dalam FAM. Masaalahnya tada undang-undang. Semua hanya rumour ....

Masaalah pencapaian tetap realiti.

Perlu pasukan pengurusan baru kot ...

Thursday, 8 September 2016

Elok Kadir Jasin pertahankan rekod Mahathir


Kalau ditanya Protoon dan Kelab Che Det, akan dikatakan Mahathir hebat pasal dia bina KLCC, PLUS highway dll. Rupanya untuk jadi PM yang baik letaklah konntraktor.

Menurut Lim Sian See, kontraktor bernama Mahathir tidak berapa hebat sepanjang 7 tahun pertama.. Perlu 22 tahun baru upaya capai macam-macam. Malah masa yang sama Mahathir dan Anwar jadi PM dan MOF adalah lebih banyak masaalah jauh lebih bsaar dari tuduhan 1MDB. 

Dengan pelbagai rintangan dan halangan Najib masih tetap boleh bertahan http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/analisa-world-bank-dan-gri-lebih.html

Baca berikut:


Wednesday, 7 September 2016

Fitnah AKJ rosak ekonomi disebut Quran sebagai haiwan sesat


Tentu ada rakyat di negara ini percaya bulat-bulat dengan dakwaan yang dibuat melalui media sosial termasuk di WhatsApp dan Facebook kononnya negara bakal muflis dengan ‘analisa ekonomi’ yang menakutkan dan cukup menyakinkan.

Antaranya Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 bagi setiap dollar pada akhir September, rezab Bank Negara hanya RM101 bilion sedangkan hutang melampui RM614 bilion manakala harga minyak yang dijangka terus merudum semakin memburukkan ekonomi negara.


Tuesday, 6 September 2016

Protun sebar Tun Daim sebagai Soros baru untuk jahanamkan matawang dan ekonomi


Posting mengenai usaha nak jatuhkan matawang ini ada kaitan dengan posting ini mengenai Kadir Jasin mahu hilang keyakinan terhadap ekonomi negara dan bantu ranapkan http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/permainan-persepsi-akj-jahanamkan.html

Melihat blog Tun Daim Zainuddin di SINI, memang dia ada banyak menyuarakan kerisauan pada tahun lepas mengenai ekonomi, 1MDB dan ringgit.  Teguran demikian adalah sesuatu yang PM Dato Najib tiada masaalah untuk dengardan sering terima baik terguran.

Namun Daim tidak akan sampai ke tahap untuk membuat arahan berikut:


Jelas ini permainan kumpulan proTun pada tahun lepas ketika ringgit menurun akibat tekanan untuk US naikkan kadar faedah.

Ternyata sekali kumpulan protoon mahu jahanamkan eonomi negara.

Sunday, 4 September 2016

Kebenaran perlu ambilkira semua maklumat


Ramai pihak buat kesimpulan tanpa memahami dan perolehi maklumat yang lengkap.

Masing-masing berkata mengikut perspektif mudah masing-masing. Bila diteliti pandangan, jelas ianya tidak difikirkan dengan mendalam dan membuat kesimpulan mengikut prejudis dan untuk puaskan hati sangkaan sendiri.

Permohonan DOJ masih diteliti para hakim. Pihak plaintiff terlibat belum dipanggil mahkamah untuk beri jawapan. Perbicaraan pun belum bermula. DOJ pun sudah lama berdiam.

Masing-masing sudah menghukum dulu?

Friday, 2 September 2016

Paul Stadlen should be fired!


Ada suatu mesyuarat diplomasi akan diadakan.

Nampaknya tergancat dengan kenyataan Rahman Dahlan http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/cuba-jangan-beri-peluru-pada-lawan.html.  Menyusahkan betul ...

Khabarnya kenyataan Dato Rahman Dahlan adalah atas permintaan Paul Stradlen dipejabat PMO.

Apa perlunya orang putih ni memandai meminta Rahman Dahlan membuat kenyataan yang tidak ada kena mengena dengan EPU atau BN Communication.

Tambah lagi urusan media asing dalam hal 1MDB sudah dipersetujui kabinet untuk ditangani oleh Menteri Luar Negara, Dato Anifah Aman.

Thursday, 1 September 2016

Mahathir sudah tunduk kepada DAP, tak lagi perjuang Melayu dan Islam


Tulisan Snapshot http://theunspinners.blogspot.com/2016/09/tangan-ghaib-dibelakang-pribumi-bersatu.html memberitahu kuasa ghaib bersama Tun Dr Mahathir membuatnya tidak lagi bersuara untuk Islam dan Melayu serta tidak pernah untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Dalam isu terbaru, jelas sekali Pribumi Bersatu tidak lagi perjuang Melayu, Pribumi dan Islam. Baca ulasan http://theflyingkick.blogspot.my/2016/08/asal-bukan-umno-asal-bukan-najib-asal.html

Belum apa-apa, Pribumi bersatu sudah takut untuk bersuara melihat isu-isu terbaru: