Monday 4 April 2016

Alasan 21: Phang Li Koon bersama Betty Chew dalam PCCC


Lim Guan Eng tiada alasan untuk tutup rahsia bahawa Phang Li Koon ada kaitan kepentingan dengannya. Menurut AIDC News, Phang Li Koon bersama Betty Chew dalam jawatankuasa Penang Chinese Chamber of Commerce. Petikan berikut:




lge-kroni

AIDC – Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

‘Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.

Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.

Ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.

Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.

kok peng-lge
Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama Choot Ewe Seng (Presiden PCCC) . Mesyuarat bersama Kerajaan Pulau Pinang dengan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Di belakang Ewe Seng adalah Tan Kok Ping
Miss P, pemilik banglo yang dibeli Guan Eng juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PCCC itu.

Wanita pemilik asal banglo itu, Miss P berada di bawah kepimpinan terbaharu PCCC pimpinan Ewe Seng yang dinasihati oleh Tan Kok Ping.

Rujuk senarai terbaharu pimpinan PCCC seperti lampiran di bawah.




Pada tahun lepas, isteri Guan Eng sendiri, Betty Chew dilantik PCCC sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu, namun apabila berita itu menjadi kontroversi, Betty Chew menarik diri daripada mengangotai organisasi tersebut.



Rangkaian kroni Guan Eng

Satu-satunya isu yang paling menonjol di sebalik skandal banglo Jalan Pinhorn milik Miss P itu adalah rangkain kroni Guan Eng.

Baca seterusnya di SINI

3 comments:

  1. UMNO Pak Lah kalah dgn Cina4 Apr 2016, 16:21:00

    DAP parti orang Cina bukan parti MCA atau Gerakan yang ada hubungan dengan Melayu.
    Jadi orang Melayu Pulau pinang tidak perlu mengakui kerajaan Cina DAp ini kerana mereka memang tidak ada hak untuk menjadi kerajaan di pulau Melayu.
    Hanya Pak Lah saja yang kalah tak malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu le kesannya bila Medey ingin musnahkan PM Pak Lah... Madey tak kisahsebab ianya kemusnahan yg tak boleh dielakkan.

      Delete
  2. HIDUP GUAN ENG..HIDUP DAP. HIDUP PAKATAN.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.