Monday, 25 April 2016

2 MTB dan Pembangkang lwn sesama sendiri


N79 BUKIT KOTA, Calon BN Hj Abdul Rahman Hj Ismail dan Calon BN N82 BUKIT SARI, Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hasan diistihar menang Tanpa Bertanding.

6 DUN akan menyaksikan pertembungan Parti Pembangkang antara DAP dgn PKR atau PAS.



PESTA TIKAM MENIKAM SESAMA SENDIRI DIANTARA PEMBANGKANG BERMULA

Proses Penamaan Calon Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini menjadi detik permulaan secara rasmi agenda tikam menikam sesama sendiri dikalangan DAP, PKR, PAS, DNP, Amanah dan Bebas.

Jika sebelum ini DAP dilihat sekadar tidak bersetuju dengan Hudud PAS dan PKR mengkritik Pemerintahan DAP Pulau Pinang, hari ini mereka telah mengistiharkan perang secara rasmi dan bertembung di beberapa kawasan PRN Sarawak.

Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP 9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Jika ini berlaku, matlamat Barisan Nasional untuk memenangi 70 dari 82 kerusi dijangka akan lebih mudah, In sya Allah.

Oleh Dato' Lokman Adam

--------------------------------

In the Candidate Nomination Process of the 11th Sarawak State Election will be the official flag-off for DAP, PKR, PAS, DNP, Amanah and Bebas to start backstabbing each other for their respective seats.

http://www.barisannasional.org.my/en/kolumnis/let-the-backstabbing-commence

Sementara itu, PKR tidak mahu kerjasama dengan PAS.

https://www.bnbbc.my/kerjasama-pas-dengan-pkr-berkubur-di-sarawak/

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.