Sunday, 17 April 2016

Alasan 32: DAP Sarawak akui Guan Eng korup


Lim Guan Eng yang suatu masa dahulu adalah 'STARBOY' DAP, kini telah bertukar menjadi TOKSIK. Malah telah terbukti pun, dia merupakan racun yang perlu dielakkan oleh DAP dalam PRN Sarawak sekiranya, cita-cita Chong Chien Jien untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak ingin dicapai.

Cerita tentang penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasanya yang membabitkan skandal tanah di Pulau Pinang, sudah diketahui secara menyeluruh, termasuklah di ceruk paling pedalaman di Sarawak, walaupun di sebalik tanggapan DAP bahawa masyarakat Sarawak secara keseluruhannya masih ketinggalan dalam maklumat komunikasi.
Dr. Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, isu yang membabitkan pembelian banglo mewah pada harga rendah selain kontroversi tanah Taman Manggis yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Barisan Nasional sebelumnya untuk golongan miskin, telah menggelapkan sebahagian daripada kerjaya politik Lim Guan Eng Eng. 

"Disebabkan itulah, saya tidak fikir DAP Sarawak akan menggunakan Lim Guan Eng untuk berkempen membantu mereka dalam pilihanraya kali ini. Sama ada dia bersalah atau sebaliknya, ia tidak akan memberikan banyak beza," kata Dr. Lee, yang terlibat dalam perbincangan meja bulat tentang pilihanraya Sarawak yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara. 

Seterusnya di Flying Kick SINI

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.