Suatu masa Pengerusi DAP Chong Chen Jen pernah berkata akan ekori President SUPP, Dr Sim di mana saja dia berada untuk mematikan SUPP. Tujuannya adalah supaya mematikan SUPP kerana Dr Sim ada dilaporkan berkata adalah bahaya jika tiada suara kaum cina dalam kerajaan negeri.
Ternyata ini tidak berlaku sebaik sahaja penamaan calun untuk DUN Batu Kawa tutup pada hari Isnin April 25hb baru-baru ini. Chong tidak bertanding di Batu Kawa tetapi penyandang ADUN DAP Batu Kawa, Christina Chiew yang bertanding.
Di PRN lepas, Dr Sim kalah kepada bekas ADUN Batu Kawa, Violet Yong di Pending.
Christina gagal sebagai ADUN kali pertama dan rekod perkhidmatannya lemah. Sudah masa DAP yang mewakili Batu Kawa selama 10 tahun ditukarkan untuk beri kepimpinan SUPP yang sudah ditransformasikan peluang.
Berikut video kempen Dr Sim yang begitu positif sikapnya.
Manifesto SUPP tiada mengandungi agenda tersirat yang cauvanis dan kepentingan diri seperti DAP tetapi amat positif untuk:
“Our mission is to safeguard the sovereignty and inviolable rights of Sarawak and to build a stronger Sarawak for Sarawakians, to promote more policies which are transparent and beneficial to the people, and to integrate urban and rural development for the benefit of all communities,” he said.
Among the manifesto’s pledges are to safeguard autonomy, quality education, anti-corruption and clean government, boost trade and the economy as well as youth employment.
He suggested an independent committee be established in the State Legislative Assembly to look into the practices of elected representatives.
Untuk Batu Kawa, Dr Sim menjanjikan:
Sarawak United People’s Party Batu Kawah branch has launched a five-point manifesto promising to improve the quality of life and bring about tangible lasting benefits and transform Batu Kawah into a self-contained township.Hubungan baik Dr Sim dengan Dato Najib dan Dato Patinggi Tan Sri Adenan Satem boleh membantu pencapaian manifesto ini.
SUPP president Senator Datuk Dr Sim Kui Hian said the manifesto outlined actions plans to improve infrastructure and facilities in the constituency over the next five years.
Malangnya usaha SUPP untuk memulakan proses membaikpulih tercemar dengan permainan politik kotor. Papan poster kempen Dr Sim dirosakkan.
Politik dalaman SUPP masih menghantui Dr Sim. Sebahagian dari ahli SUPP telah keluar parti untuk memulakan parti sokong BN, UPP. Bekas Pengerusi UPP Batu Kawa, Liu Thian Leong telah keluar parti untuk tanding sebagai bebas.
Walaupun sudah ada polisi menyatakan BN tidak akan terima balik mana-mana ahli yang keluar parti untuk tanding sebagai bebas, ini tetap berlaku. Liu percaya dia akan diterima semula jika menang. Masih lagi menjaja nama BN.
Salah satu ceramah Dr Sim terpaksa dibatalan demi keselamatan orang ramai kerana polis telah beri kelulusan untuk ceramah calun bebas di adakan 50 meter saja jauh dari tapak ceramah SUPP di tempat yang sama.
Ternyata perseteruan dalaman SUPP masih berkekalan dan merugikan.
Liu telah bekerja kuat dan kecewa namanya tidak disenarai sebagai calun. Dia seorang yang berani dan berpengaruh kerana mengetuai satu NGO sekolah cina. Namun sokongan PBB Batu Kawa adalah untuk SUPP yang tanding.
Ini yang sayang kerana SUPP punya peluang yang baik dengan persempadanan semula Batu Kawa. Pada 2011, Christina hanya menang dengan majoriti 549.
Batu Kawa berada di bawah Parlimen Stampin dan DUN lain dalam Stampin adalah Kota Sentosa yang merupakan lubuk DAP dan Batu Kitang yang mana DAP mahu rampas dari PKR. Analisa kawasan-kawasan ini dalam The Star SINI
Batu Kawa adalah kawasan majoriti Cina yang mempunyai peratusan kaum Bumiputra yang signifikan. Pada 2011, peratusan cina adalah 55%. Sekiranya kaum Melayu dan Iban di Batu Kawah keluar mengundi beramai-ramai, peluang Dr Sim sangat cerah.
Kemenangan untuk Dr Sim adalah sokongan untuk Adenan Satem.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.