Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
April 5, 2016
UNTUK TERBITAN SEGERA
BUKAN SEKADAR PERSOALAN RM2.8 JUTA, NAMUN RM58 JUTA.
• Pada 23 Mac 2016, saya telah mengemukakan satu bukti berkenaan isu pemilikan hartanah yang sebelum ini dijangka untuk dibangunkan sebagai projek perumahan mampu milik 2 fasa di Taman Manggis, Penang.
• Bukti tersebut menunjukkan berlakunya transaksi sub-sale hartanah tersebut dari KLIDC kepada pihak ketiga.
• Hari ini, saya mempunyai surat Perjanjian Jual Beli tanah tersebut yang telah ditandatangani dan dicop bertarikh pada 11 November 2015, di hadapan saya. Harga tanah yang disebut dalam perjanjian itu melalui transaksi sub-sale adalah RM70,643,628.00.
• Perjanjian-perjanjian yang wujud pada jual beli ini adalah saling berkait-rapat (inter-alia) antara satu sama lain, dan secara undang-undangnya disebut atas satu perjanjian, iaitu:
1. Penjualan Kuala Lumpur Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) untuk RM18,643,628; dan
2. 2. Penjualan Victoria International Medical Centre Sdn Bhd (VMC) untuk RM52,000,000.
• Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki ketiga-tiga syarikat tersebut – KLIDC, VMC dan vendor-vendor kepada VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti.
• Berdasarkan serahan akaun yang terbaru kepada SSM menunjukkan KLIDC telah membayar modal sebanyak RM300,000 dan nilai aset negatif yang bersih sebanyak RM1.2 million.
• Sementara itu, VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan selepas penganugerahan projek Taman Manggis, juga telah membayar sebanyak RM500,000 dengan nilai aset negative sebanyak RM1.6 juta.
• Selanjutnya dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa VMC juga pada Julai 2011 telah melaksanakan satu perjanjian usahasama antara KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.
• Apabila dibuat perbandingan, ternyata kedua-dua perjanjian tersebut mempunyai persamaan ke atas jualan projek Medical Centre dan Hotel tersebut dengan Taman Manggis sebagai aset utama mereka.
• Berdasarkan pasaran hartanah terkini, nilai tanah komersil sepanjang Jalan Burmah di mana lokasi tanah tersebut berada adalah RM1,000 kaki persegi, atau lebih.
• Selepas pendedahan yang saya bentangkan di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan bahawa tanah tersebut dijual pada pihak ketiga. Namun, beliau tidak menyatakan bahawa tanah tersebut itu kini di bawah pegangan pihak KLIDC dan dalam masa yang sama, penjualan saham-saham KLIDC turut sama memberi kesan kepada penjualan tanah tersebut.
• Menurut kebiasaan projek-projek kerajaan dan privasi perjanjian, penjualan atau penukaran status pemilikan kepada sesebuah syarikat yang telah dianugerahkan dengan projek hendaklah dimaklumkan dan diberi kelulusan oleh pihak kerajaan negeri sebelum setiap penjualan saham boleh diambilkira.
• Persoalannya,
i) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan sekaligus meluluskannya? Atau,
ii) Adakah terma umum ini tidak digunapakai dalam perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan KLIDC?
• Tanah tersebut pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 semasa Kerajaan Negeri DAP memberi projek tersebut melalui prosedur RFP yang kontroversi pada harga RM11,552,208.00 atau RM232 kaki persegi – harga yang saya yakin ramai mengetahui, adalah jauh lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar pada waktu itu.
• Dengan pendedahan di hadapan anda pada hari ini, untuk lebih jelas, tanah tersebut yang dirancang untuk projek perumahan rakyat kos rendah, telah dijual pada syarikat swasta untuk harga yang kononnya lebih rendah berbanding nilai asal, namun tidak wujud sebarang aktiviti pembinaan secara fizikal untuk hampir 6 tahun selepas penyerahan projek.
• Projek ini, yang telah dijual kembali kepada pihak ketiga selepas 5 tahun kemudian – untuk harga yang lebih tinggi iaitu RM70.6 juta – dan dijangka memberi pulangan sebanyak RM59 juta walaupun projek utamanya masih belum dibangunkan.
• Dengan ini, saya telah mengarahkan jawatankuasa saya untuk menghantar Perjanjian-perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen yang berkaitan, yang telah didedahkan pada hari ini kepada pihak SPRM dan PDRM untuk tindakan lanjut. Kami berharap agar dokumen-dokumen tersebut dapat membantu pihak SPRM dan PDRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap tanpa prejudis.
Diterjemah oleh : KKMM
Dokumen-dokumen bukti boleh diperolehi di http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/apa-macam-guan-eng-ini-dokumen-dakwa-klidc-jual-tanah-taman-manggis-untung-rm59-juta.html
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.