Sarawakiana tepat mengatakan DAP main isu lapok anti GST.
Suatu masa Menteri Kemajuan Tanah Sarawak dan calun BN untuk , Tan Sri James Masing pernah jelaskan bahawa GST mengakhirkan keadaan di mana 10 bayar cukai untuk diguna bersama oleh 90 yang lain.
Siapa yang berbelanja mereka sama-sama bayar cukai.
Isu GST dimainkan kerana tiada lagi isu perkauman dan keugamaan yang boleh dimainkan oleh DAP untuk naikkan kemarahan rakyat. Semua isu-isu sudah diselesaikan dan diurus oleh Datok Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Namun begitu, DAP kuat menggunakan sentimen anti GST di kalangan kaum Cina. Kempen video DAP pergunakan suara-suara kaum peribumi seolah-olah kaum peribumi begitu terjejas sekali.
Padahal ia hanya gimik untuk dapatkan 22 kerusi untuk DAP dikalangan kaum cina yang ditanding DAP. Mereka usahakan untuk orang ramai luahkan keresahan dengan GST.
SUPP terpaksa ikut sama kerana takut kehilangan undi kaum cina. Bezanya manifesto SUPP ada cadangan untuk rakyat Sarawak dapat manafaat dari GST.
Lihat video SINI.
Sebahagian dari auta dan gempaq yang DAP lakukan adalah untuk tuduh kerajaan akan naikkan GST. Ini dilakukan Chong Chen Jen di Parlimen.
PKR pun turut gunakan isu sama dan 1MDB yang orang sini tidak berapa faham.
Sebenarnya GST tidak menjejaskan peribumi kerana mereka yang dipendalaman memang telah disembelih oleh peniaga dan pembekal yang dikuasai oleh penyokong DAP dan PKR.
Harga jualan barang sering ditambah berkali ganda. Kawasan yang dalam sedikit dari bandar yang ada jalanraya elok pun naik sampai 30 ke 50%. Apa sangat GST yang hanya 6% dan kerajaan BN negeri telah turunkan service tax.
Penyokong DAP yang sebenarnya tidak mahu bayar cukai dan yang terlibat dalam kegiatan haram, mereka tidak mahu ditolak GST 6% ketika cuba cuci wang melalui perniagaan halal.
Jika begitu, tepat sekali, GST ditentang kerana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.
Penyokong DAP yang kaya terlalu lokek untuk bayar cukai untuk bolehkan kerajaan bantu orang miskin. Tanpa cukai, perolehan kerajaan kurang dan perbelanjaan sosial pun sama kurang.
Bangang puak dapigs...
ReplyDeleteDulu suruh ikut cara singapore...bila dh ikut cara singapore(gst)...mrk spin dan bantah balik.
Bangsat betul!!!!