Diversion terbaru Guan ENg adalah tuduh Perda jual tanah bawah harga pasaran:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/02/perda-land-for-cheap-homes-that-is-why-it-was-sold-at-lower-rate/
Malang buat Guan Eng kerana Shahbuddin ada bersebab:Guan Eng wants Shahbudin to explain below-market-value land sale http://www.thesundaily.my/news/1747359
Perda jual tanah selepas analisis keuntungan kos – ShabudinFMT lapor:
Shabudin Yahaya menunjukkan keratan pelan kawasan Tok Keramat, Nibong Tebal yang menjadi isu penjualan tanah milik Perda dalam sidang akhbar di bangunan Perda, Butterworth, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
BUTTERWORTH 1 April – Isu tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Seberang Perai Selatan (SPS) yang didakwa dijual di bawah harga pasaran perlu dilihat dalam pelbagai aspek, bukannya perbandingan harga semata-mata.
Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, pembangunan semula tanah seluas 3.4 hektar di Tok Keramat itu telah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah selepas membuat analisis keuntungan kos. (cost benefit analysis).
Menurutnya, tanah itu telah dipecahkan kepada 240 lot-lot kecil yang telah diluluskan pelan kebenaran merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988 atau 28 tahun lalu.
“Namun, berlaku mendapan pada fasa satu projek itu kerana terletak di tepi sungai mengakibatkan 107 unit rumah yang telah dibina terpaksa dirobohkan kerana masalah tersebut serta menyebabkan projek pembangunan itu terbengkalai.
“Jika projek itu diteruskan, Perda akan mengalami kerugian sebanyak RM10 juta, jadi kami ambil keputusan jual tanah itu pada harga RM1.42 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Shabudin mengulas dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam yang meminta Shabudin memberi penjelasan berhubung penjualan tanah awam milik Perda itu, kononnya di bawah harga pasaran.
Guan Eng mendakwa, nilai keseluruhan tanah yang mempunyai 18 plot itu adalah RM16.6 juta, namun dijual Perda pada tarikh penukaran hak milik pada 28 Jun tahun lalu dengan nilai lebih RM1.4 juta.
Tambah Shabudin, proses penjualan tanah itu dibuat dengan bersyarat iaitu pembeli tanah tersebut harus membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat kawasan terbabit.
Sebagai ganti tanah yang dijual, Shabudin memaklumkan, Perda telah membeli tanah lain di kawasan SPS seluas 4.8 hektar untuk dibangunkan projek rumah kos rendah dan sederhana rendah.
“Perda ambil maklum nilai semasa harga tanah di kawasan itu seperti yang didakwa oleh Guan Eng, namun harga yang diumumkan itu adalah nilaian kawasan sekitar.
“Jika mahu diambil kira nilaian semasa, kadar harga rumah yang akan dijual adalah antara RM400,000 hingga RM500,000 yang pastinya tidak mampu dibeli rakyat berpendapatan rendah di kawasan itu.
“Itu sebabnya pemaju di Tok Keramat disyaratkan membina rumah yang boleh dijual pada harga RM42,000 hingga RM72,000 atau maksimum sehingga RM200,000,” ujarnya.
Oleh itu kata Shabudin, nilai keuntungan sehingga RM15 juta yang didakwa Guan Eng tersebut yang sepatutnya diperoleh Perda telah diagihkan sebagai subsidi kepada pembeli rumah yang akan mendapat harga jauh lebih rendah.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa Guan Eng tidak mengalihkan isu berkaitan kontroversi tanah Taman Manggis dan banglo beliau di Jalan Pinhorn, Jelutong dengan menuding jari kepada orang lain.
Perda juga katanya, sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memfitnah agensi itu dengan mengeluarkan kenyataan tidak tepat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perda-jual-tanah-selepas-analisis-keuntungan-kos-8211-shabudin-1.207540#sthash.kAIzqcSw.dpuf
Perda: Land sold cheap due to soil erosion
Seperti dijangka untuk buat diveraion, dia akan panjangkan isu:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/04/02/guan-eng-questions-perdas-reasoning-for-land-sale/
Langsung Guan Eng ajak minum kopi lagi:
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=1231398&cat=ntDia buat diversion lain untuk serang Ali Tinju
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/03/tick-off-ali-tinju-do-not-divert-attention-guan-eng-told/Jangan terperangkap blogger dan facebookers
PERDA jika salah pun tak ada kaitan dengan rasuah Taman Manggis
ReplyDeleteDua kes yang tak de kaitan.