Tuesday 31 May 2016

Hanya alasan pengacau dalaman UMNO di Kuala Kangsar


Syed Rosli umum jadi calon Bebas Kuala Kangsar

FMT Reporters | May 31, 2016

Syed Rosli amat kecewa dengan kepimpinan BN yang gagal menurunkan calon anak tempatan yang jauh lebih layak daripada Mastura.

PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.

“Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.

“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,” tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.

Baca sepenuh di FMT SINI

-----------------------------

Sebab yang digunakan Syed Rosli agak kurang meyakinkan kerana baru sehari sebelum ini, dia menuntut calun untuk Kuala Kangsar ditukarkan.Kamu ini siapa mahu memandai jadi penentu siapa jadi calun? Kamu pun tidak lagi dalam UMNO Kuala kangsar!

Anak jati Kuala Kangsar mohon BN tukar calon

Mohamad Fadli | May 30, 2016

Hanya beri kelebihan pada PAS sekiranya Mastura kekal calon BN

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa supaya menukar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail membuat gesaan itu kerana merasakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid hanya memberi kelebihan kepada PAS.

“Saya anak jati Kuala Kangsar dan dibesarkan di sana dan saya merasakan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan terutama Dr Zambry amat memeranjatkan dan ini sebenarnya berkemungkinan memberi impak yang negatif kepada UMNO dan BN.

“Ada masa lagi tukar calon lain. Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar mohon pucuk pimpinan menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini,” katanya kepada FMT.

Baca di FMT SINI 

---------------------------

Hujah dan alasan Syed Rosli ini serupa seorang pemimpin besar UMNO menyerang kepimpinan dan secara langsung mahu UMNO dilemahkan atas alasan mahu selamatkan UMNO.

Alasan itu langsung bertambah lemah bila dia bersama DAP, PKR, Amanah dan NGO songsang tandatangan deklarasi yang hanya bertujuan untuk lemahkan UMNO disebalik alasan mahu selamatkan Malaysia.

Akhirnya tandatangan untuk sokong deklarasi pun tipu. Jumlah tt sebenar dipercayai hanya 300,000 tapi dicari senarai tt tipu untuk umum 1.2 juta menyokong. DIkala sama setiausaha Deklarasi kata hanya 500,000.

Jika Syed Rosli mahu selamatkan UMNO dari kalah, bukanlah cara tanding lawan UMNO. Bantu UMNO dan tindakan tidak lojik untuk lawan UMNO.

Tiada mesej yang akan tercapai disampaikan pada pucuk kepimpinan kerana automatik dia akan diperguna pihak tertentu dan langsung dipecat yang tak boleh kembali lagi sebagai ahli UMNO macam Ibrahim Ali. Baca http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/31/prk-anggota-umno-dipecat-jika-jadi-calon-bebas/

Alahai ... bila hujahnya hanya kerana tidak mahu lihat kesinambungan politik keluarga, maka sahlah bahawa Syed Rosli hanya lahir dan asal Kuala Kangsar tapi tidak tahu apa mengenai Kuala Kangsar. Dia hanya tahu hal cawangan kecil di Pandan Kuala Lumpur di mana dia Penolong Setiausaha.

Nampak sah dia yang tdak tahu apa dan perkembangan di bandar asal usulnya. Tambah lagi dia macam budak hingus tidak tahu akan terkenalnya Wan Khairil dan isterinya Datin Mas dikalangan orang UMNO KUala Kangsar dan Pemuda UMNO ketika Wan Khairil masih dalam Pemuda.

Datin Mas amat http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/31/calon-prk-kuala-kangsar-dikenali-ramai/

Bukan ke Syed Rosli pernah tanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Rupanya budak ni tidak tahu apa pasal politik!

Sah hanya pengacau ...

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.