Tuesday, 24 May 2016
Teori PAS hanya pura-pura kerjasama dengan UMNO demi ummah
Menurut The Flying Kick di SINI, Idris Ahmad nafikan teori Tun Dr Mahathir bahawa PAS akan undur untuk beri kemenangan percuma buat UMNO. Malah katanya PAS akan umumkan calun pada 27 Mei iaitu dalam masa dua tiga hari lagi.
Tun M diketahui ramai pernah meminta semua pihak untuk beri laluan kepada PAS untuk tanding satu lawan satu. Adakah kata-kata demikian terkeluar kerana rakan politiknya, Azmin gagal untuk berunding bagi berundur untuk PKR atau mana-mana parti PH tanding?
Mungkin juga ia hanya helah Tun Mahathir untuk tidak kelihatan seolah-olah ada persepakatan antara PAS dengan PKR dan PAS mahu dilihat ada persepakatan dengan UMNO. Sudah ad apiha lihat fraksi Azmin akan keluar dari PKR jika tdak dapat kuasai PKR untuk bergabung dengan PAS dan Ikatan.
Satu lag kemungkinan adalah untuk tidak dedahkan helah PAS untuk kerjasama dengan UMNO. Perpaduan UMNO-PAS memang lama diimpikan oleh ummah Islam dan PAS sedia berlakun seolah-olah sedia bersatu demi ummah untuk menarik penyokong UMNO kepada PAS.
PAS sebenarnya tiada niat untuk bekerjasama dengan UMNO tapi hanya mahu pecahkan persepsi negatif tentang hubungan mereka dengan DAP. Namun begitu hubungan masih dikekalkan melalui parti PAN yang sebenarnya terdiri dari pemimpin PAS yang kalah lalu diberi peranan untuk kekalkan hubungan dengan DAP.
Ini hanya teori sahaja. PAS mungkin ada saluran tertentu dengan UMNO untuk mendapatkan manafaat untuk mereka dan Kelantan. Dengan cara demikian, mereka untung dari kedua-dua pihak.
Taring sebenar PAS hanya akan kelihatan setelah mereka berjaya dapat apa yang dimahukan dan masa sesuai untuk tkam belakanag UMNO. Akhirnya semua adalah mengenai kuasa dan cara menjatuhkan UMNO.
MAsih hanya teori tapi penting untuk kesedaran semua penyokong UMNO supaya jangan terperangkap dan sentiasa bersedia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.