Thursday, 26 May 2016

Ada tuntut Azmin dipecat, tapi boleh ke?


Rafizi sudah diarah untuk buat laporan ke SPRM. Biasalah ... mungkin tidak jumpa apa yang perlu disiasat jika melibatkan pembangkang. Sebelum itu, terperangkap juga Rafizi untuk buat laporan ke SPRM. Mati isu rasuah perempuan ini.

Namun begitu pertelingkahan Kak Wan dan Azmin tetap bergelegak. Anwar dah bersuara dan tiada siapa boleh lagi nafi arahan jangan ikut Dr Mahathir dari Anwar.






Sudah ada suara tuntut Azmin undur.

Akar umbi PKR desak Azmin berundur

ZULKIFLI SAINUDDIN  |  23 Mei 2016 12:46 AM

SHAH ALAM 22 Mei - Akar umbi PKR dikatakan mahu Timbalan Presiden mereka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berundur berikutan Menteri Besar itu didakwa semakin tamakkan kuasa sehingga menyebabkan parti tersebut semakin lemah.
Mohamed Azmin Ali

Timbalan Presiden Gagasan Solidariti Rakyat Selangor, Ha­nisya Abdul Hamid mendakwa, Mohamed Azmin adalah punca PKR kian lemah dan berpecah dengan kartel-kartelnya kini sedang mempergiatkan aktiviti untuk mengambil alih pucuk kepemimpinan parti.

Dakwanya, perancangan dan gerakan tersebut dilakukan melalui pihak dalaman parti dengan kerjasama serta bantuan daripada pihak luar yang secara tidak langsung seperti bersekongkol de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dulu alasan dan justifikasi singkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar dan memecatnya sebagai ahli PKR kerana kemerosotan hubungannya dengan parti.

“Pergolakan sejak akhir-akhir ini yang melanda dan merempuh PKR akibat keta­makan kuasa Mohamed Azmin dan percaturan politik Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli te­lah memaksa Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim memberi pe­ringatan melalui surat dari penjara.

“Kepemimpinan terpaksa bertindak tegas bagi menyelamatkan parti kerana rakyat yang mendokong, menyokong terutamanya anggota parti yang waras fikiran dan berjiwa merdeka sedang menunggu dan memerhati dengan penuh sabar dan teliti,” katanya yang juga ahli PKR kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hanisya mendakwa, Mohamed Azmin kini sering membuat keputusan membelakangi Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan seolah-olah beliau Presiden PKR.

“Segala kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Besar dipergunakan secara maksimum demi memastikan cengkamannya kepada parti semakin kuat.

“Buktinya, pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi kecoh dan kontroversi baru-baru ini manakala rata-rata pimpinan PKR peringkat cabang kini 89 peratus adalah pengikut dan penyokong tegar Mohamed Azmin,” jelasnya.

Dakwanya, tindak tanduk Mohamed Azmin yang langsung tidak patuh dengan kemahuan parti menyebabkan keadaan PKR dari hari ke hari semakin merun­cing dengan akar umbi semakin jauh terpisah dengan kepimpinan di semua peringkat.

“Kalau parti terus membisu, memekakkan telinga dan menutup mata tanpa ambil peduli, maka tunggu sahaja saat dan ketikanya rakyat akan ajar cukup-cukup apabila tiba pilihan raya,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/akar-umbi-pkr-desak-azmin-berundur-1.333489#sthash.vdpRU3r4.dpuf
 Bolehkah Azmin dijatuhkan Kak Wan dan Piji? Tian Chua sudah pening tapi mana pendirian Saifuddin jerawat batu dan Jo Bedul?


2 comments:

  1. Wan Azizah Presiden ..... kuasa pecat assmin hak mutlak jijah.... bila lagi nak pecat.... bila aassmin dipecat dari PKR brrmakna jwatan MB terlucut.... kiasa MB pada sultan tapi kuasa pecat assmin dlm party kuasa mutlak jijah...

    ReplyDelete
  2. Presiden takder 'batu' untuk pecat Azmin.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.