Sunday, 29 May 2016
Sebab balu Wan Khairil jadi calun
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lima kriteria diambil kira dalam memilih calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, aspek itu dijadikan asas bagi pucuk pimpinan memilih balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, sebagai calon Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ia merangkumi latar belakang profesional, memahami selok-belok Kuala Kangsar, bergaul dengan masyarakat akar umbi, memahami kehendak kepimpinan bahagian serta wanita yang menjadi tulang belakang parti.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil kira semua pandangan dan nasihat sebelum mencari tokoh terbaik sebagai calon BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman calon dan melancarkan jentera PRK Kuala Kangsar di sini, sebentar tadi.
Mastura, 55, yang juga ibu kepada empat anak adalah seorang peguam dan memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984 dan Diploma Undang-undang Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1989.
Beliau bertugas sebagai peguam selama enam tahun dan aktif bergiat dalam dunia politik dengan menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan, sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga.
Walaupun tidak menyandang jawatan, ramai mengetahui Mastura adalah penasihat dan peneman setia Allahyarham suaminya dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan (2008-2013) dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
- See more at: http://www.tv14.my/2016/05/28/prkkualakangsar-lima-sebab-mastura-menjadi-pilihan/#sthash.1YmF8SbA.dpuf
Tambah lagi ... arwah Wan Khairil ni, bila turun ke bawah akan bawa isteri, wakil2 sayap dan AJK Bahagian tertentu sekali.
Tujuannya supaya UMNO Bahagian sentiasa fokus tentang hal masaalah rakyat dan biarlah yang dilihat bukan hanya dia tapi UMNO Bahagian sekali terlibat.
Mastura sentiasa bersama suami
BUat arwah Wan Khairil ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.